Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ). Last Saturday 18012020 berjaya juga Mrs. A, Aryssa dan Adik membawa Bobo jumpa vet. Planning nak bawa Bobo ni dah lama tertangguh sejak dari rumah lama lagi huhuhu... kesian Bobo. Bobo ni sakit yang nampak adalah flu (sakit tak nampak harap takde) tapi tulah flu dia ni on and off. Walaupun Mrs. A tak bawa dia ke klinik tapi ubat flu tu tetap bagi biasanya Mrs. A akan beli je di Klinik Haiwan Ampangan cause dekat dengan rumah lagipun vet kat klinik tu memang dah kenal Mrs. A dan kids. Tulah dah beberapa hekor bulus Mrs. A neuter dan spaying kat situ takkanlah tak konal kot haishhh!!!
Tapi kenapa pada last Saturday tu Mrs. A bawa Bobo ke klinik Veterinar Chinta Qaseh, Garden Avenue, S2 dan bukannya ke Klinik Haiwan Ampangan? Because bila Mrs. A whatsapp CQ tanya buka ke tidak katanya buka hingga pukul 6.00 petang. 1-2 tutup lunch hour. Lagipun masa tu dah pukul 11.45 pagi biasa klinik Haiwan Ampangan tu halfday je so malas nak fikir banyak. Better pergi terus CQ itu pun rushing jugak tu nak kejar masa sebelum pukul 1.00 petang. Alhamdulillah sempat sampai CQ sebelum pukul 1.00 petang time tu ada jugak 2 ekor bulus sedang tunggu turn.
Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ).
Bobo dalam carrier color cekelat tuBobo ni mujurlah suara dia tak kuat sangat. Kalau dia mengiau pun slow aje tak mengganggu suasana sangat compare dengan Koko #themamacat tu ngeh! ngeh! ngeh! Mula-mula haruslah register dulu tapi mudah je bagi fail nombor atau pun phone nombor cause Mrs. A dah beberapa kali datang sini. Tak lama tu turn Bobo dipanggil masuk. Rasanya bila orang tengok Bobo ni mesti boleh agak dia sakit cause fizikal dia pun dah tunjuk kurus dan bulu jarang-jarang.
Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ).
Bobo si clingy.Bila doktor tanya kenapa Mrs. A pun cakaplah flu dan rasanya dia ada kutu. Bila doktor check demam ke tidak Bobo tak demam pun suhu badan dia normal. Pastu doktor kata ya dia ada kutu maybe tu yang buat dia stress. Doktor bagi ubat flu, antibiotik dan vitamin. Ubat kutu doktor bagi injection time rawatan tu, katanya selepas 21 hari nanti kena datang semula untuk bagi second injection untuk kutu tu.
Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ).
Ubat-ubat Bobo sekali sehariKalau compare Bobo dengan kekucing Mrs. A yang lain Bobo ni kategori yang sangat susah nak makan ubat. Kalau dah masuk mulut pun dia boleh goyang-goyangkan kepala keluarkan balik ubat tu. Bila Mrs. A bagitahu doktor pasal tu, doktor pun potong kuku-kuku kaki depan dia dulu. Kemudian doktor pun bagi ubat. Ha! doktor pun admit yang si Bobo ni memang susah nak dibagi makan ubat. Doktor siap bagi tip kalau dah masuk dalam mulut dia tu angkatkan tangan dia tu ke depan, sampai dia telan [sambil tunjukkan gaya angkat tangan tu] dan sambil nyanyi lagu angkat tangan, angkat tangan hahahaaa... Itulah Mrs. A siap beli net for cat grooming tu untuk Bobo ni cause dah banyak kali mendapat cakaran dia.
As at to date dah enam hari berlalu so far Mrs. A berjaya memberi Bobo makan ubat as per doktor instruction, two more days to go then habislah ubat dia. Tengok macam tak nampak banyak sangat perubahan pun pada fizikal Bobo cuma yang positifnya dia dah nak bermain-main dengan Adek dan Damak iaitu si kitten 2 ekor tu. Sebelum ni Bobo tu lebih suka jadi pemerhati je dan lebih banyak masa menjilat bulu-bulu dia. Vet advise suruh buat blood test kalau Bobo masih tiada sebarang perubahan positif dari segi fizikal tu katanya suspect f.i.p. Mrs. A harap Bobo kurus kerana stress ajelah dan tiada f.i.p. cause f.i.p tiada ubat melainkan menjaga dia dan bela dia macam biasa hingga akhir hayat dia sobs..sobs..sobs... haish! tetiba mata masuk habuk. Okay itu sahaja nak share kisah Bawa Bobo Pergi Klinik Veterinar Chinta Qaseh (CQ). Mohon readers doakan Bobo kembali sihat ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/01/bawa-bobo-pergi-klinik-veterinar-chinta.html