Isteri Doakan Pada Suami Kemalangan Jika Curang



Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Jika Dia Curang. Akhirnya Betul Dia Kemalangan’Makin lama keadaan makin teruk. Paling buat saya geram, rumah saya terbakar, puas saya telefon dia, dia tak jawab. ‘Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Jika Dia Curang. Akhirnya Betul Dia Kemalangan’
“Sekadar nak kongsi pengalaman, saya sudah 16 tahun berkahwin. Anak 3 orang. Saya dan suami kahwin awal pada usia 21 tahun kami berdua sebaya. Habis SPM saya sambung belajar manakala suami terus bekerja. Mak mertua yang bersunguh nak kami kahwin awal. Belum sempat saya habis belajar, saya dah kahwin. Di awal perkahwinan, kami pjj selama setahun. Tamat pengajian, saya pun melahirkan anak sulung.”
“Allah permudahkan urusan saya, selesai sahaja pantang, saya ditawarkan kerja di bandar yang tak jauh dari kampung. Rezeki anak kami menyewa sebuah rumah kampung. Tak lama selepas itu, ujian pertama dalam perkahwinan. Suami saya dah pandai balik lewat, setiap hari balik lewat malam. Hati saya dah syak macam-macam.”“Makin lama keadaan makin teruk. Paling buat saya geram, rumah saya terbakar, puas saya telefon dia, dia tak jawab. Nasib baiklah waktu itu ada jiran yang baik. Dah tengah malam, baru dia balik. Masa itu memang menyesal sebab tak jawab telefon saya.”
“Lepas kejadian itu, saya terpaksa menumpang rumah mak saya. Tapi suami masih buat perangai, pukul 2 atau 3 pagi baru balik. Saya geram tiba-tiba saja waktu itu saya berdoa, “Ya Allah, kalaulah suami aku khianati aku, curangi aku, biarlah malam ini dia eksiden.” Masa itu saya geram sangat dan terkeluar saja doa macam itu.”
“Lepas tersedar saya istigfar semula. Mungkin agaknya doa saya doa hamba yang teraniaya, Allah makbulkan doa saya. Dalam pukul 5 pagi, saya dengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok dia dengan lebam dan luka sepanjang 1 inci di kepala. Katanya kemalangan langgar babi.”
“Mengucap saya waktu tu, terdetik dalam hati, Allah perkenankan doa aku. Hati saya makin kuat mengatakan memang dia ada buat pasal dengan saya. Tapi saya sabar sebab tak nak gaduh dekat rumah mak saya. Tak lama lepas itu, kami pindah ke rumah lain. Masa tu saya mula siasat. saya perasan dia selalu sorok telefon bimbit dia. Suatu pagi, waktu dia tengah mandi, saya cari telefon dia. Jumpa dan terus saya buka telefon tu. tengok sms dari perempuan, ber abg2 lagi… saya tunggu dia kat pintu bilik.”
“Selesai dia mandi, saya tanya dia siapa perempuan yang sms dia? Dia tak jawab saya lempar telefon itu ke dinding. Hancur. Suami saya menanggis dan merayu tak nak buat lagi. Saya pergi kerja macam biasa, sampai pejabat saya telefon perempuan itu. Saya cerita hal sebenar dan ajak jumpa.”
“Perempuan tu tak tahu suami saya dah ada isteri. Suami saya balik lambt sebab selalu dating dengan perempuan tu. Perempuan itu janji, tak nak kacau suami saya lagi. Tapi saya tak bodoh, esok saya pergi intip dia kat tempat kerja. Memang mereka jumpa lagi.”“Memang geram waktu itu tengah mereka makan, saya pergi. Saya simbah air atas muka suami saya dan muka perempuan itu. Saya cuma cakap dalam nada yang paling lembut dan manja, “sila pilih saya atau perempuan itu?” Dia bangun dan pilih saya. Saya tanya perempuan itu, kenapa ganggu suami saya lagi? Perempuan itu cakap, sebab tak boleh nak lupa.”
“Saya ugut perempuan itu, “lepas ini kau jaga, aku akan upah seorang perempuan untuk kacau ayah engkau! Aku tak boleh buat engkau, aku akan buat pada keluarga engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau.” Sedangkan saya tak tahu apa-apa pun.”
“Lepas kejadian itu, suami saya jadi lelaki mithali untuk beberapa bulan. Saya pula mengandung anak kedua dengan harapan, bila bertambah anak suami akan lebih bertanggung jawab. Lahir anak kedua, sekali lagi buat perangai. Dengan budak perempuan dekat dengan rumah sewa saya.”


“Perempuan itu tahu suami saya dah beristeri, tapi gatal juga nak melayan. Hati saya dah mula tawar. Tapi masa itu, saya muda, saya takut kalau saya bercerai, mesti keluarga saya salahkan saya. tapi hati saya dendam dengan suami. Suami saya yang gatal sebenarnya. Sibuk sms perempauan lain, sekali lagi telefon jadi mangsa, pecah telefon itu saya kerja kan. Memang masa itu saya naik angin. Saya kejar dia dengan pisau potong ayam. Nasib baik dia sempat masuk bilik dan kunci pintu.”
“Setiap malam, saya akan terbayang semua kecurangan suami. Hati rasa macam terbakar. Saya nak dia rasa, macam mana saya rasa. Keesokkannya, sebelum balik kerja, saya pergi ke bandar. Saya beli sebuah telefon yang paling murah dan kad sim yang baru. Saya guna nombor baru itu untuk sms ke nombor saya, kononnya ada orang lain yang hantar pada saya.”
“Sengaja saya simpan semua sms cintan dalam telefon saya. 2,3 minggu itu saya asyik dengan telefon saya. Tak berenggang dengan telefon. Sebenarnya waktu itu, tak ada apa pun tapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang nampak dia curiga sebab dia dah mula tegur saya, saya bersms dengan siapa.”
“Dah banyak sms romantic dalam telefon saya, saya tinggalkan telefon saya sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru itu, memang ada dengan saya. Tengah hari itu, dia telefon nombor baru saya. Saya cuma tersenyum, saya biarkan panggilan tanpa di jawab. Banyak kali dia telefon ke nombor baru saya, tapi saya tak jawab hinggalah akhirnya dia sms, “Kau siapa? Kenapa ganggu isteri aku! Jawab call aku!” Saya rasa puas ati. Saya nak dia rasa apa yg saya rasa biar pun terpaksa berlakon.”

“Tak lama lepas itu, dia datang ke pejabat saya dengan kereta kawan dia. Dia bawak saya pergi makan dan tanya siapa lelaki yang sms saya tu. Saya hanya ketawa, dan saya tanya dia “Pedih tak bang ?” Saya tinggalkan dia dan terus balik pejabat. Sejak dari itu, suami saya berubah. 1 tahun saya ambik masa untuk ikhlaskan hati menerima dia. Akhirnya, saya terima dia.”
“Saya mohon ampun pada dia dan cium tangan dia. Saya tahu, saya pun banyak buat salah. Dia bagi tahu saya, dia dah rasa apa yang saya rasa dan dia menyesal. Alhamdulillah, suami pun dah berubah. Sekarang dia pun dah berniaga sendiri. Anak pun dah bertambah seorang lagi, kami pun dah semakin matang. Masih lagi bergaduh sekali sekala, tapi bukan sebab ada orang ketiga.”
“Dia jadikan saya orang terpenting dalam hidup dia, dan saya pun jadikan dia orang yang terpenting dalam hidup saya. Sekarang, suami saya banyak masa di rumah. Cuma saya kadang bosan bila dia di rumah sebab suami dah dapat hobi baru membebel. Meningkat usia ini jadi kaki bebel pula. Tapi saya terima daripada jadi kaki perempuan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita, inshaAllah, kita akan kuat berdepan ujian Allah.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/10/isteri-doakan-pada-suami-kemalangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Doa Kau Mati Beranak Nanti Suami Bengang Isteri Dapat Tahu Dia Curang

Aku Doa Kau Mati Beranak Nanti Suami Bengang Isteri Dapat Tahu Dia Curang

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 1591 hits
Tergamaknya suami makan luar di ketika isteri sedang sarat mengandung hanya menunggu masa untuk bersalin Sudah tiga hari tidak pulang ke rumah membuatkan isterinya terpaksa menggalas tanggungjawab menguruskan rumah dan anak anak kecil seora...
Mai Bvka Selvar Atok Nak Tengok Betul Ke 12 Tahun Chef Wan Nak Samman Isteri Bekass Suami Anaknya Gara Gara Fltnah

Mai Bvka Selvar Atok Nak Tengok Betul Ke 12 Tahun Chef Wan Nak Samman Isteri Bekass Suami Anaknya Gara Gara Fltnah

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 397 hits
Marah betul Dato Chef Wan kepada isteri bekas suami anaknya yang cuba memutar belitkan cerita Kemarahannya memuncak sehinggakan Chef Wan mahu mengambil tindakan undang undang terhadap wanita tersebut Mai Bvka Selvar Atok Nak Tengok Betul ke...
Saat Suami Tengok Isteri Bertarung Nyawa Bersalin Baru Tahu Besarnya Pengorbanan Dia

Saat Suami Tengok Isteri Bertarung Nyawa Bersalin Baru Tahu Besarnya Pengorbanan Dia

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 547 hits
Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri Ketika itu sokongan suami dengan berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi amat diperlukan Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan ...
Wahai Suami Melukai Hati Isteri Boleh Membuatkan Pintu Rezeki Sempit Benarkah

Wahai Suami Melukai Hati Isteri Boleh Membuatkan Pintu Rezeki Sempit Benarkah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 462 hits
Suami yang merupakan imam memiliki kedudukan penting keluarga Mereka bertugas menjadi pemimpin dan memastikan kebutuhan keluarga tercukupi Dengan kedudukan yang krusial ini tidak jarang suami yang tidak menghargai posisi istri Terlebih jika...
Hati Suami Tenang Bila Mudah Maafkan Isteri Ganjarannya Juga Besar Di Sisi Allah

Hati Suami Tenang Bila Mudah Maafkan Isteri Ganjarannya Juga Besar Di Sisi Allah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 582 hits
Dalam rumah tangga penting adanya sikap tolak ansur bagi menjaga keharmonian hubungan suami isteri Ketepikan rasa ego dalam diri masing masing kerana ia tak membawa anda ke mana pun malah merugikan buat pasangan Sentiasalah bermuhasabah dir...
21 Peratus Wanita Muslim Malaysia Percaya Suami Punya Hak Pukul Isteri

21 Peratus Wanita Muslim Malaysia Percaya Suami Punya Hak Pukul Isteri

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 439 hits
Satu kaji selidik telah dijalankan oleh Sisters in Islam sebuah badan bukan berkanun ke atas wanita Muslim di Malaysia dan hasil kaji selidik mendapati 21 peratus wanita Muslim di Malaysia percaya bahawa suami mereka mempunyai hak untuk mem...
Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri Sehingga Lupakan Derhaka Sendiri Teguran Buat Encik Suami

Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri Sehingga Lupakan Derhaka Sendiri Teguran Buat Encik Suami

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 593 hits
BIASA kita dengar isteri wajib ikut perintah suami perlu faham kehendak suami Lalu dek kerana takut dengan dosa melanggar arahan suami maka si isteri pun ikut walaupun terpaksa walaupun kecewa Namun berapa ramai suami yang faham atau paling...
Doktor Dibelasah Viral Gara Gara Curang Dengan Isteri Orang

Doktor Dibelasah Viral Gara Gara Curang Dengan Isteri Orang

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 1036 hits
Sebuah video di Twitter memaparkan seorang lelaki yang dipercayai doktor dibelasah teruk ketika sedang bertugas di sebuah klinik swasta tular di sini awal pagi tadi Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan doktor tersebut dipukul dan ...
Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar

Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1427 hits
TURUTAN NAFKAH SUAMI1 Dalam pemberian nafkah seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak anak dari orang lain Turutan nafkah adalah seperti berikut Diri sendiriIsteriAnakBapaIbuCucuDatukSaudaraAhli ahli keluarga berikutnya Turutan ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut