Bawang Putih Kandungan Nutrisi Khasiat Kegunaan


KHASIAT BAWANG PUTIH, NUTRISI DAN KEGUNAANNYA UNTUK KESIHATAN
Terdapat pelbagai jenis bawang yang ada di pasaran antaranya bawang merah, bawang besar, bawang putih, bawang kuning dan sebagainya.
Jom kita ketahui khasiat dan nutrisinya untuk makluman bersama.
Pengenalan Bawang merupakan dari genus Allium dengan pelbagai spesis berbeza iaitu allium cepa, allium sativa dan sebagainya. Ia sering digunakan di dalam penyediaan makanan samada sebagai sayur atau perencah/ penambah rasa semulajadi dalam masakan.
Bawang putih (garlic) mempunyai nama saintifik Allium Sativum yang berasal dari tumbuhan famili Amaryllidaceae.
Selain itu, bawang juga mempunyai sebatian organik seperti flavonoid dan organosulfur yang merupakan antioksidan. Sulfur yang terdapat pada bawang pula memberi kesan rasa dan bau kepada bawang tersebut terutama apabila dihiris.
Nilai nutrisi untuk 100g BAWANG PUTIH (Alliun sativum) adalah 159 kalori . Bawang putih juga merupakan sumber vitamin C (13.3mg), potassium (329mg) dan serat (0.8 g). 
Selain memberikan RASA enak kepada hidangan dan masakan, pengambilan bawang dalam pemakanan harian juga membantu menyumbang kepada keperluan nutrisi badan kita setiap hari.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang khasiat bawang putih untuk makluman bersama.
Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Bawang putih mampu memberikan manfaat kesihatan jika diambil dengan cara yang betul.
Secara umum, khasiatnya termasuk :
Melegakan hidung tersumbat. Mengurangkan selesema. Merawat sakit tekak. Meningkatkan sistem imuniti badan. Membantu meredakan kesakitan gigi. Ia mempunyai sifat antibakteria yang baik dan membantu mengelakkan pembentukan plak gigi. Caranya adalah dengan menumbuk dan mencampurkan dengan garam dan sapukan pada kawasan yang sakit. Menggalakkan kesihatan pencernaan. Boleh memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah yang dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi. Memberikan manfaat dalam membantu menurunkan kadar homosistein, asid amino  yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Mampu menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan. Membantu menangani masalah jerawat. BAHAN KIMIA AKTIF DALAM BAWANG PUTIH
Di sini pentingnya pemahaman sifat kimia bahan aktif dalam bawang putih supaya bukan hanya kesan placebo yang diperolehi.
Berikut dikongsikan penjelasan oleh ahli kimia, Dr Fatimah Salim berkenaan bahan kimia dan nutrisi bawang putih.
Bahan kimia aktif utama dalam bawang putih ialah allicin. Ianya sejenis bahan kimia organik bersulfur (organosulfur) yang mempunyai bau tengit dan berasa pedas menyengat. Bahan kimia aktif ini terbentuk hasil tindakbalas bahan kimia pencetus allicin dan enzim alliinase.
Seperti di dalam tumbuhan bebawang lain, kedua bahan kimia pencetus (alliin dan enzim alliinase) terpisah di ruang masing-masing dalam sel. Semasa proses mencincang/melenyek bawang putih, sel-sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan bertindakbalas membentuk bahan kimia aktif allicin.
Disebabkan ketidakstabilan, alliin kemudiannya akan melalui beberapa fasa perubahan struktur molekul membentuk pelbagai bahan kimia organosulfur berkaitan yang mana memberikan kepelbagaian kepada bau dan rasanya.
Bolehkah bahan kimia aktif allicin terhasil tanpa memusnahkan sel bawang putih?
Tidak. Proses biosintesis penghasilan allicin hanya akan berlaku apabila sel pada bawang ini dimusnahkan dengan aktiviti memotong, melenyek, mencincang atau menumbuk.
Semakin banyak sel yang dimusnahkan (semakin lumat), semakin tinggi potensi untuk bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase bertemu. Maka, semakin banyak allicin akan terhasil.
Jelas di sini cara pengendalian bawang putih sangat penting untuk penghasilan bahan aktif yang optimum. Tambahan pula, cara mengunakan bawang putih dalam masakan juga penting.
