Ara Dah Nak Pergi Ni Ummi Anak Beri Petanda Kepada Ibu Selama 40 Hari Sebelum Pergi


“Ara dah nak pergi ni, Ummi…” -Anak beri ‘petanda’ kepada ibu selama 40 hari sebelum ‘Pergi. Kehilangan insan tersayang pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kita, apatah lagi jika anak yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang ‘pergi’ mengadap Ilahi.
Begitulah yang dialami oleh seorang ibu iaitu Sanehah Sulaiman, apabila dia telah kehilangan anak sulung akibat penyakit Aplestik Anemia sejenis penyakit sum sum tulang tidak berfungsi.
Tambah sayu di hati, apabila anaknya Nur Syifa Zara, 5 tahun memberi petanda kepada ibunya bahawa dia akan ‘pergi’ sepanjang 40 hari terakhir bersama keluarganya.
Petanda diberi

Ikuti kisah daripada ibu allahyarham Nur Syira Zara ini, yang diceritakan di Majalah Keluarga.
Zara selalu cakap yang dia akan ‘pergi’
Selama 30 hari Zara cakap, “Ara dah nak pergi ni ummi…”
“Selepas asar, antara asar dan maghrib dia beritahu saya sakit pusat macam di cucuk jarum. Tiga hari berturut-­turut dia alaminya.”
Zara beritahu dia berasa sakit di bahagian pusat di wad. Lepas seminggu keluar wad, dia cakap pada semua jururawat yang dia akan balik kampung.
Selepas itu, setiap hari menjelang senja dia akan beritahu nak balik dah. Walaupun masa tu kat rumah, dan bukan di wad. Sejak itu, saya sebagai ibu faham maksud Zara.
Setiap hari dia akan kata macam ni, “Ara dah nak pergi ni Umi.”
Bila duduk diam­-diam je, ayat ini akan keluar. Katanya dia akan pergi main di taman dengan kawan­-kawan. Saya dan abah serta adik tak boleh ikut.
Ada Nampak Pakcik

“Umi, pak cik tu ikut kita lama dah. Sampai balik sini pun dia ikut…”
Masa itu senja selepas asar. Dia tunjuk ke arah satu surau berdekatan terminal bas. Tapi saya tak nampak siapapun. Sehinggalah Zara dimasukkan semula ke wad pada 12/12/2018, dia masih cakap pak cik yang sama ikut dia, nak bawa Zara pergi taman.
Apabila dengar Zara cakap macam tu, saya faham dan cuba istighfar. Saya didik hati untuk redha setelah dengar tanda yang Zara tunjukkan di wad.
Masa itu, Zara demam dan setiap kali selepas asar, dia mesti suruh buka langsir. Katanya, ada abang hijau. Setiap hari selama tiga petang berturut-­turut.
Umi jangan risau, Ara ramai kawan kat sana!”
Hari ketujuh bersama Zara
Selepas asar, permintaan Zara masih sama. Saya kena buka langsir tingkap. Katanya, abang putih datang melawat dia, iaitu seminggu sewaktu dia tengah tenat.
Pada waktu siang Zara akan banyak tidur, dan bila malam dia akan kejutkan saya, minta saya berselawat untuknya sampai pagi. Katanya, bila saya selawat akan dapat hilangkan sakit dia.
Sejak itu, bila dia sakit dia suruh saya berselawat untuknya. Sambil itu dia akan cerita kisah taman-­taman dia.. taman salji, taman bola, taman mainan, dan banyak kawan.
Dia juga pujuk saya, “Umi jangan risau, Ara ramai kawan kat sana.” Ayatnya masih juga sama, “Umi tak boleh ikut. Ara pi dengan kawan­-kawan je.”
Waktu itu, saya dapat hidu rambut Zara, wanginya. Mulut Zara,  ya Allah.. sungguh wangi. Sedangkan sudah seminggu Zara tak mandi.
Seminggu sebelum dia pergi, dia dah beritahu saya yang dia akan balik, dan minta saya jangan menangis.
Sayunya bila dia kata, “Nanti dah tak payah datang hospital lagi, tak payah jumpa nurse lagi, tak payah buat grab lagi. Sebab Ara dah nak pergi.”
Umi, macam mana Ara nak pergi ni. Dah rosak semua…
Abah dia jawab, “Ara anakku. sayang kat sana nanti, Ara akan tetap cantik. Semua ini akan hilang sayang.”
Baru dia tersenyum, “Ya Allah, manisnya senyuman dia masa itu. Seri muka dia… bau badan dia.”
Tapi kami berdua berpelukan menangis semahunya sebab kami tahu waktu itu akan tiba.
Umi, nanti buat kenduri hari Jumaat ye!
Hari Jumaat terakhir Zara, adalah hari raya untuk anak ummi Nur Syifa Zara.
Nur Syifa menghembuskan nafas terakhir di hospital pada malam Jumaat, 28 Disember 2018. Malam itu, ummi terus membawa jenazah pulang, kerana sebelum pemergian arwah pernah beritahu, sebelum pergi taman, Ara nak balik rumah dulu. Nak tukar baju dulu.
Zara ada beritahu, hari Jumaat adalah hari raya untuk Zara.
Umi buatlah kenduri hari Jumaat tu. Umi buatkan kuih. Kenduri tu cuma untuk abang-­abang (lelaki) saja.” Ya, memang hari Jumaat tu hari raya dia. Zara dikebumikan pagi Jumaat, dan memang hari tu pada solat Jumaat buat kenduri.”
Persiapan kenduri itu, saya dan kawan­-kawan dah sediakan pada hari Rabu lagi. Kawan dah tempah kuih semua. Sebab hari Selasa malam Rabu, dia dah beritahu dia akan pergi malam Jumaat tu.
Suami berhenti kerja, untuk temani hari terakhir bersama Zara…
Hari Rabu tu, suami balik rumah siapkan apa yang patut. Ambil kain batik tak jahit dan sebagainya. Sebab Zara dah beritahu setiap suatu perjalanannya, senang untuk kami sediakan.
Kami nak bersama dengannya hingga hembusan nafas yang terakhir. Setiap saat amat berharga buat kami.”
Hampir 2 bulan suami berhenti kerja, dan sekarang baru kerja kembali. Ini permulaan yang baru buat kami. Sedih hanya Allah yang tahu. Macam mana pun saya kena kuat, demi anak kedua.
Saya akan cari kerja nanti. Nak kumpul duit, siapkan kubur arwah. Insya-Allah kami nak letak rumpur dan tulis nama je. Bukan buat binaan kekal. Doakan kami murah rezeki ya.”
Sumber : Mingguan Wanita, Facebook Nur Sz
The post “Ara dah nak pergi ni, Ummi…” -Anak beri ‘petanda’ kepada ibu selama 40 hari sebelum ‘Pergi’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/ara-dah-nak-pergi-ni-ummi-anak-beri-petanda-kepada-ibu-selama-40-hari-sebelum-pergi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah

Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 537 hits
Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi Ibu Ini Redha Dan Berserah Kecekalan dan kekuatan untuk melawan p3nyakit yang hadir membuatkan seseorang tabah untuk menghadapi kem4tian Kisah perjalanan hidup anak syurga Nur Syifa Zara 5 membuka m...
Anak Beri Petanda 40 Hari Sebelum Kematian

Anak Beri Petanda 40 Hari Sebelum Kematian

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 547 hits
KEHILANGAN insan tersayang sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita apatah lagi jika ia melibatkan anak yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang Begitulah yang dialami oleh seorang wanita S...
Pernah Terfikir Nak Terjatuhkan Anak Dari Tingkat 6 Ibu Kongsi Pengalaman Teruk Kemurungan Sehingga Pulih

Pernah Terfikir Nak Terjatuhkan Anak Dari Tingkat 6 Ibu Kongsi Pengalaman Teruk Kemurungan Sehingga Pulih

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 417 hits
Kemurungan jangan dipandang remeh kesannya boleh menggugat emosi Kaum ibu sering kami menjadi mangsa rentan emosi ini Ikuti perkongsian ibu ini tentang pengalamannya pernah mengalami fasa kemurungan serta cara mengatasinya Kesihatan mental ...
Turun 40 Kg Selama 44 Hari Berpantang Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Para Ibu Amalkan

Turun 40 Kg Selama 44 Hari Berpantang Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Para Ibu Amalkan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 342 hits
3801 SHARES Boleh dikatakan setiap wanita pasti mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri Ramai yang tewas di t...
Tidurlah Nak Lenalah Daddy Dan Mummy Reda Atas Pemergian Salah Seorang Anak Kembar Kepada Pemain Bola Sepak Telah Pergi

Tidurlah Nak Lenalah Daddy Dan Mummy Reda Atas Pemergian Salah Seorang Anak Kembar Kepada Pemain Bola Sepak Telah Pergi

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 545 hits
Tidurlah nak lenalah Daddy dan Mummy reda atas pemergian Salah Seorang Anak kembar kepada pemain bola sepak Telah Pergi Salah seorang anak kembar kepada pemain bola sepak Kuala Lumpur Hisyamudin Shaari meninggal dunia awal pagi tadi Ratu Ja...
Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya

Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 381 hits
Umi Bukaklah Langsir Ara Nak Tengok Abang Hijau Bacalah Perkongsian Seorang Ibu Tentang Tanda Kematian Anaknya
Anak Tak Nak Makan Bagi Nasi Lagilah Susah Doktor Jelaskan Perkara Ini Ibu Bapa Silap Faham

Anak Tak Nak Makan Bagi Nasi Lagilah Susah Doktor Jelaskan Perkara Ini Ibu Bapa Silap Faham

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 482 hits
Doktor anak saya selalu tak nak makan Saya bagi makan nasi dia tak nak kejap lagi lepas tu dia makan snek la makan roti la macam mana nak buat ni Dr Boleh bagi multivitamin tak Nak bagi tambah selera makan dia Selalunya pertanyaan macam ni ...
Kisah Sayu Kasih Dan Redha Ibu Bapa Bila Anak Kesayangan Pergi Buat Selamanya

Kisah Sayu Kasih Dan Redha Ibu Bapa Bila Anak Kesayangan Pergi Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 412 hits
Jam 3 30 pagi kami baru sampai ke rumah masing masing setelah melalui perjalanan 496 kilometer pergi balik dari KL ke Peserai Batu Pahat Johor menghantar satu jen4zah remaja lelaki berusia 18 tahun yang m4ut akibat kem4langan Ayahnya memakl...
Bapa Ini Bawa Lari Anak Dia Ke Vietnam Selama 24 Hari Dan Tinggalkan Isteri Dia Di Rumah

Bapa Ini Bawa Lari Anak Dia Ke Vietnam Selama 24 Hari Dan Tinggalkan Isteri Dia Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 446 hits
Bagi mereka yang gemar mengembara rakan peneman sudah tentu dipilih daripada kalangan sahabat rapat atau sekepala agar percutian yang dinikmati lebih seronok Berlainan dengan seorang bapa Mohd Faizil Muhamad 33 yang selesa membawa anaknya y...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids