Bau Wangi Muka Berseri 5 Hari Sebelum Pemergian Syifa Mama Syukur Dan Reda Sayang


Pemergian adik Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus, 1 tahun 9 bulan yang menghidap kanser Ephitilial Sarcoma atau kanser tisu lembut yang jarang berlaku di Malaysia minggu lalu begitu menyedihkan seluruh ahli keluarganya.
Ketika menghubungi ibunya, Siti Nur Ashima Makhatar, 29, ternyata pemergian adik Syifa sangat tenang di saat sakitnya yang begitu teruk dan tiada harapan untuk pulih.
“Kesihatan arwah Syifa dah mula merosot sejak hari Sabtu sehinggalah dia meninggal Rabu minggu lepas. Pada petang Sabtu itu arwah dah semakin lemah sehinggalah ahli keluarga membawanya ke hospital.

“Malah sejak hari Sabtu hinggalah beberapa jam sebelum dia nak pergi meninggalkan kami semua, dia langsung tak tidur. Ibaratnya dia berjaga beberapa hari itu namun tak merengek atau menangis.
“Air mukanya juga sungguh berseri dan putih. Bibirnya juga kemerahan dalam tempoh beberapa hari tu. Paling saya syukur sejak Sabtu lagi bau Syifa sangat wangi hinggalah saat pemergiaannya. Terasa besarnya nikmat yang Allah bagi pada arwah sebelum menghembuskan nafas,” katanya.
Pergi dalam keadaan tidur
Ashima menambah, walaupun bengkak di leher Syifa pecah, jururawat yang mencuci luka tersebut juga menjelaskan tiada langsung bau hanyir dan darah yang banyak dalam tempoh beberapa hari itu. Allahuakbar terasa kebesaran Allah bagi padanya!
“Saya juga sangat berpuas hati selama 9 bulan arwah Syifa sakit, Allah tetap mempermudahkan urusan saya walaupun waktu itu saya tengah mengandungkan adiknya.

“Masa pantang pun ketika arwah di hospital saya sanggup tinggalkan bayi di rumah dan menjaga Syifa di hospital untuk pastikan dia gembira,” jelasnya yang kini masih berpantang anak keempat.
Menceritakan detik pemergian adik Syifa, Ashima berkata petang Rabu lalu, keadaan jantungnya dah perlahan.
“Saya minta dari doktor untuk meribanya dan tak sangka arwah tidur dengan lena masa saya memeluknya.
“Apabila meletakkannya kembali ke katil sehinggalah lepas Isyak dia tidur dan 5 minit sebelum pergi tinggalkan kami selama-lamanya dia macam terkejut sikit dan terus tiada. Saya reda dan syukur Allah ambil dia dalam keadaan yang begitu tenang,” kongsinya yang cukup berterima kasih atas doa seluruh rakyat Malaysia sebelum ini.

Anak keempat macam arwah Syifa
Siapa sangka, kehadiran anak keempat ini pengubat kerinduan keluarga arwah Syifa padanya. Menurut ibunya, adiknya ini seiras arwah dan apabila tengok adiknya kami boleh melepaskan rindu pada arwah.
“Semua ahli keluarga pun perasan. Kakaknya juga turut memanggil adiknya Syifa.  Walaupun kami sedih tapi berpuas hati dapat jaga dan beri kasih sayang sebaiknya sebelum arwah meninggal dunia.
“Percaturan Allah sangat hebat. Walaupun hingga kini masih lagi rindu pada arwah Syifa kami sekeluarga bersyukur kesakitan yang ditanggungnya tiada dan arwah pun dah gembira di sana.