Jadi, apakah akan berlaku apabila bawang putih diMASAK (rebus, panggang, goreng)?
Tanpa daya memusnahkan sel bawang:
Apabila sel tidak dimusnahkan, bahan kimia pencetus alliin tidak akan bertemu dengan enzim alliinase, dan bahan kimia aktif allicin TIDAK akan terbentuk.
Apabila diikuti dengan aktiviti memasak, enzim alliinase akan termusnah (denatured). Enzim ini akan ternyahaktif pada suhu 40 degree Celsius, iaitu sedikit tinggi daripada suhu badan normal manusia.
Haba berterusan pula akan memusnahkan sel-sel bawang putih dan bahan kimia pencetus alliin juga ternyahasli.
Dengan daya memusnahkan sel bawang:
Semestinya bahan kimia aktif akan terbentuk. Namun, haba yang berterusan akan menyebabkan bahan kimia aktif allicin meruap.
Jadi, adakah bawang putih yang sudah masak ini tidak elok?
Tidak juga. Selain dari bahan kimia aktif allicin, ia juga mengandungi nutrisi stabil lain seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan pelbagai fitokimia yang memberikan keunikan bau dan rasanya.
Dan ini juga boleh dimanfaatkan oleh badan kita.
Bagaimana pula jika ia dinikmati bersama bahan berasid (aka masam)?
Aktiviti enzim alliinase berlansung pada keadaan neutral (pH 6.5-7).
Dengan menambahkan bahan berasid seperti cuka, limau, lemon, asam keping dan yang seangkatan dengan mereka, akan menyebabkan enzim ini kurang aktif.
Maka peratusan pembentukan bahan kimia aktif allicin dari alliin juga akan menjadi kurang.
Bagaimana pula dengan membakar seketika?
Membakar seketika dengan api perlahan, dan diikuti dengan memusnahkan sel bawang akan mengaktifkan lagi aktiviti enzim alliinase dan seterusnya menghasilkan lagi banyak bahan kimia aktif allicin.
Senarai gambar di bawah ini ialah kepelbagaian cara penyediaannya yang telah dilakukan sendiri oleh Dr Fatimah Salim untuk menguji jumlah kehadiran bahan kimia aktif allicin secara perbandingan.
Sumber: Fatimah Salim Rasa pedas menyengat terbanyak adalah dalam bawang putih yang dibakar seketika (berkulit menambah sedikit keunikan dalam rasa), diikuti dengan mentah. Goreng dan rebus tidak mempunyai rasa ini. Memasukkan bawang putih cincang dalam air dan madu juga memberikan rasa yang berlainan.
Senang untuk dimakan, mudah dan menjimatkan masa. Ambil je sesudu dan taburan bawang_putih goreng crispy, pasti selera anda terbuka – Dapatkan Garlic Goreng Crispy Halal di SINI.
Baca juga:
Cara Hilangkan Jeragat Dalam Masa 10 Minit Tanpa Laser Pecah Dara Tapi Tak Berdarah? Bakal Pengantin Wajib Tahu Kesan Sampingan / Pengambilan Bawang Putih Berlebihan Adakah pengambilan bawang putih mentah memberikan kesan sampingan?
YA.
Berikut adalah antara kesan sampingan pengambilan berlebihan:
Disebabkan Kehadiran bahan kimia semulajadi bersulfur, ia mempunyai bau masam menyengat yang kuat yang mana boleh menyebabkan nafas berbau. Bahan kimia aktif allicin bersifat asid yang mampu merengsakan kulit. Maka, cairkan dengan air, minyak atau madu. Perlu diingat bawang ini mempunyai sifat pencairan darah. Maka, elakkan mengambilnya secara berlebihan apabila terluka kerana proses pembekuan darah pada kawasan luka akan menjadi lambat. Ini akan menyebabkan pendarahan berterusan. Terdapat kajian yang menunjukkan ia mampu berinteraksi dengan aktiviti ubat rawatan. Maka, mereka yang ‘on medication’, berbincanglah dengan doktor perubatan anda sebelum mengambil bawang putih mentah bersama dengan ubat. INGAT, apa-apa yang berlebihan berpotensi membawa mudarat. Ambil tahu tahap kesihatan diri dan jaga badan yang Allah amanahkan kepada kita sebaiknya.
Nota: Bahan kimia aktif allicin bersifat larut minyak.
Sumber : Bahagian Pemakanan – KKM, Fatimah Salim via Makmal Makanan (Ahli Akademi Sains Malaysia / Institut Kimia Malaysia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bawang-putih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bawang-putih

