Bawa Pulang Tanah Dan Tumbuhan Dari Tanah Haram



Soalan:
Baru-baru ni saya pergi menunaikan umrah. Semasa di ladang kurma di Madinah, peniaga kurma ada menghadiahkan anak pokok kurma berserta sedikit tanah sebagai medium pokok tersebut. Apakah hukum saya membawa pokok tersebut ke Malaysia? Untuk makluman, anak saya sekarang kurang sihat (cirit birit) dan ibu saya mengatakan tindakan saya membawa pokok tersebut adalah punca kepada masalah kesihatan anak saya. Mohon penjelasan.

Jawapan:
Makkah dan Madinah merupakan dua tanah haram bagi umat Islam yang mempunyai kelebihan dan keistmewaanya tersendiri. Dua tanah haram ini juga mempunyai hukum hakam tersendiri yang berbeza dengan tempat-tempat lain. Nabi SAW bersabda:

عن عبد الله بن زيد رضي الله عنه, أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إنَّ إبْراهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ ودَعا لأَهْلِها، وإنِّي حَرَّمْتُ المَدِينَةَ كما حَرَّمَ إبْراهِيمُ مَكَّةَ 
Daripada Abdullah bin Zaid RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya Nabi Ibrahim AS telah menjadikan Makkah sebagai tanah haram dan mendoakan penduduknya, dan aku telah menjadikan Madinah sebagai tanah haram sepertimana Nabi Ibrahim AS telah menjadikan Makkah sebagai tanah haram.” [Riwayat Muslim (1360)]

Bagi menjawab persoalan di atas, kita perlu membahaskan secara ringkas beberapa hukum yang berkaitan.

Hukum membawa keluar tanah daripada tanah haram

Ulama’ berbeza pandangan mengenai hukum mengeluarkan tanah daripada tanah haram kepada tiga pendapat:

Harus. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan ulama’-ulama’ dalam mazhab Hanafi. Mereka berhujah bahawa apa-apa yang boleh dimanfaatkan di tanah haram seperti tanah dan batu-batuan, maka dibolehkan untuk membawanya keluar. Adapun riwayat daripada Umar RA dan Ibn Abbas RA adalah riwayat yang syaz kerana bertentangan dengan kebiasaan amalan manusia di sana yang mengeluarkan tanah-tanah daripada tanah haram tanpa ada yang menghalang mereka. Setiap athar sahabat yang syaz dan bertentangan dengan zahir amalan kebiasaan manusia, maka ia tidak boleh dijadikan hujah. [Lihat al-Mabsut (30/161)]Makruh. Ini adalah pendapat dalam mazhab Hanbali dan sebahagian ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan asy-Syafi’e berdasarkan riwayat daripada Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA. [Lihat Muntaha al-Iradat (2/375), Mufidul Anam fi Tahrir Ahkam lil Haj (1/233), Raudhah at-Tolibin (3/168)]Haram. Ini adalah pendapat yang lebih kuat di sisi mazhab asy-Syafi’e berdasarkan riwayat Ibn Abbas dan Ibn Umar RA. [Lihat Raudhah at-Tolibin (3/168), al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (7/455), Tuhfat al-Muhtaj (4/194)]
Imam asy-Syafie berkata: “Tiada kebaikan mengeluarkan batu-batu daripada tanah haram, begitu juga tanahnya (tanah haram) keluar ke tanah halal. Ini kerana tanah haram ada kehormatannya yang jelas berbeza dengan tempat-tempat yang lain. Aku tidak melihat -wallahua'lam- keharusan bagi seseorang untuk menghapuskannya (kehormatan haram) daripada tanah haram yang jelas berbeza dengan tempat-tempat lain sehingga disamakan”. [Lihat al-Umm (7/155)]

Khilaf di kalangan para ulama’ ini hanya pada hukum mengeluarkan tanah atau batu-batuan tanpa sebab tertentu, adapun jika dikeluarkan untuk mengambil keberkatan daripadanya, maka hukumnya adalah haram. [Lihat Hasyiyah al-Khuluti ala Muntaha al-Iradat (2/375), Mufidul Anam fi Tahrir Ahkam lil Haj (1/233)]

