Kerbau putih tengah berkubangDekat sini ada haiwan seperti Alpaka, pelbagai jenis kambing, rusa, burung helang, ular sawa, Kerbau Putih, Tortoise, Iguana, Monyet bersaiz kecil dan banyak lagi la. Setiap binatang ditempatkan di stesen-stesen mengikut kategori mereka. Jadi boleh jalan sambil menikmati keindahan alam. Aktiviti lain yang boleh dibuat dekat sini ialah adalah tengok persembahan Burung Kakak Tua, Raccon Feeding dan juga Pony Ride (RM7).
Jangan tak percaya dia ni Laju dan kuat makanAndaikata makanan yang korang beli awal-awal tadi dah habis, jangan risau sebab dekat dalam ni juga ada disediakan mesin untuk beli makanan tambahan. Memang mudah sangat dan hanya tukarkan duit kepada token dekat mesin yang disediakan tu.
Satu perkara yang Diah suka tentang Farm In The City ni, walaupun banyak haiwan yang dilepaskan tetapi tempat ni terjaga kebersihan dia. Tiada sampah mahupun najis bertaburan. Jadi selesa la kita nak lepaskan anak-anak.
Dalam Malaysia pun boleh tengok rusa..ehIkhwan memang enjoy habis waktu dia dekat sini. Semua binatang buat kami teruja. Kami sempat beri makan pada tortoise, pegang iguana, bermain dengan kambing dan rusa, tengok Alpaka, binatang yang macam dalam cerita Jimmy Neutron tu, pegang landak, tangkap ikan dan kejar arnab. Masa pertama kali datang kami tak sempat tengok kerbau putih jadi kali kedua datang kesini memang tak lepaskan peluang la. Cantik ya dia berkubang dalam air.
Burung Kakak Tua show ni pukul 11.30 pagi kalau tak silapPaling kelakar kejadian masa dalam kandang kambing biri-biri. Dalam tu ada juga rusa, Alpaka dan haiwan kecil lain. Kambing biri-biri dan rusa dekat dalam tu gelojoh nak sondol makanan orang. Siap ada budak-budak menjerit ketakutan. Sempat la Raudah tergolek sebab takutkan rusa dan kambing biri-biri yang tak beradap tapi comel tu. Lawak sungguh. Apa pun binatang ni super jinak cuma mak bapak perhatikan aje la anak-anak takut kena pijak. lol.
Sebelah kanan tu la Alpaka. Tu lah Kambing yang gelojoh tuIbu bapa yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana waktu hujung minggu memang wajar bawa anak ke sini dan semestinya worth every penny. Sambil bergembira, sambil belajar tentang haiwan. Nanti bila dekat sekolah senang bila cikgu ajar sebut nama binatang anak-anak dah dapat bayangkan dalam kepala baru lebih faham dan seronok belajar. Kalau ada kesempatan nak datang lagi, semestinya Diah akan kata YA|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |