Bayaran Balik Cukai Tempoh Bayaran Balik Lebihan Cukai


Bayaran Balik Cukai – Tempoh Bayaran Balik Lebihan Cukai
Musim cukai kembali lagi bermula 1 Mac 2025 untuk tahun taksiran 2024. 
Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan dan boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal LHDN, MyTax ataupun platform ezHASiL.

Jika anda membayar cukai lebih daripada jumlah yang sepatutnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memproses pemulangan lebihan bayaran tersebut. 
Bilakah bayaran balik cukai tersebut akan dilakukan?
Jom baca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Tersilap Lapor Cukai? – Ini Langkah Perlu Dilakukan
Bayaran Balik Cukai Bayaran balik cukai adalah hak anda sebagai pembayar cukai yang telah membayar lebih daripada jumlah cukai yang sepatutnya. 
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menetapkan garis panduan yang jelas untuk memastikan proses ini berjalan lancar dan efisien. 
Tapi jangan keliru pula dengan pengecualian/pelepasan cukai. 
Pengecualian Cukai vs Bayaran Balik Cukai Berikut adalah perbezaan utama antara pengecualian cukai dan bayaran balik cukai:
AspekPengecualian CukaiBayaran Balik CukaiDefinisiPengecualian cukai adalah pemotongan daripada pendapatan bercukai – mengurangkan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai. Bayaran balik cukai adalah pengembalian lebihan cukai yang telah dibayar oleh pembayar cukai kepada LHDN.TujuanMengurangkan jumlah pendapatan yang tertakluk kepada cukai melalui pelepasan atau pengecualian tertentu. Memulangkan lebihan bayaran cukai yang telah dibuat. Biasanya akibat potongan cukai bulanan (PCB) yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar cukai yang dikenakan. ContohPelepasan untuk perbelanjaan perubatan, pendidikan, atau pembelian komputer peribadi. Bayaran balik kepada individu yang telah membayar lebih melalui PCB atau pembayaran anggaran cukai. ProsesDituntut semasa mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan menyenaraikan pelepasan yang layak.Diterima selepas pengesahan oleh LHDN bahawa pembayar cukai telah membayar lebih daripada jumlah sebenar yang dikenakan. ImpakMengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar pada tahun taksiran tersebut. Membolehkan pembayar cukai mendapatkan semula wang mereka jika terdapat lebihan bayaran.  BACA JUGA: Pelepasan Cukai Sukan 2024 / 2025 – Senarai 103 Sukan Layak LHDN
Bila akan Terima Bayaran Balik Lebihan Cukai? Pembayar cukai yang telah memfailkan penyata cukai melalui e-Filing atau secara manual boleh menerima bayaran balik cukai berdasarkan garis masa berikut:
30 hari bekerja selepas penghantaran borang melalui e-Filing. 90 hari bekerja selepas penghantaran borang secara pos atau serahan tangan.  Proses ini tertakluk kepada maklumat yang lengkap dan betul dalam Borang Nyata, serta dokumen sokongan yang diperlukan jika diminta oleh LHDN. 
Bayaran balik biasanya dilakukan melalui pemindahan bank terus ke akaun pembayar cukai atau melalui cek. 
Jika pembayar cukai tidak menerima bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan, mereka disarankan untuk menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka. 