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Bersin Tak Berhenti Pakar Otak Kongsi Petua Mudah Redakan Guna Bawang Putih

Anak Bersin Tak Berhenti Pakar Otak Kongsi Petua Mudah Redakan Guna Bawang Putih

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 311 hits
Setiap kali bersin setiap pagi mulalah rasa tidak selesa Makin jadi tidak keruan bila anak pun turut mengalami alahan yang sama setiap pagi Bersin tanpa henti Bukan kita sahaja yang mengalami masalah resdung atau sinus tetapi turut sama dia...
Brokoli Bawang Putih

Brokoli Bawang Putih

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 159 hits
so simple yet sooo sedap buat kami sekeluarga berulang2 masak pun tak jemu Bahan bahan 500 gm broccoli5 ulas bawang putih dipotong dadu3 sudu sos tiram1 camca teh tepung jagung bancuh dengan sedikit air1 2 camca lada sulahAir ais untuk mere...
Peria Katak Khasiat Manfaat Kesan Sampingan

Peria Katak Khasiat Manfaat Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 195 hits
Peria Katak Khasiat Manfaat Kesan Sampingan Pahitnya Itulah ungkapan yang sinonim dengan peria katak seperti juga namanya dalam bahasa Inggeris iaitu bitter gourd Namun di sebalik rasa pahit ini ramai yang menjadikannya sebagai ubat Tahukah...
Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah

Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 167 hits
Rezeki untuk bertemu dan beramah mesra dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup mesra menjadi detik terindah buat seorang ibu hamil Nor Asmalina Abdullah Tanpa diduga niat untuk menyapa Permaisuri dan...
Kandungan Diffenz Junior Sesuai Untuk Kanak Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah

Kandungan Diffenz Junior Sesuai Untuk Kanak Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum Nak cari produk terbaik untuk perlindungan anak anak berumur 12 tahun ke bawah di musim Covid ni Ha Ni aku nak kongsikan kat korang semua satu produk makanan tambahan yang sesuai untuk mereka Biasanya kalau kanak kanak yang ...
Banyaknya Khasiat Buah Avokado

Banyaknya Khasiat Buah Avokado

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 384 hits
Avokado atau nama saintifiknya Persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit termasuklah masalah penglihatan penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti Untuk pengetahuan korang a...
Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 366 hits
Sekiranya anda merupakan peminat tegar nasi kerabu anda pasti sudah mengenali bunga telang Bunga berwarna biru dengan nama saintifik Clitoria ternatea ini rupanya bukan sekadar berfungsi sebagai pewarna semulajadi semata mata Rupanya ia men...
Machine Learning Pengertian Kegunaan Dan Cara Kerjanya

Machine Learning Pengertian Kegunaan Dan Cara Kerjanya

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 294 hits
Perkembangan teknologi artificial intelligence atau kecerdasan buatan berkembang begitu cepat Akan tetapi belum banyak yang mengetahui jika teknologi AI memiliki beberapa cabang salah satunya machine learning Machine learning adalah salah s...
Untuk Panduan Semua Kegunaan Tepung Beras Mengikut Kesesuaian Masakan

Untuk Panduan Semua Kegunaan Tepung Beras Mengikut Kesesuaian Masakan

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 151 hits
Untuk panduan semua Kegunaan tepung beras mengikut kesesuaian masakan Drpd Kak Ida Ida via bikmm
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala

Video Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut Netizen Terhibur Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat