Bawa Perut Ke Sana Sini Tak Mudah Suami Tolonglah Jangan Buat Selamba Jaga Isteri Tu


Wanita sekarang terlalu berdikari. Ketika mengandung pun boleh buat macam-macam perkara. Ketika seorang isteri hamil, anda hanya mampu melihat susah-payahnya dia membawa kandungan. Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri anda, tetapi beri penghargaan kepada isteri dengan menunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.

Bagi wanita hamil, biarpun sedikit bantuan atau ganjaran yang anda berikan kepada mereka, itu sudah mampu mengurangkan kepayahan membawa anak comel di dalam perut. Pernahkah anda mencuba beberapa perkara ini untuk menzahirkan rasa cinta anda kepada isteri yang sedang hamil. Ayuh, kita semak bersama-sama!
BANYAKKAN MEMBACA
Jangan malas. Banyakkan membaca maklumat tentang kehamilan dan sebagainya. Ketika mereka bercerita kepada anda tentang kandungan mereka, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dibuat. Memberi tumpuan kepada cerita mereka dan ada solusi kepada permasalahan mereka akan menunjukkan bahawa anda sudah bersedia dengan tanggung jawab baharu menjadi seorang bapa. Biarpun isteri anda bukannya hamil anak pertama, pastikan anda sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan tentang kehamilan sekiranya mereka berkongsi cerita dengan anda.
Baca Artikel Ini: [Bersalin Caesar, Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal. Boleh Buat, Tapi Ketahui Kemampuan Diri]
TEMANKAN SI DIA KE PEMERIKSAAN BERKALA
Ini menunjukkan anda peka dan sentiasa mahu terlibat dalam perjalanan kehamilannya. Apabila anda menemaninya ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala, anda akan tahu dengan tahap kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan banyakkan bertanya perihal yang tidak anda ketahui setiap kali berjumpa doktor. Jika anda ada ketika ujian imbasan dibuat, ia akan mewujudkan jalinan kasih sayang antara anda dan bayi dalam kandungan.
KURANGKAN TEKANAN ISTERI
Kehamilan sememangnya memberi tekanan baik dari segi fizikal atau emosi. Jangan bebankan isteri dengan masalah yang tidak perlu. Ambil tugas untuk membantunya membuat kerja rumah supaya isteri dapat berehat.

 
BANTU ISTERI TIDUR
Semakin besar kandungan, isteri akan mula merasa tidak selesa. Ketika isteri tidur dalam keadaan terlentang, berat kandungan akan memberi beban keada tulang belakang dan otot-ototnya yang membuatkan dia merasa sakit.
Baca Artikel Ini: [Masih Tak Bersalin Walau Dah Sampai Waktu. Risiko Anak Tertelan Najis]
Ada masanya, bayi aktif ketika waktu tidur ibu. Bantu isteri anda untuk tidur, dapatkan bantal khas buat ibu mengandung. Bantal ini direka untuk menyokong bahagian tertentu agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Memeluk isteri ketika dia sedang tidur juga dapat memberinya ketenangan.
BAWA-BAWALAH BERSABAR
Ketika isteri sedang mengandung, hormonnya tidak stabil. Anda akan berdepan dengan perubahan emosi serta tingkah laku yang sukar dijangka. Banyakkan bersabar dan fahami keadaan isteri anda. Wanita hamil juga kerap ke tandas, terutamanya pada waktu tengah malam. Sebagai suami prihatin, berjagalah ketika dia ke tandas dan selalulah bertanyakan keadaannya.

BUAT KEJUTAN ISTIMEWA
Inilah yang paling isteri suka. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Jika ia hanya melibatkan anda berdua sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak salah untuk anda membuat kejutan yang lebih besar. Ajaklah keluarga dan teman-teman rapatnya untuk merancang kejutan untuk isteri anda. Bawa dia bercuti atau menganjurkan majlis khas untuk si dia sudah cukup untuk memberi impak kepada ibu hamil sekaligus memberi kesan positif terhadap kandungannya.

