Bawa Masuk Kolam Sentuh Air Terus Baby Menangis Nak Atasi Anak Fobia Air Ada Caranya


Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air? Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut?

Wujudnya masalah fobia air
Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air. Tetapi setibanya di pantai, mereka langsung tidak mahu mencelup kaki ke dalam air laut.
Ketika si manja masih kecil, amat mudah membawa mereka ke pantai atau mandi kolam. Tetapi apabila meningkat usia, mereka seperti seolah-olah takut dengan air.
Jika anda berdepan dengan senario di atas, percayalah anda tidak keseorangan. Bahkan terdapat ramai ibu bapa lain turut mengalami situasi yang sama.
Tetapi kenapa ya?
Ia sesuatu keadaan yang biasa untuk wujud rasa takut atau fobia air dalam kalangan kanak-kanak.

Sudah tentu, keadaan ini mengakibatkan ada ibu bapa berasa kecewa dan runsing memikirkan cara untuk mengatasi ketakutan itu.
Punca fobia air
Ketidakmatangan perkembangan pada kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya ketakutan dengan air pada si manja.
Berbeza dengan bayi, mereka masih tidak mempunyai kesedaran atau kewaspadaan terhadap air sebagai sesuatu yang menakutkan.
Malahan mereka akan berasa gembira dengan percikan air ketika dalam tab mandi, tasik, lautan atau kolam renang.
Tetapi saat anak anda semakin membesar, ia perkara yang normal jika mereka mula berasa takut dengan air.
Tahap perkembangan untuk kanak-kanak dalam usia tadika untuk mengalami fobia air adalah biasa. Ini sebabnya:
Anak anda mula menyedari betapa luas dan misterinya laut dan kolam yang dipenuhi dengan air Mereka mula berasakan bahawa air adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya Mereka mengalami rasa takut tetapi tidak tahu cara untuk merasionalisasikan ketakutan itu atau meletakkannya dalam 1 perspektif Si manja tidak mengetahui bahawa walaupun air kelihatan menakutkan tetapi hakikatnya tidak perlu wujud rasa takut kepadanya
mengatasi ketakutan Sesetengah kanak-kanak mungkin akan dapat melawan ketakutan yang dialami dengan mudah berbanding mereka yang lain.
Namun sekiranya anak anda mempunyai pengalaman yang menakutkan dengan air, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengatasi ketakutan dan fobia berkaitan air tersebut.
Cara mengatasi ketakutan dan fobia air
Perkara paling penting yang perlu ada pada ibu bapa adalah untuk sentiasa bersabar kerana rasa takut terhadap air itu normal.
Mungkin anda tidak tahu apakah perkara yang menjadi pencetus ketakutan dalam diri anak anda.
Ia berkemungkinan wujud apabila melihat anak patung kesayangannya tenggelam ke dasar kolam atau apabila melihat individu lain terjun ke dalam kolam.
Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba dan perlu diingat sewaktu membantu mengatasi ketakutan si manja terhadap air:
Jangan memaksa
Pastikan anak tahu bahawa ia sesuatu yang normal untuk berasa takut. Biarkan anak membiasakan diri dengan air laut atau kolam secara beransur-ansur. Usah memaksa.
Sesetengah anak memerlukan masa untuk berasa yakin dan selesa.
Jika si kecil mengikuti kelas berenang, pastikan jurulatih memahami keadaan mereka dan tidak memaksanya untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga dia benar-benar bersedia.
Peralatan lengkap dan menyeronokkan
Berikan si manja goggle dan pelampung dengan warna kegemarannya serta pakaian jaket keselamatan.
Sesetengah kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan selesa apabila diberikan peralatan yang lengkap. Ini boleh membantu mengatasi ketakutan terhadap air.
Walaupun anda memberikan si manja dengan pakaian keselamatan, tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu memantau anak-anak, okay?
Menguji air
Jika waktu mandi biasa, langkah mencuci dan mengeringkan badan dilakukan dengan segera, apa kata ketika mandi laut atau kolam, berikan masa berendam yang lebih lama.
Ini boleh membantu mereka untuk berasa lebih selesa dan mempraktikkan apa yang gemar dilakukannya di dalam tab mandi seperti merendam wajah ke dalam air.
Jangan kedekut untuk memberikan pujian setiap kali mereka melakukan sesuatu dengan yakin.

Sertai mereka
Anak anda mungkin akan lebih berasa yakin dan mampu mengurangkan fobia air apabila anda turut menyertainya mandi di laut atau kolam.
Anak mungkin takut untuk mandi secara sendirian, tetapi ia sekurang-kurangnya membuatkan mereka sedar bahawa penting untuk dia berasa selamat di dalam air walau di mana pun dia berada.
Berbincang
Ia sesuatu yang baik jika anda boleh memahami punca yang menyebabkan wujudnya ketakutan terhadap air.
Ini kerana, jika anda mengetahui apa yang sedang mereka lalui, mungkin lebih mudah untuk anda membantu mengatasi ketakutan tersebut dan membuatkan anak berasa lebih selesa bermain dengan air.
Perlahan-lahan…
Sebagai ibu bapa, anda perlu menghormati bahawa ketakutan yang dialami si manja bukan sesuatu yang dibuat-buat dan elakkan daripada memaksa mereka untuk melupakan rasa takut itu.
Dengan sabar, perlahan-lahan, dedahkan anak dengan air. Walaupun hasilnya mungkin kecil, tetapi lama-kelamaan, dia pasti akan berjaya mengatasi ketakutan itu.
Paling penting, jangan merendah-rendahkan atau mengejek rasa takut yang dialami mereka, okay?
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Bawa Masuk Kolam, Sentuh Air Terus Baby Menangis? Nak Atasi Anak Fobia Air Ada Caranya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bawa-masuk-kolam-sentuh-air-terus-baby-menangis-nak-atasi-anak-fobia-air-ada-caranya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabar Je Lah Ibu Plan Nak Buat Bekalan Air Sekali Anak Dan Ayah Mandi Dalam Air Kolam Tadahan

Sabar Je Lah Ibu Plan Nak Buat Bekalan Air Sekali Anak Dan Ayah Mandi Dalam Air Kolam Tadahan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 426 hits
Bermula 13 hingga 16 Oktober 2021 beberapa kawasan di negeri Selangor akan menghadapi kr1sis ketiadaan air ak1bat kerja kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset aset kritikal di Loji r4watan Air Sungai Selangor Fasa 1 Oleh hal yang demik...
Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 263 hits
ADIK ganti balik cincin yang mak gadai untuk sekolahkan adik Begitulah kata kata seorang anak yang ingin membalas semula pengorbanan si ibu Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia menghulurkan sebuah kotak yang b...
Penatnya Bawa Anak Kecil Berjalan Balik Je Mesti Serik Jangan Menyesal Bila Anak Dah Besar Susah Nak Ajak Berjalan

Penatnya Bawa Anak Kecil Berjalan Balik Je Mesti Serik Jangan Menyesal Bila Anak Dah Besar Susah Nak Ajak Berjalan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 338 hits
Bawa anak keluar berjalan jalan memang besar cabaranya Ditambah pula anak anak ramai dan semuanya masih kecil Macam macam perangai yang mama papa perlu hadapi Belum lagi ada yang merajuk yang tak dengar arahan dan sebagainya Memang buat mam...
Umur Anak 0 3 Tahun Kita Paling Banyak Menangis Sebab Anak Bukan Mudah Nak Kawal Emosi

Umur Anak 0 3 Tahun Kita Paling Banyak Menangis Sebab Anak Bukan Mudah Nak Kawal Emosi

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 303 hits
Usia anak 0 hingga 3 tahun antara usia yang paling mencabar untuk kita ibu bapa mengharunginya Kadang kadang tak terkawal emosi apabila berhadapan dengan si kecil yang selalu menangis dan tantrum Bagaimana untuk kita kekal tenang ketika ana...
Bawa Anak Autisme Cucuk Vaksin Frontliners Terus Tampil Membantu Netizen Sebak Lihat Abang Jpam Usap Kepala Dia

Bawa Anak Autisme Cucuk Vaksin Frontliners Terus Tampil Membantu Netizen Sebak Lihat Abang Jpam Usap Kepala Dia

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 233 hits
Dikala penularan wabak Covid 19 belum reda seluruh masyarakat yang layak sememangnya digalakkan menyuntik vaksin sebagai langkah pencegahan Malah bukan setakat golongan dewasa malah remaja berusia 12 tahun ke atas dan insan kelainan upaya t...
The Real Layan Diri Lama Tunggu Order Lelaki Terus Masuk Dapur Kedai Bancuh Air Sendiri

The Real Layan Diri Lama Tunggu Order Lelaki Terus Masuk Dapur Kedai Bancuh Air Sendiri

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 297 hits
Sekarang Min tengok dah makin ramai yang dine in kat restoran atau kedai makan dengan kawan kawan lah family lah Meriah betul Bila dah mula meriah balik kedai kedai makan dengan jumlah pelanggan yang ramai mesti pemilik dan pelayan tak mena...
Nak Masuk Tahun Satu Anak Masih Tak Lancar Membaca Cikgu Ini Kongsi 7 Tekniknya

Nak Masuk Tahun Satu Anak Masih Tak Lancar Membaca Cikgu Ini Kongsi 7 Tekniknya

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 318 hits
Tentu ibu bapa mula bimbang dengan keadaan anak yang tidak dapat membaca dengan baik tetapi dah nak masuk Tahun Satu Kebanyakan ibu ayah risau kerana silibus tahun satu tak seperti dulu Malah jika anak belum lancar membaca risau akan keting...
Anak Terkejut Bapa Tiba Tiba Request Nak Pergi Hospital Di Hari Jadi Dua Kali Berlaku Drama Air Mata

Anak Terkejut Bapa Tiba Tiba Request Nak Pergi Hospital Di Hari Jadi Dua Kali Berlaku Drama Air Mata

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 696 hits
SIAPA yang tidak gembira apabila hari ulang tahun kelahiran disambut oleh orang tersayang Namun bagi seorang bapa perasaannya sebak sehingga menitiskan air mata ketika menjamah sepotong kek hari jadi Menerusi satu video yang dikongsi di apl...
Tak Larat Nak Jerit Jerit 5 Perkara Ini Ibu Ayah Perlu Remind Anak Sebelum Bawa Keluar

Tak Larat Nak Jerit Jerit 5 Perkara Ini Ibu Ayah Perlu Remind Anak Sebelum Bawa Keluar

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 325 hits
Dalam keadaan sekarang tiap kali nak bawa anak keluar ramai ibu bapa yang rasa agak ragu ragu berbanding sebelum Covid 19 melanda negara sebelum ini Mungkin sebelum ini anak bebas ke sana sini bila dah dapat pelepasan keluar rumah rasa tak ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah