Dik Mintak Tolong Cucukkan Klinik Terkejut Pesakit Bawa Vaksin Sendiri Untuk Dicucuk
Umum telah mengetahui bahawa negara kita pada waktu ini sedang dilanda dengan kes-kes virus influenza.
Sehingga kini, seorang kanak-kanak telah didakwa meninggal dunia akibat daripada virus influenza ini. Orang ramai yang risau akan kesihatan mereka turut dilihat mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan suntikan antiviral influenza ini.
Namun begitu, ada sesetengah klinik kesihatan dilaporkan kehabisan antiviral influenza ini. Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh Klinik As-Salam, terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan untuk menjual vaksin influenza secara atas talian.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkongsian tersebut, ikuti penulisan mereka seperti berikut:
Bawa vaksin beli online, suruh doktor cucukkan
Terkejut bila tiba-tiba ada pelanggan As-Salam datang bawa Vaksin Influenza di dalam bungkusan parcel!
Di kaunter; ‘Dik, minta tolong doktor cucukkan Vaksin’ sambil menghulurkan vaksin di dalam parcel yang langsung tidak disimpan dalam kotak ais.
Terdiam kami bila dengar permintaan sebegini. Rupanya ada juga panggilan telefon untuk minta tolong cucuk vaksin yang pelanggan beli secara online.
Jawapan kami di As-Salam–> TIDAK dan TAKKAN tolong cucuk untuk sebarang suntikan yang tidak diketahui sumber & cara simpanan yang ditetapkan oleh KKM!
Harga mahal, keselamatan dikompromi
Allahurabbi, dalam keadaan yang sebegini ada juga yang menangguk di air keruh. Dah la harga mahal, tetapi yang paling mengerikan isu keselamatan dikompromi.
Ibu bapa semua, mohon jangan panik. Di As-Salam memang kami kehabisan stok Vaksin Influenza & Antiviral Influenza. Jangan risau, kita masih ada lagi ‘measures’ yang boleh dipraktikkan.
Langkah sebetulnya yang perlu dilakukan
Jika tidak sihat, datang ke Klinik untuk melakukan screening, sekejap sahaja keputusan di perolehi. Yang penting sekali ialah, bila disahkan tidak sihat, kuarantin diri anda, anak anda dan jaga kebersihan.
Jangan memasuki kawasan yang sesak dan banyak lagi pencegahan yang boleh dibuat & dicadang oleh pihak KKM inshaAllah..
Team As-Salam bekerja non stop untuk keutamaan pelanggan. Siapa yang pernah ke As-Salam anda lihat tiada staf kami yang duduk lepak-lepak, semua non stop bekerja.
Hinggakan ada 3 talian tetap dan 2 talian Hp kami adakan untuk menerima panggilan yang tiada hentinya semenjak 2 minggu yang lalu.
Cold chain
Tahukah anda semua vaksin perlu disimpan secara rantaian COLD CHAIN?
Dari pengeluar sehinggalah sampai kepada pelanggan, kami mengekalkan suhu 2-8 Celcius & tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Pelbagai SOP & Protokol terpaksa dipatuhi untuk memastikan Cold Chain dikekalkan.
Kami akan update di dalam FB & IG jika stok dijangka sampai. Sehingga hari ini, tiada sebarang statement dari pembekal, kebanyakkan stok dikatakan akan sampai dari luar negara selepas Tahun Baru Cina.
Doakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia inshaAllah.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi
The post “Dik, Mintak Tolong Cucukkan…”, Klinik Terkejut Pesakit Bawa Vaksin Sendiri Untuk Dicucuk appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/01/14/dik-mintak-tolong-cucukkan-klinik-terkejut-pesakit-bawa-vaksin-sendiri-untuk-dicucuk/