Hukum mencabut tanaman atau tumbuhan di tanah haram

Ulama’ bersepakat bahawa haram hukumnya mencabut tumbuhan atau tanaman di tanah haram jika ia tidak ditanam oleh manusia sama ada ke atas mereka yang berada dalam keadaan berihram ataupun tidak. [Lihat al-Mughni (3/349-351), Jawahir al-Iklil Syarh Mukhtasar al-Khalil (1/198-199), Bada’i as-Sona’i (5/200), Mughni al-Muhtaj (1/527)]

Asas kepada pengharaman ini adalah berdasarkan firman Allah:

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا حَرَمًا آمِنًا
“Tidakkah mereka melihat bahawa Kami telah menjadikan (Makkah) tanah suci yang dihormati lagi aman?” [Surah al-Ankabut: 67]

Begitu juga larangan daripada hadith Nabi SAW:

لاَ يُخْتَلَى شَوْكُهَا وَلاَ يُعْضَدُ شَجَرُهَا
“Tidak boleh dipotong dahannya (di tanah haram) dan tidak boleh dicabut pokok-pokoknya (di tanah haram).” [Riwayat al-Bukhari (1833) dan Muslim (13555)]

Terdapat pengecualian terhadap larangan ini, iaitu pokok al-idzkhir (sejenis rumput yang tumbuh di tanah Arab serta digunakan oleh orang Arab sebagai haruman dan juga diletakkan di dalam minuman). Pokok al-idzkhir dibenarkan untuk mencabutnya walaupun ia tumbuh sendiri di tanah haram berdasarkan jawapan Nabi SAW terhadap respon al-‘Abbas RA terhadap larangan ini. Lihat hadith dalam Sahih al-Bukhari (no. 112, 1833). Sebahagian ulama’ menqiyaskan pokok-pokok lain ke atas pokok al-idzkhir dalam pengecualian terhadap larangan ini berdasarkan keperluan manusia terhadap tumbuhan tersebut atau ia boleh memberi mudarat kepada manusia.

Adapun pokok di tanah haram yang ditanam oleh manusia, majoriti ulama’ mengharuskannya untuk dicabut mengikut keperluan. [Lihat Hasyiyah ad-Dasuki (2/79-80), Hasyiyah Ibn ‘Abidin (2/603), Kasyaf al-Qina’ (6/221), Nihayah al-Muhtaj (3/353)]

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan yang diajukan, kami cenderung untuk memilih pendapat yang terpilih dalam mazhab Imam asy-Syafi’e, iaitu tidak boleh membawa tanah daripada tanah haram keluar ke tanah halal. Jika sudah terlanjur membawanya keluar, hendaklah memulangkannya kembali ke tanah haram jika berkemampuan.

Imam al-Mawardi telah berkata: “Jika seseorang itu mengeluarkan sesuatu daripada batu-batuan atau tanah daripada tanah haram, maka hendaklah dipulangkan ke tempatnya dan dikembalikannya ke tanah haram.” [Lihat al-Hawi fi Fiqh asy-Syafi’e (4/314)]

Imam an-Nawawi juga membawakan kata-kata Imam al-Mawardi di dalam kitab beliau, al-Majmuk Syarh al-Muhazzab (7/460) dan mengakuinya.

Adapun mengenai pokok kurma, jika ia ditanam oleh manusia, maka diharuskan untuk membawanya keluar. Jika pokok tersebut tumbuh sendiri tanpa ditanam oleh manusia, maka tidak boleh dibawa keluar daripada tanah haram.

Jika sudah terlanjur membawanya keluar daripada tanah haram, maka hendaklah beristighfar, kemudian mengembalikan tanah tersebut ke mana-mana bahagian di tanah haram jika berkemampuan. Jika tidak berkemampuan untuk pergi ke tanah haram, dibolehkan untuk mewakilkan kepada sesiapa sahaja yang dipercayainya untuk meletakkanya kembali ke mana-mana bahagian di tanah haram. Jika tidak mampu untuk mewakilkan kepada orang lain, maka letakkanlah tanah tersebut di mana-mana tempat yang bersih. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan sesuatu yang dapat dipikulnya.” [Surah al-Baqarah: 286]

[Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (17/195)]

Mengenai penyakit yang menimpa anak, kami menasihati agar membawanya ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/bawa-pulang-tanah-dan-tumbuhan-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Mati Dan Ditanam Di Tanah Haram

Kelebihan Mati Dan Ditanam Di Tanah Haram

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 288 hits
Dalil dalil1 Diriwayatkan dari Aisyah r a katanya Rasulullah saw berdoa Ya Allah jadikan kami kasih kepada negeri Madinah sebagaimana kami kasih kepada negeri Mekah bahkan lebih kasih lagi 2 Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r a Rasululla...
10 Tip Memilih Kurma Ajwa Terbaik Apabila Ke Tanah Haram

10 Tip Memilih Kurma Ajwa Terbaik Apabila Ke Tanah Haram

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 748 hits
Setiap kali masuk musim Ramadan pasti kita akan mendengar suara iklan di kaca televisyen mahupun di corong radio yang mengiklankan jenama kurma mereka Dahulu kurma dimakan secara bermusim iaitu apabila tiba bulan Ramadan Tetapi kini buah ku...
Haramjadah Israel Rampas 10 000 Hektar Tanah Palestin

Haramjadah Israel Rampas 10 000 Hektar Tanah Palestin

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 364 hits
BAITULMUQADDIS 15 Mac Israel dilaporkan merampas lebih 10 000 hektar tanah milik Palestin sejak 50 tahun lalu dan hampir separuh daripadanya digunakan untuk membina penempatan haram Tebing Barat Menurut laporan dikeluarkan oleh pertubuhan b...
Wali Kota Risma Menang Gugatan Pt Maspion Diminta Kosongkan Tanah Sengketa

Wali Kota Risma Menang Gugatan Pt Maspion Diminta Kosongkan Tanah Sengketa

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 162 hits
Saat perjanjian sudah berakhir PT Maspion tak kunjung menyerahkan tanah tersebut Padahal perjanjian itu berakhir pada 15 Januari 2016 lalu
Kena Ott Kpk Romahurmuziy Punya Harta Rp 11 M Sebidang Tanah Senilai Rp 2 5 M

Kena Ott Kpk Romahurmuziy Punya Harta Rp 11 M Sebidang Tanah Senilai Rp 2 5 M

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 263 hits
Ia juga punya batu mulia dengan total Rp 425 juta dan surat investasi hingga Rp 1 15 miliar Ia pun punya uang kas hingga Rp 5 28 miliar dan USD 51 377 Rommy juga tercatat memiliki piutang sebesar Rp 164 700 000
Selagi Orang Putih Masih Hidup Mereka Takkan Dapat Menjajah Tanah Kita Suspek

Selagi Orang Putih Masih Hidup Mereka Takkan Dapat Menjajah Tanah Kita Suspek

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 560 hits
The ReporterViral di media sosial rakaman video seorang lelaki bersenjata menembak secara rambang pada jemaah yang sedang bersedia untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid di bandar Christchurch New Zealand Difahamkan suspek membuat rakaman v...
Alasan Brenton Tarrant Lakukan Penembakan Di Masjid Ingin Menyatakan Tak Ada Tanah Yang Benar Benar Aman

Alasan Brenton Tarrant Lakukan Penembakan Di Masjid Ingin Menyatakan Tak Ada Tanah Yang Benar Benar Aman

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 414 hits
Terungkap alasan Brenton Tarrant lakukan penembakan di masjid di Christchurch Selandia Baru pada Jumat Diketahui terungkapnya alasan Brenton Tarrant lakukan penembakan di masjid di Christchurch itu ketika jajaran kepolisian setempat temukan...
Margonda Depok Terancam Amblas Akibat Penggunaan Air Tanah Tak Dibatasi

Margonda Depok Terancam Amblas Akibat Penggunaan Air Tanah Tak Dibatasi

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 218 hits
Dari 2 5 juta jiwa yang menggunakan sumber daya air di kota dengan luas 200 29 kilometer Dia menegaskan bahwa penggunaan air tanah perlu dibatasi Karena jika dibiarkan akan mengancam kondisi geografis Depok
Isu Tanah Wakaf Pulau Pinang

Isu Tanah Wakaf Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 733 hits
AssalamualaikumMemang panas betul sekarang ni Isu yang dimainkan oleh hantu hantu peliharaan wakil politik Seperti biasa tanpa fakta aku takkan berkongsi Mohon ambil sedikit masa dan baca teks kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh MAINPP i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba