Peria Katak Khasiat Manfaat Kesan Sampingan


Peria Katak – Khasiat, Manfaat & Kesan Sampingan
“Pahitnya!” Itulah ungkapan yang sinonim dengan peria katak, seperti juga namanya dalam bahasa Inggeris iaitu bitter gourd.
Namun, di sebalik rasa pahit ini, ramai yang menjadikannya sebagai ‘ubat’.
Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam sayuran ini? Benarkah khasiat peria katak boleh menyembuhkan diabetes / kencing manis?
Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi faktanya.
Pengenalan Nama saintifik : Momordica charantia. Nama umum : Peria katak, bitter gourd, bitter melon, balsom pear atau balsam apple dalam bahasa Inggeris. Famili : Cucurbitaceae Dikatakan berasal dari Selatan China, tumbuhan ini banyak ditanam secara komersil di Asia Tenggara, Asia Selatan, China dan Caribbean.
Tahukah anda, peria katak merupakan tumbuhan sub-tropika yang tergulung sebagai sayuran buah yang paling pahit di dunia.
Pernah tengok tak pokoknya? Sayuran ini berasal daripada tumbuhan herba yang menjalar, berbatang lembut dan boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter.
Pokok peria katak berbunga kuning dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan.
Buahnya yang mempunyai bentuk seakan timun, mempunyai kulit yang mengerutu dan berwarna hijau muda ketika muda dan akan bertukar warna kuning apabila matang.
2 Jenis Peria Buah berbentuk memanjang, peria yang terdapat di pasaran terdiri daripada dua jenis.
JENIS 1 – BERASAL DARI CHINA
Jenis ini mempunyai permukaan luaran yang berkulit licin sedikit dan berkilat, warnanya kehijauan muda. Ia lebih besar dan panjang sehingga 20-30 cm.
JENIS 2 – BERASAL DARI INDIA
Jenis kedua pula berasal dari India dan amat digemari orang India dan juga Asia Tenggara yang berukuran lebih pendek dan bersaiz kecil.
Biji buah berwarna putih ketika muda dan bertukar merah apabila matang.
Kerana rasanya yang sangat pahit, peria katak jarang dimasak bersama sayuran lain. Bagi menghilangkan rasa yang terlalu pahit, peria katak terlebih dahulu direndam ke dalam air garam, dicuci dan dipotong sebelum dimasak.
Peria sering digunakan dalam masakan cina yang biasanya digoreng bersama daging dan douchi atau dibuat sup dan juga sebagai teh. Manakala masyarakat Melayu lebih suka digoreng dan dicampur dengan udang atau daging.
Baca juga:
Bunga Cengkih : Khasiat, Petua Batuk, Sakit Gigi & Banyak Lagi 10 Contoh Makanan Diet Untuk Cepat Kurus – Saranan KKM Takut nak makan peria pahit? Jom dapatkan Peria Crispy Spicy or Original (Peria Katak) Kerepek Perisa Baru- Berlado Pedas Manis, Jagung Bakar, Salted Egg
Khasiat & Manfaat Peria Katak Untuk Kesihatan Walaupun pahit untuk ditelan, tapi banyak khasiat tersimpan!
Rasa pahit peria katak datangnya dari kandungan kuinin yang tinggi dan dianggap oleh orang Asia, Panama dan Columbia sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.
Dari segi perubatan Ia merupakan sayur yang banyak mendapat perhatian pakar perubatan moden, bahkan begitu banyak produk yang diolah daripada peria katak boleh didapati di Malaysia.
Dalam perubatan ayuveda (India), peria katak sering dilihat sebagai sejenis insulin tumbuhan yang baik untuk pesakit kencing manis (diabetis) dan mengawal kandungan gula dalam darah.
Berikut dikongsikan khasiat peria katak dan manfaatnya untuk kesihatan:
Kaya Nutrisi – Tinggi kalsium, zat besi dan vitamin C Mencegah Kanser – Kaya dengan antioksida, bersifat anti-kanser Membantu Mengawal Berat Badan – Rendah kalori, tinggi serat dan membantu pemendapan lemak Menurunkan Paras Gula – Rendah indeks glisemiks dan sekaligus boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah Menurunkan Kolesterol – Beberapa kajian mendapati ekstrak peria katak berpotensi membantu mengawal paras kolesterol jahat (LDL) Membantu Melegakan Asma / Radang – Dalam perubatan tradisional Cina, air rebusan peria digunakan untuk melegakan penyakit asma dan menyejukkan panas radang Mengatasi Masalah Berkaitan Haid – Air rebusan peria juga dikatakan boleh diminum untuk mengatasi masalah haid yang terlewat *Rujuk penerangan di bawah:
Sekumpulan pakar penyelidik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat di dalam peria. Protein ini dinamakan MAP-30 dan terdapat dalam biji dan kulit buah berkenaan. MAP-30 dikatakan mengandungi sifat-sifat anti-kanser sebagaimana yang terdapat pada tikus.
Selain itu, ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain.
Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga boleh membantu mengurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Kajian yang dijalankan ke atas tikus makmal dengan ekstrak peria katak menunjukkan ia mampu menyerupai tindakan insulin kerana buah dan bijinya mengandungi protein Polypeptide – K yang efektif terhadap diabetes.
Selain itu, ia juga membantu merencat penyerapan gula di usus dan menggalakkan sel-sel menggunakan gula dengan lebih efektif untuk ditukarkan menjadi tenaga. Ia juga membantu mengurangkan paras gula dengan merencat penghasilan gula oleh hati.
Kesan Sampingan / Keburukan Peria Katak Jika Diambil Secara Berlebihan Peria katak kini sering diambil dalam bentuk kapsul atau dijadikan jus minuman dan diambil secara mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai sayuran.
Pengambilan secara berlebihan adalah tidak digalakkan kerana seseorang boleh mengalami masalah perut atau cirit birit.
Selain itu, tidak semua penghasilan ubat-ubatan dan kapsul ini dihasilkan dengan pantauan KKM.
Oleh itu, anda perlu berhati-hati kerana pengambilan peria katak bersama ubatan moden boleh menyebabkan paras gula turun terlalu rendah (hipoglisemia), bahkan ia mungkin mengandungi kandungan gula yang tersembunyi.
Sila dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil rawatan tradisional ini kerana ia mungkin akan memberi kesan sampingan dalam mempengaruhi pengambilan perubatan moden anda.
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, Bahagian Pemakanan KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/peria-katak-khasiat-manfaat-kesan-sampingan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=peria-katak-khasiat-manfaat-kesan-sampingan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelemumur Rawat Dengan Daun Limau Purut Yang Dikisar Tak Perlu Risau Kesan Sampingan

Kelemumur Rawat Dengan Daun Limau Purut Yang Dikisar Tak Perlu Risau Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 191 hits
Masalah berkuping sering kali terjadi Bagi menyelesaikan masalah kelemumur selalunya ramai yang menggunakan syampu anti kelemumur Namun masalah kelemumur masih juga belum reda Ingat ya jangan menggaru kulit kepala secara agresif kerana tind...
Kesan Akta Lompat Parti Ke Atas 4 Mp Bersatu

Kesan Akta Lompat Parti Ke Atas 4 Mp Bersatu

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 320 hits
HarapanDaily comDR ZULQARNAIN LUKMANSemalam Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa semasa beliau dalam Jawatankuasa Penggubalan Akta bersama Gobind Deo dan Hanipa Maidin mewakili PH PH berpandangan bahawa MP yang b...
Ramai Risau Kesan Kenyataan Kaitkan Kuan Yew Dengan Komunis

Ramai Risau Kesan Kenyataan Kaitkan Kuan Yew Dengan Komunis

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 193 hits
Shakira Buang Alyaa Alhadjri Raveena NagotraRSN Rayer mendakwa ramai ahli perniagaan Malaysia di Singapura mengeluh dan mulai bimbang produk yang diusahakan mereka akan dipulaukan rakyat di republik itu Kata Rayer keadaan itu susulan kecelu...
Hilangkan Kesan Kuning Bau Cili Pada Blender Mudah Guna Bahan Dapur Saja

Hilangkan Kesan Kuning Bau Cili Pada Blender Mudah Guna Bahan Dapur Saja

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 344 hits
Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili Lagi lagi kalau kerja memasak je setiap hari Makin lama akan makin jelas kesan kuning bau blender pun jadi kurang enak Jadi eloklah kita tahu cara yan...
Suri Rumah Ditemui Mati Dalam Tandas Dengan Tiga Kesan Tikaman

Suri Rumah Ditemui Mati Dalam Tandas Dengan Tiga Kesan Tikaman

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 253 hits
Nuraliawati Sabriam hmetro com myMelaka Suri rumah ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di kediamannya di sebuah perumahan mewah di Ayer Keroh semalam Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata p...
Starbucks Alami Kesan Dari Boikot

Starbucks Alami Kesan Dari Boikot

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Boikot pengguna yang timbul daripada ketegangan geopolitik berkemungkinan akan memberi kesan negatif terhadap Nestle dan Starbucks di bawah Berjaya Food demikian menurut penganalisis RHB Research menerusi satu nota penyelidikan...
Doktor Veterinar Galak Ibu Bapa Beri Anak Bela Kucing Terapi Beri Kesan Perkembangan Otak

Doktor Veterinar Galak Ibu Bapa Beri Anak Bela Kucing Terapi Beri Kesan Perkembangan Otak

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 229 hits
Bila anak minta hendak bela ramai agak keberatan Pelbagai alasan yang diberi kepada anak termasuk faktor kebersihan alahan dan sebagainya Namun hakikatnya memelihara haiwan mampu mendidik menjadi seorang positif dalam pelbagai aspek Kenapa ...
Rasuah Pembaziran Beri Kesan Agihan Kepada Rakyat Kata Pm

Rasuah Pembaziran Beri Kesan Agihan Kepada Rakyat Kata Pm

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 140 hits
AMALAN rasuah penyelewengan dan pembaziran perlu dihentikan kerana ia beri kesan pengagihan kepada golongan memerlukan kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Berucap merasmikan Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Putrajaya hari ini beliau yang...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket

Hobby Of Coins Collection Among The Younger Generations Nowadays