Bayar Seringgit Dengan Duitnow Untuk Naik Belon Udara Panas
Excited rasanya bila first time saya naik belon udara panas. Sebelum ni pernahlah saya berangan nak naik belon udara panas di Putrajaya tapi disebabkan masa tak mengizinkan pada masa itu, jadi terpaksalah saya lupakan je hasrat tersebut.
Kebetulan pula saya dapat peluang untuk naik belon udara panas di tempat sendiri, Terengganu, jadi memang saya tak lepaskan peluanglah. Pengalaman nak naik belon udara panas tu je dah buat saya teruja tapi bila kata bayaran untuk naik hanyalah seringgit, lagi semangatlah saya nak naik. Tak percaya? Saya hanya bayar RM1 je untuk naik belon udara panas!
Bayar Seringgit Je Naik Belon Udara Panas?
Saya dah bersedia untuk buat bayaran di Kaunter Belong Udara Panas tapi bila staf kata bayaran cuma seringgit sahaja untuk seorang, eh, terkejut juga saya. Seringgit je? Betul ke ni? Kalau bayaran untuk naik hanya seringgit, jadi saya perlu bayar hanya RM4 sahaja untuk semua ahli keluarga saya naik belon udara panas. Memang wow sangat!
Disebabkan saya masih ada baki duit yang mencukupi dalam e-wallet untuk buat bayaran, jadi saya imbas DuitNow QR kod yang terdapat di meja kaunter dan buat bayaran sebanyak RM4 menggunakan e-wallet yang terdapat dalam phone. Mudah dan senang! Saya suka gunakan DuitNow QR untuk buat bayaran kerana saya tak perlu bawa banyak wang ke mana-mana dan tak perlu bergegas untuk keluarkan wang sekiranya wang tak mencukupi. Selain itu, dengan pembelian sekecil seringgit pun saya dah boleh buat bayaran dengan gunakan DuitNow QR ni.
Sebenarnya selepas kejayaan memberangsangkan di Karnival Jom Heboh Putrajaya yang lalu, DuitNow QR kini meneruskan aktiviti ke lokasi kedua iaitu di Karnival Jom Heboh Terengganu dengan tujuan untuk menyuntik keseronokan menaiki belon udara panas sekaligus memperkenalkan perkhidmatan DuitNow QR kepada pengunjung.
Menurut Encik Khairuan Abd Rahman selaku Pengarah Pembayaran Runcit dan Perkhidmatan Paynet, matlamat utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk menunjukkan kepada penduduk di luar Lembah Klang mengenai betapa mesra dan mudahnya menggunakan perkhidmatan DuitNow QR meskipun hanya untuk pembelian kecil.
Encik Khairuan Abd Rahman turut berkata, dalam usaha mendigitalkan negara, semua orang sepatutnya dapat merasai kemudahan pembayaran menggunakan kod QR. DuitNow QR juga berhasrat untuk menjelajah ke seluruh negara sebagai Rakan Cashless Karnival Jom Heboh dengan menaiki belon udara panas. Jadi lepas ni, semua orang pun boleh naik belon udara panas dengan bayaran serendah RM1 dengan gunakan DuitNow QR!
Belon Udara Panas di Jom Heboh Terengganu 2022
Kat mana saya naik belon udara panas ni? Ha, sebenarnya sekarang tengah berlangsung Karnival Jom Heboh yang bertempat di Kompleks Sukan Kuala Terengganu. Karnival yang berlangsung selama dua hari ini bermula seawal jam 8 pagi dengan tawaran pelbagai aktiviti yang boleh disertai dan hadiah menarik untuk dibawa pulang.
Untuk naik belon udara panas, pengunjung boleh buat bayaran di Kaunter Belong Udara Panas dengan tiket dijual setengah jam lebih awal sebelum sesi bermula. Bayaran sebanyak RM1 seorang boleh dibuat dengan mengimbas DuitNow QR melalui aplikasi perbankan mudah alih atau e-dompet. Bagi saya sendiri, saya gunakan aplikasi e-wallet Touch and Go sebagai pilihan.
Yang bagusnya tentang DuitNow ni adalah, saya boleh buat bayaran dari mana-mana aplikasi perbankan internet dan e-wallet kerana DuitNow QR kod ditawarkan di lebih daripada 30 buah bank termasuk e-wallet Touch and Go dan juga di platform digital seperti ShopeePay. Tak perlu bawa purse pun saya masih boleh buat bayaran dan shopping dengan DuitNow QR ni kan?
Terhad untuk 60 orang pengunjung sahaja sehari, dua sesi disediakan iaitu sesi pagi bermula jam 8 pagi sehingga 11 tengahari dan sesi petang bermula jam 6 petang sehingga 9 malam. Walau bagaimana pun aktiviti belon udara panas akan dihentikan sekiranya berlaku masalah seperti cuaca hujan atau terdapat masalah kecemasan dan kerosakan pada struktur belon. Tak lupa jugak, kanak-kanak di bawah tinggi 4 kaki tak boleh naik belon udara panas ni tau.
Selain menaiki belon udara panas, pengunjung juga boleh bergambar di sudut dekorasi menarik dan instagrammable yang terdapat di sekitar Zon DuitNow dan face painting dengan membuat bayaran menggunakan DuitNow QR. Yang paling teruja tentulah anak-anak, ia tentu akan jadi pengalaman yang tak dapat dilupakan buat mereka.
Jadi kepada ibu bapa yang berada di sekitar Terengganu, bolehlah bawa anak-anak ke Jom Heboh samada hari ini atau esok untuk menaiki belon udara panas. Tak payah pergi ke Putrajaya pun untuk naik belon udara panas. Lagi pun bayaran hanya seringgit seorang, memang peluang terbaiklah untuk gembirakan anak-anak. Tambahan pula hari ini kan cuti hujung minggu, jomlah ke Jom Heboh!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2022/10/bayar-seringgit-guna-duitnow-untuk-naik-belon-udara-panas-jom-heboh.html