Syarat-Syarat untuk Kelayakan Bayaran Balik Untuk layak menerima bayaran balik cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), pembayar cukai perlu memenuhi beberapa syarat:
Terlebih membayar cukai. Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dikemukakan sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan. BNCP yang dikemukakan adalah betul dan lengkap. Menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan jika diminta oleh LHDNM untuk tujuan semakan. Pembayar cukai telah mematuhi jadual ansuran cukai yang ditetapkan. Bagi individu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB), mereka mungkin layak untuk bayaran balik jika terdapat pengecualian cukai atau perbelanjaan yang dibenarkan yang tidak diambil kira dalam PCB bulanan. Memastikan maklumat peribadi dan perbankan yang diberikan dalam BNCP adalah tepat dan terkini.  Proses Bayaran Balik Lebihan Cukai LHDN 1. Hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Hantar BNCP sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan (30 April tahun berikutnya untuk individu berpendapatan penggajian).  
Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan tepat:
Maklumat peribadi: Nama, nombor kad pengenalan, nombor cukai pendapatan, dan maklumat bank (untuk bayaran balik). Pendapatan: Semua sumber pendapatan seperti gaji, elaun, sewa, atau pendapatan lain perlu dinyatakan. Potongan cukai: Pastikan jumlah PCB atau potongan lain yang telah dibuat oleh majikan adalah betul. Pelepasan cukai: Sertakan semua pelepasan yang layak seperti perbelanjaan perubatan, pendidikan, pembelian komputer, insurans hayat, dan lain-lain. Dokumen sokongan: Simpan resit atau dokumen berkaitan untuk tuntutan pelepasan sekiranya diperlukan oleh LHDN. Pilih sama ada menghantar secara e-Filing atau secara manual (pos/serahan tangan).
2. Penilaian oleh LHDN
Setelah borang diterima, LHDN akan menilai maklumat yang diberikan. Mereka akan menyemak sama ada anda layak menerima bayaran balik berdasarkan jumlah cukai yang telah dibayar (melalui PCB atau ansuran cukai) berbanding jumlah cukai sebenar yang dikenakan.
Jika terdapat lebihan pembayaran cukai, anda layak untuk menerima bayaran balik.
3. Tempoh Pemprosesan
Tempoh pemprosesan bayaran balik bergantung kepada kaedah penghantaran BNCP:
30 hari bekerja jika borang dihantar melalui e-Filing. 90 hari bekerja jika borang dihantar secara manual (pos atau serahan tangan). Proses pemprosesan ini hanya berlaku jika tiada kesilapan dalam borang yang dihantar & tiada semakan lanjut atau audit diperlukan oleh LHDN.
5. Penerimaan Bayaran Balik
Jika anda layak menerima bayaran balik, wang tersebut akan dikreditkan ke akaun bank anda melalui pemindahan elektronik. Oleh itu, pastikan maklumat akaun bank anda dalam BNCP adalah tepat dan terkini.
Sekiranya tiada akaun bank dinyatakan atau terdapat masalah dengan pemindahan bank, bayaran balik akan dibuat melalui cek.
NOTA:
Secara ringkasnya, pemprosesan bayaran balik cukai semasa (jika ada) akan diproses secara automatik dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang jika borang nyata yang telah lengkap diisi dikemukakan secara e-filing dan di hantar sebelum atau pada tarikh akhir pengemukaan. Bayaran balik akan dimasukan secara terus ke dalam akaun bank seperti maklumat dalam rekod e-Filing yang dihantar. Tidak Menerima Bayaran Balik Jika anda tidak menerima bayaran balik selepas tempoh pemprosesan yang ditetapkan, anda boleh:
1. Hubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai anda.
Sediakan maklumat seperti nombor rujukan cukai pendapatan dan salinan BNCP untuk memudahkan semakan. 2. Semak status bayaran balik melalui portal rasmi e-Filing atau hubungi talian hotline LHDN di 1-800-88-5436.
3. Jika terdapat kelewatan melebihi tempoh pemprosesan standard, anda mungkin layak menerima pampasan sebanyak 2% daripada jumlah bayaran balik berdasarkan bilangan hari kelewatan.
Kelewatan Proses Bayaran Balik Cukai Kelewatan bayaran balik diproses mungkin disebabkan oleh pihak HASiL perlu membuat pengauditan terhadap Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dikemukakan. 
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail anda atau Hasil Care Line bagi mendapatkan maklumat lanjut. 
Pampasan Untuk Kelewatan LHDNM akan membayar pampasan sebanyak 2% kepada pembayar cukai jika bayaran balik tertangguh melebihi tempoh yang ditetapkan (Seksyen 1 1 1D Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). 
Kelewatan membuat bayaran balik lebihan cukai pendapatan bermaksud lebihan cukai pendapatan yang dibayar selepas tempoh 90 hari bagi pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui e-Filing dan 120 hari bagi pengemukaan BNCP secara pos atau serahan di kaunter (borang kertas).
Pembayar cukai dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas berhubung lebihan bayaran cukai selepas tempoh yang ditetapkan. 
Rujuk info lebih lanjut di sini: https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GPHDN1_2014.pdf
FAQ – Soalan Lazim 1. Saya membuat penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan selepas tarikh akhir penghantaran borang, bilakah saya akan memperolehi bayaran balik?
J: Pembayaran balik akan diproses setelah penalti lewat hantar dikenakan ke atas tuan.
2. Saya masih belum menerima bayaran balik walaupun sudah lebih daripada 3 bulan dari tarikh penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan.
J: Tuan boleh menghubungi LHDNM dimana fail tuan dikendalikan atau Pegawai Perhubungan Awam LHDNM yang berkenaan atau hubungi Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (HASiL) bagi membuat semakan status bayaran balik tuan.
3. Saya layak mendapat bayaran balik (dividen), perlukah saya membuat penghantaran baucer dividen saya ke pejabat HASiL?
J: Baucer dividen tidak perlu dihantar kecuali jika diminta oleh pegawai HASiL yang mengendalikan fail tuan.
4. Saya ada menerima surat memaklumkan bayaran balik saya telah diluluskan, tetapi saya masih tidak merima cek bayaran balik tersebut.
J: Cek tersebut akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran bayaran balik diluluskan. Jika tuan masih tidak menerimanya selepas tempoh tersebut, sila hubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail tuan atau Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (HASiL) untuk membuat semakan.
5. Cek yang saya terima telah luput tarikh, apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan cek gantian?
J: Tuan diminta menghubungi LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan atau Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (HASiL) bagi tindakan pengeluaran cek gantian.
Rujuk: https://www.hasil.gov.my/individu/lain-lain/soalan-lazim-individu/ 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bayaran-balik-cukai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayaran-balik-cukai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lestaripendidikan Bayaran Balik Ptptn Lebih Mudah Melalui Penstrukturan Semula Hutang

Lestaripendidikan Bayaran Balik Ptptn Lebih Mudah Melalui Penstrukturan Semula Hutang

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 141 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah tampil dengan inisiatif baharu kempen LESTARIPendidikan yang bertujuan memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif dan mampan untuk generasi akan datang Malah ia turut memberi penekanan ter...
Tersilap Lapor Cukai Ini Langkah Perlu Dilakukan

Tersilap Lapor Cukai Ini Langkah Perlu Dilakukan

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 170 hits
Tersilap Lapor Cukai Ini Langkah Perlu Dilakukan Musim e Filing cukai pendapatan di Malaysia telah bermula pada 1 Mac 2025 Borang borang yang boleh difailkan melalui e Filing termasuk Borang E BE B M BT MT P TF TJ dan TP2 Pembayar cukai dan...
Kutipan Cukai Meningkat Golongan Mahakaya Tak Berani Buat Rayuan Lagi Pm

Kutipan Cukai Meningkat Golongan Mahakaya Tak Berani Buat Rayuan Lagi Pm

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 97 hits
Golongan mahakaya di negara ini tidak lagi diberi peluang daripada tidak membayar cukai sekaligus mengurangkan kebocoran kutipan hasil negara sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dapat dilihat apabila tiada tokoh ...
Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn

Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 155 hits
Cukai ditanggung oleh majikan merujuk kepada situasi di mana majikan membayar sebahagian atau keseluruhan cukai pendapatan yang sepatutnya ditanggung oleh pekerja Ini bermakna pekerja menerima gaji bersih tanpa potongan untuk cukai pendapat...
Panduan Isi E Filing 2025 Declare Cukai Pendapatan Kali Pertama

Panduan Isi E Filing 2025 Declare Cukai Pendapatan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 790 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2025 Bagi yang pertama kali ingin mengisi e Filing di sini kami kongsikan langkah langkahnya Tarikh Mula e ...
Pm Anwar Optimis Lhdn Mampu Pungut Cukai Lebih Baik

Pm Anwar Optimis Lhdn Mampu Pungut Cukai Lebih Baik

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 128 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke 29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025 CYBERJAYA 10 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri mampu mempero...
E Pcb Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan Tuntutan Lhdn

E Pcb Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan Tuntutan Lhdn

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 152 hits
Kalkulator e PCB merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memudahkan pembayar cukai membuat kiraan potongan cukai bulanan untuk tempoh setahun e PCB membolehkan cukai dipotong secara berkala dal...
Lirik Lagu Balik Kampung Gosip Raya Ain Edruce Sherry Alhadad

Lirik Lagu Balik Kampung Gosip Raya Ain Edruce Sherry Alhadad

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 176 hits
Lirik Balik kampung oiii Balik kampung cuti rayaRamai gila masing masingBalik kampung miskin kayaTua muda semua pakat balik kampungPerjalanan bermulaMembangkitkan suasanaRinduku pada keluarga Daun nyuir melambaiJiwa terasa damaiTeringat des...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback Menu Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

Ahli Umno Akan Pilih Siapa Sebagai Presiden

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

What Does Langsat Fruit Taste Like