Tersilap Lapor Cukai Ini Langkah Perlu Dilakukan


Tersilap Lapor Cukai? – Ini Langkah Perlu Dilakukan
Musim e-Filing cukai pendapatan di Malaysia telah bermula pada 1 Mac 2025. Borang-borang yang boleh difailkan melalui e-Filing termasuk Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF, TJ dan TP2. 
Pembayar cukai dan majikan boleh mengakses perkhidmatan ini secara terus melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my  atau melalui portal rasmi HASiL. 
Jika anda tersilap melaporkan maklumat dalam borang cukai, jangan panik!
Kesilapan semasa mengisi borang cukai boleh berlaku sama ada disebabkan oleh kecuaian atau kekeliruan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah menyediakan penyelesaian mudah melalui e-Permohonan Pindaan e-BE dan Borang Nyata Terpinda (BNT) sekiranya anda tersilap lapor cukai.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang perlu diambil. 
Jenis-Jenis Kesilapan Dalam Laporan Cukai LHDN Berikut ialah antara kesilapan yang biasa diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN):
1. Kegagalan melaporkan pendapatan yang betul
Ini termasuk terlebih atau terkurang melaporkan pendapatan sebenar. Contohnya, melaporkan pendapatan RM500,000 sedangkan jumlah sebenar hanya RM50,000. 
2. Tidak menuntut amaun pelepasan yang dibenarkan
Contohnya seperti terlupa menuntut pelepasan untuk insurans nyawa, derma, caruman Tabung SSPN atau pelepasan anak.
3. Kesilapan akibat salah faham undang-undang
Contohnya, membeli komputer untuk anak tetapi meletakkan resit atas nama anak, menyebabkan ibu bapa tidak layak menuntut pelepasan.
4. Terlebih menuntut pelepasan atau derma
Menuntut pelepasan atau derma yang tidak layak atau melebihi jumlah sebenar.
5. Tidak melaporkan jenis pendapatan yang dikenakan cukai
Gagal melaporkan pendapatan selain gaji seperti pendapatan sewa, dividen dan royalti.
6. Memberi maklumat tidak tepat mengenai pelepasan cukai
Memberikan maklumat palsu tentang tanggungan cukai sendiri atau orang lain untuk mengurangkan kadar cukai.
7. Kesilapan maklumat asas
Seperti salah mengisi nombor akaun bank, nombor telefon, alamat atau maklumat peribadi lain.
8. Kesilapan dalam menuntut pelepasan anak
Contohnya, kedua-dua suami isteri menuntut pelepasan untuk anak yang sama.
Adalah penting untuk berhati-hati semasa mengisi borang cukai dan menyemak semula sebelum menghantar untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan ini.
Tersilap Lapor Cukai? – Ini Langkah Perlu Dilakukan Sekiranya anda tersilap lapor cukai, lakukan pindaan taksiran terhadap laporan cukai yang telah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
Anda boleh pilih salah satu daripada tiga kaedah pindaan berikut:
1. MANUAL Untuk membetulkan sebarang kesilapan dalam borang yang telah dihantar sama ada secara manual atau dalam talian, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:
Sediakan surat makluman yang terperinci mengenai kesilapan yang berlaku. Sertakan dokumen sokongan yang berkaitan (seperti resit pembelian atau invois) untuk menguatkan permohonan anda. Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda atau melalui sistem maklumbalas pelanggan HASiL.
2. E-FILING (e-Permohonan Pindaan BE) Pindaan boleh dilakukan melalui platform e-Filing (e-Permohonan Pindaan BE) dan pembayar cukai boleh mengemukakan pindaan secara online hanya bagi kes-kes berikut sahaja:
Terlebih lapor pendapatan Terkurang tuntut pelepasan cukai atau rebat cukai Pindaan secara dalam talian iaitu melalui e-Permohonan pindaan BE yang boleh digunakan mulai 1 April di pautan https://mytax.hasil.gov.my 
Jika bukan e-BE, rayuan secara manual ke cawangan HASiL berdekatan.
3. BORANG NYATA TERPINDA (BNT) i. Pindaan Dikemukakan Sebelum Tarikh Akhir Pengemukaan Borang Nyata
Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.
ii. Pindaan Dalam Tempoh 6 Bulan dari Tarikh Akhir Pengemukaan Borang
Pembayar cukai dibenarkan membuat pindaan sendiri terhadap maklumat atau taksiran dalam Borang Nyata yang telah dikemukakan kepada HASiL. 
Pindaan ini perlu dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata dengan mengemukakan Borang Nyata Terpinda (BNT).
BNT boleh dicetak dari laman web HASiL. BNT yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan ke Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan Pembayar cukai.
Syarat-Syarat Pindaan Sendiri:
Hanya pembayar cukai yang telah mengemukakan Borang Nyata dalam tempoh yang ditetapkan layak membuat pindaan. Pindaan sendiri hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Jenis Kesilapan yang Boleh Diperbetulkan Melalui BNT:
Pendapatan yang terkurang atau tidak dilaporkan. Perbelanjaan atau tuntutan lain yang terlebih tuntut. Elaun modal, insentif, atau pelepasan yang terlebih tuntut. Kesan Pindaan BNT
Dari tidak kena cukai kepada kena cukai notis taksiran asal; Dari kena cukai kepada cukai kepada cukai tambahan notis taksiran tambahan; atau Dari bayaran balik kepada mengurangkan bayaran balik notis taksiran asal Pindaan Selain Keadaan di Atas
Bagi pindaan selain daripada situasi di atas, pembayar cukai tidak perlu mengemukakan BNT. Sebaliknya, pindaan boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci mengenai kesilapan bersama dokumen sokongan seperti resit pembelian, invois, dan sebagainya.
Surat dan dokumen sokongan tersebut hendaklah dikemukakan ke Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.
Pindaan oleh Ketua Pengarah
Jika Ketua Pengarah membuat pindaan dan mengeluarkan taksiran pindaan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata, pembayar cukai tidak lagi layak mengemukakan BNT kepada Ketua Pengarah.
Namun, jika pembayar cukai ingin membuat pindaan (pengakuan sukarela) terhadap taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah, mereka perlu mengemukakan surat rasmi kepada HASiL untuk tujuan tersebut.
Kadar dan Cara Pengiraan Kenaikan Cukai Taksiran asal atau taksiran tambahan yang dibangkitkan sendiri oleh pembayar cukai adalah tertakluk kepada kenaikan cukai.
Pembayar cukai perlu mengisi sendiri ruang pengiraan kenaikan cukai yang terdapat pada BNT.
Sekiranya Borang Nyata Terpinda dikemukakan :
Dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir pengemukaan borang, amaun kenaikan cukai yang dikenakan adalah 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan. Selepas tempoh 60 hari tetapi tidak lewat daripada 6 bulan dari tarikh akhir pengemukaan, amaun kenaikan cukai yang dikenakan adalah berdasarkan formula berikut: B + [(A + B) x 5% ]
Di mana:
A = amaun cukai atau cukai tambahan; dan
B = 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan ( A X 10%)
Maklumat Lanjut  Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di pautan berikut: https://www.hasil.gov.my/ 
Ikuti media sosial rasmi LHDN:
TWITTER LHDNM FACEBOOK LHDNM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tersilap-lapor-cukai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tersilap-lapor-cukai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Str Mykasih Semakan Langkah Mudah Untuk Semak Status

Str Mykasih Semakan Langkah Mudah Untuk Semak Status

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 111 hits
Hai semua Anda pernah dengar tentang STR MyKasih Mungkin ada yang dah familiar mungkin ada yang baru pertama kali menjengah Tak mengapa jangan risau Artikel ini khas untuk anda untuk kita semua rakyat Malaysia yang prihatin dan sentiasa ing...
Arwah Sepatutnya Lama Dah Diambil Tindakan Langkah Bijak Pas Perlu Ada Tinfskan Pada Yb Dan Walaun Juga

Arwah Sepatutnya Lama Dah Diambil Tindakan Langkah Bijak Pas Perlu Ada Tinfskan Pada Yb Dan Walaun Juga

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 94 hits
Proses keabsahan dia sebagai Ketua Penf PAS Perak merangkap pemangku Ketua Pemf PAS Kebangsaan Takziah
Bila Pembedahan Jantung Dilakukan

Bila Pembedahan Jantung Dilakukan

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 85 hits
Secara umum pembedahan biasanya dipertimbangkan apabila terdapat penyumbatan yang signifikan iaitu lebih daripada 70 pada arteri utama atau lebih daripada 50 jika melibatkan arteri utama kiri Namun keputusan untuk menjalani prosedur bergant...
Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 121 hits
Berjalan Untuk Bakar Kalori Berjalan Untuk Bakar Kalori Berjalan kaki merupakan salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk membakar kalori yang diambil daripada makanan harian Namun jumlah langkah yang diperlukan untuk membakar kalori ...
Langkah Bijak Pas Rehatkan Lebai Tak Guna

Langkah Bijak Pas Rehatkan Lebai Tak Guna

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 58 hits
Rehatkan Razman Bukti Jadi Beban PN Faizul Abdul Ghani Faizul melihat Pas tidak mahu dilihat sebagai punca kekalahan PN apatah lagi Muhyiddin telah mengumumkan Pas yang akan mewakili pembangkang dan bukannya Bersatu JOHOR BAHRU 8 Mar Tindak...
Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn

Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 114 hits
Cukai ditanggung oleh majikan merujuk kepada situasi di mana majikan membayar sebahagian atau keseluruhan cukai pendapatan yang sepatutnya ditanggung oleh pekerja Ini bermakna pekerja menerima gaji bersih tanpa potongan untuk cukai pendapat...
Habis Nampak Semua Baju Terbuka Tak Sengaja Di Dada Persembahan Seksi Jennie Tular

Apa Itu Sids Sindrom Kematian Bayi Mengejut Ini Ibu Bapa Perlu Berwaspada

Jangan Tunggang Isu Agama Kaum Demi Kepentingan Peribadi Pm Anwar

Lirik Lagu Batu Hitam Hafiz Hamidun Ft Ruffedge

Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025

Isu Penghinaan Agama Era Fm V Zamri Vinod

Lirik Lagu Sesuci Kasih Ibu Arif Azhari

Aidilfitri Kpm Umum 3 Hari Cuti Raya Tambahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Kasut Raya 2025

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sahur Waktu Mustajab Berdoa

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Sudah Hampir 3 Tahun Dap Dalam Kerajaan Segala Tuduhan Seperti Yang Ada Dalam Vi

Video Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Akan Kahwin Selepas Aidilfitri Dia Minta Saya Pergi Meminang