Tanda Tanda Menjelang Kematian 100 Hari Sebelum Ajal Tiba
Terkadang dalam meniti kehidupan yang penuh warna, kita terlupa yang langit tidak selalunya cerah dan bernafas tidak akan selamanya lancar. Terlupa untuk kita muhasabah diri tentang kebaikan yang telah kita lakukan dan dosa yang telah terlepas pandang kita lakukan. Mari kita muhasabah diri tentang hakikat kematian yang hanya sejengkal berada di hadapan kita dengan tanda-tanda kematian ini supaya kita sentiasa mempersiapkan diri menuju ke alam barzakh
Menurut ulama', tanda kematian ini benar-benar berlaku kepada umat Islam namun apa yang membezakan kepekaan di antara setiap individu adalah berdasarkan kepada amalan dan ketakwaan semasa hayat mereka
Tanda-tanda Menjelang Kematian
1. 100 hari sebelum kematian
Lazimnya semua akan merasai tanda ini namun hanya sedikit yang perasan.Tubuh akan mengalami getaran bermula dari hujung kepala sehingga hujung kaki selepas waktu Asar.Merupakan tanda pertama menjelang kematian.Bagi yang lalai, mereka tidak akan perasan dan tanda ini akan hilang begitu sahaja.Bagi yang perasan, tanda ini akan terhenti sebaik sahaja terdetik di hati mereka bahawa ini adalah tanda kematian. Perbanyakkan amal ibadah dan persiapkan diri sebagai bekalan ke alam baru.
2. 40 hari sebelum kematian
Bahagian pusat berdenyut-denyut selepas waktu Asar.Pada masa ini, daun yang tercatit nama kita yang terletak di atas arash Allah akan gugur daripada pohonnya lalu malaikat akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas diri kita. Malaikat akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Jika kita terpilih untuk melihat malaikat secara sekilas lalu, kita akan berada seperti dalam keadaan bingung atau runsing.
3. Tujuh (7) hari sebelum kematian
Jika kita dalam keadaan sakit sebelum kematian, pada ketika ini kita tiba-tiba akan berselera makan serta selera makannya bertamabah selain mengidam untuk makan sesuatu.
4. Tiga (3) hari sebelum kematian
Terasa denyutan di tengah dahi.Mata hitam tidak lagi bersinar.Hidungnya mula jatuh perlahan-lahan.Telinga mula mengecut dan bahagian hujung telinga masuk ke dalam.Telapak kaki jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.Jika merasai tanda ini, mulalah berpuasa untuk mengelakkan perut mengandungi banyak najis sekaligus memudahkan proses memandikan kita dilakukan nanti.
5. Sehari (1) sebelum kematian
Merasa denyutan di bahagian ubun-ubun selepas waktu Asar.Sebagai penanda bahawa kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir kematian
Terasa sejuk di bahagian pusat sehingga ke pinggang dan tulang belakang kemudian terus ke halkum.Pada ketika ini, mulalah mengucap dua kalimah syahadah sambil menunggu malaikat maut datang menjemput.
Sesungguhnya, tanda-tanda ini menunjukkan kekuasaan Allah yang Maha Agung serta memperlihatkan sifat kasih sayang Allah kepada hambanya dengan memberi peringatan terlebih dahulu agar hambanya dapat bertaubat dan mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum nyawa dicabut
Walaubagaimanapun, tanda ini hanya dialami oleh orang Islam sahaja. Bagi orang bukan Islam, mereka tidak akan mengalami tanda-tanda ini dan nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan oleh Allah. Bersyukurlah dengan nikmat Allah dan segeralah bertaubat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2019/01/tanda-tanda-menjelang-kematian-100-hari-sebelum-ajal-tiba.html