Suami adalah orang paling penting sepanjang proses mengandung. Isteri mengharapkan suami untuk sentiasa bersedia dan ada dengannya setiap masa. Jika tidak mampu untuk buat semua perkara di atas, sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih kepada si isteri atas pengorbanannya itu.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my

The post ‘Bawa’ Perut Ke Sana Sini Tak Mudah, Suami Tolonglah Jangan Buat Selamba. Jaga Isteri Tu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bawa-perut-ke-sana-sini-tak-mudah-suami-tolonglah-jangan-buat-selamba-jaga-isteri-tu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Suami Isteri Bekerjasama Jaga Anak Proses Nak Membesarkan Anak Jadi Mudah

Bila Suami Isteri Bekerjasama Jaga Anak Proses Nak Membesarkan Anak Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 552 hits
Anak anak merupakan amanah yang tidak ternilai yang tuhan anugerahkan Mendidik dan membesarkan anak anak memerlukan kerjasama pasangan masing masing kerana amanah tersebut sangat berat dan sangat mencabar Lagi ramai anak lagi banyak ragam y...
Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri Sehingga Lupakan Derhaka Sendiri Teguran Buat Encik Suami

Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri Sehingga Lupakan Derhaka Sendiri Teguran Buat Encik Suami

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 696 hits
BIASA kita dengar isteri wajib ikut perintah suami perlu faham kehendak suami Lalu dek kerana takut dengan dosa melanggar arahan suami maka si isteri pun ikut walaupun terpaksa walaupun kecewa Namun berapa ramai suami yang faham atau paling...
Isteri Jangan Halang Suami Melepak Barulah Rumah Tangga Bahagia

Isteri Jangan Halang Suami Melepak Barulah Rumah Tangga Bahagia

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 797 hits
Isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam Isteri selalu marah marah bila suami lepak malam malam dengan kawan kawan Cuba kita bertanya pada diri kita kenapa kita marah suami lepak Adakah kerana kita cemburu Kerana suami tak lepak...
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jaga Isteri Kerana Doa Mereka Ajaib

Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jaga Isteri Kerana Doa Mereka Ajaib

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 672 hits
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Kerana Doa Mereka Ajaib Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup dikelilingi hutang dan rezeki seolah olah tersekat cuba renung renungkan diri anda Adakah anda...
Jangan Cepat Pandang Negatif Anak Orang Suka Melompat Sana Sini Mungkin Dia Ada Adhd

Jangan Cepat Pandang Negatif Anak Orang Suka Melompat Sana Sini Mungkin Dia Ada Adhd

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 419 hits
Amirul kelihatan normal seperti kanak kanak lain di sekolahnya Walau bagaimanapun Amirul agak sukar memberikan tumpuan kepada pengajaran guru di kelas dan sering kelihatan seperti di dunianya sendiri Kelakuannya semakin menjadi jadi jika ti...
Hati Suami Tenang Bila Mudah Maafkan Isteri Ganjarannya Juga Besar Di Sisi Allah

Hati Suami Tenang Bila Mudah Maafkan Isteri Ganjarannya Juga Besar Di Sisi Allah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 706 hits
Dalam rumah tangga penting adanya sikap tolak ansur bagi menjaga keharmonian hubungan suami isteri Ketepikan rasa ego dalam diri masing masing kerana ia tak membawa anda ke mana pun malah merugikan buat pasangan Sentiasalah bermuhasabah dir...
Wahai Suami Melukai Hati Isteri Boleh Membuatkan Pintu Rezeki Sempit Benarkah

Wahai Suami Melukai Hati Isteri Boleh Membuatkan Pintu Rezeki Sempit Benarkah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 581 hits
Suami yang merupakan imam memiliki kedudukan penting keluarga Mereka bertugas menjadi pemimpin dan memastikan kebutuhan keluarga tercukupi Dengan kedudukan yang krusial ini tidak jarang suami yang tidak menghargai posisi istri Terlebih jika...
Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar

Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1641 hits
TURUTAN NAFKAH SUAMI1 Dalam pemberian nafkah seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak anak dari orang lain Turutan nafkah adalah seperti berikut Diri sendiriIsteriAnakBapaIbuCucuDatukSaudaraAhli ahli keluarga berikutnya Turutan ...
Isteri Doakan Pada Suami Kemalangan Jika Curang

Isteri Doakan Pada Suami Kemalangan Jika Curang

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1006 hits
Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Jika Dia Curang Akhirnya Betul Dia Kemalangan Makin lama keadaan makin teruk Paling buat saya geram rumah saya terbakar puas saya telefon dia dia tak jawab Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Jika Dia Curang Ak...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mandatory Email Account Verification For All Domain

Cpanel Is Delaying Incoming Messages

Dia Bukan Siapa Siapa

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34

Delicious Old Fashioned Pickled Beef Heart Recipe

Terbang Ke Nanjing Dengan China Eastern Airlines Dan Makan Malam Di Lanzhou Beef Noodles Liyang