Sebelum ini, kisah adik Syifa pernah dikongsikan ibunya apabila arwah hanya bergantung pada morfein untuk tahan sakit akibat sakitnya itu.
Nak tahu lanjut kisah arwah adik Syifa klik link ini Disahkan Kanser Ephitilial Sarcoma, Adik Syifa Hanya Bergantung Dengan Morfein Untuk Tahan Sakit
 
 
 
The post Bau Wangi, Muka Berseri 5 Hari Sebelum Pemergian Syifa. Mama Syukur Dan Reda Sayang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bau-wangi-muka-berseri-5-hari-sebelum-pemergian-syifa-mama-syukur-dan-reda-sayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Beri Petanda 40 Hari Sebelum Kematian

Anak Beri Petanda 40 Hari Sebelum Kematian

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 542 hits
KEHILANGAN insan tersayang sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita apatah lagi jika ia melibatkan anak yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang Begitulah yang dialami oleh seorang wanita S...
Ara Dah Nak Pergi Ni Ummi Anak Beri Petanda Kepada Ibu Selama 40 Hari Sebelum Pergi

Ara Dah Nak Pergi Ni Ummi Anak Beri Petanda Kepada Ibu Selama 40 Hari Sebelum Pergi

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 540 hits
Ara dah nak pergi ni Ummi Anak beri petanda kepada ibu selama 40 hari sebelum Pergi Kehilangan insan tersayang pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kita apatah lagi jika anak yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh ...
Sayang Foto Ni Nampak Mama Gemuk Komen Almy Nadia Tapi Ini Jawapan Sweet Dari Fizz Fairuz

Sayang Foto Ni Nampak Mama Gemuk Komen Almy Nadia Tapi Ini Jawapan Sweet Dari Fizz Fairuz

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 630 hits
Pelakon Datin Almy Nadia tidak puas hati dengan foto dimuat naik suaminya Datuk Fizz Fairuz yang menampakkan bentuk badannya berisi Almy menyuarakan isi hatinya menerusi ruangan komen di akaun Instagram Fizz semalam Sayang gambar ni nampak ...
Tidurlah Nak Lenalah Daddy Dan Mummy Reda Atas Pemergian Salah Seorang Anak Kembar Kepada Pemain Bola Sepak Telah Pergi

Tidurlah Nak Lenalah Daddy Dan Mummy Reda Atas Pemergian Salah Seorang Anak Kembar Kepada Pemain Bola Sepak Telah Pergi

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 524 hits
Tidurlah nak lenalah Daddy dan Mummy reda atas pemergian Salah Seorang Anak kembar kepada pemain bola sepak Telah Pergi Salah seorang anak kembar kepada pemain bola sepak Kuala Lumpur Hisyamudin Shaari meninggal dunia awal pagi tadi Ratu Ja...
Duit Mama Abah Bila Tua Sebak Dia Simpan Duit Seringgit Hari Hari Untuk Mak Ayah Dia

Duit Mama Abah Bila Tua Sebak Dia Simpan Duit Seringgit Hari Hari Untuk Mak Ayah Dia

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 476 hits
Duit Mama Abah Bila Tua SEBAK Dia Simpan Duit Seringgit Hari Hari Untuk Mak Ayah Dia Terjumpa dengan beg yang tercicir mungkin perkara yang biasa Namun jika anda buka dan terlihat di dalamnya ada sebuah sampul tertulis duit mama abah bila t...
Tanda Tanda Menjelang Kematian 100 Hari Sebelum Ajal Tiba

Tanda Tanda Menjelang Kematian 100 Hari Sebelum Ajal Tiba

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1128 hits
Terkadang dalam meniti kehidupan yang penuh warna kita terlupa yang langit tidak selalunya cerah dan bernafas tidak akan selamanya lancar Terlupa untuk kita muhasabah diri tentang kebaikan yang telah kita lakukan dan dosa yang telah terlepa...
Senarai Semak Barang Keperluan Mama Papa Bayi Sebelum Ke Hospital Mama Yang Bakal Bersalin Wajib Semak

Senarai Semak Barang Keperluan Mama Papa Bayi Sebelum Ke Hospital Mama Yang Bakal Bersalin Wajib Semak

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 934 hits
Tarikh jangkaan bersalin dijadualkan tidak lama lagi Mama sudah menyiapkan beberapa keperluan untuk dibawa ke hospital agar nanti tidak kelam kabut dan mengelakkan daripada tertinggal Jom semak apa yang perlu ada dalam beg hospital dengan s...
Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah

Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 533 hits
Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah Kecekalan dan kekuatan untuk melawan p3nyakit yang hadir membuatkan seseorang tabah untuk menghadapi kem4tian Kisah perjalanan hidup anak syurga Nur Syifa Zara 5 membuka m...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri