Batuk Pneumonia Bunyinya Dalam Kerap Waktu Malam Ke Pagi Beza Dengan Batuk Biasa


Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini berlaku, sudah tentu si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu. Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk.
Ia mungkin situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan itu berlarutan lebih tiga hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak anda mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami pneumonia.
Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.
Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.
Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia.
Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit.  Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.
Simptom
1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit
Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda.
Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
Batuk pneumonia
Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.
5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
The post Batuk Pneumonia Bunyinya ‘Dalam’ & Kerap Waktu Malam Ke Pagi. Beza Dengan Batuk Biasa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/batuk-pneumonia-bunyinya-dalam-kerap-waktu-malam-ke-pagi-beza-dengan-batuk-biasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Tun Dr Mahathir Cadang Tukarkan Waktu Kerja Siang Kepada Malam

Pm Tun Dr Mahathir Cadang Tukarkan Waktu Kerja Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 416 hits
Adakah anda sudah bersedia untuk bekerja di waktu malam Ya Malaysia dalam kerangka menukar waktu kerja daripada siang kepada waktu malam Namun pertukaran masa bekerja itu bagi industri tertentu sahaja untuk mengurangkan kebergantungan kepad...
Rakyat Boleh Tanam Padi Waktu Malam Tun Mahathir

Rakyat Boleh Tanam Padi Waktu Malam Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 601 hits
Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata inisiatif itu juga sekali gus dapat mem...
Kajian Menangis Mampu Menurunkan Berat Badan Dan Waktu Sesuai Untuk Melakukannya Adalah Pada Jam 7 Hingga 10 Malam

Kajian Menangis Mampu Menurunkan Berat Badan Dan Waktu Sesuai Untuk Melakukannya Adalah Pada Jam 7 Hingga 10 Malam

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 293 hits
Jika anda seorang yang mudah menangis jika menonton cerita cerita sedih teruskan berbuat demikian Hal ini kerana menurut AsiaOne satu kajian yang dijalankan baru baru ini mendapati bahawa menangis mampu meningkatkan tahap kortisol Ini juga ...
Jadi Pemulung Dari Pagi Sampai Malam Bocah Ini Selalu Ke Masjid Untuk Rapikan Sandal Jamaah Saat Sholat

Jadi Pemulung Dari Pagi Sampai Malam Bocah Ini Selalu Ke Masjid Untuk Rapikan Sandal Jamaah Saat Sholat

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 264 hits
Saat anak anak lain menikmati masa kecilnya dengan bermain tidak dengan Jovita Bocah kecil ini harus bekerja dari pagi sampai malam hari untuk mencukupi kehidupan Lahir dari keluarga berkekurangan Jovita diketahui pergi memulung seharian pe...
Waktu Malam Untuk Istirahat

Waktu Malam Untuk Istirahat

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 819 hits
Allah SWT menciptakan siang dan malam untuk kepentingan manusia Siang mencari nafkah atau bekerja malam pula waktu terbaik untuk istirahat Manakala bagi mereka yang ingin berdamping dengan Allah waktu dua pertiga malam dijadikan masa terbai...
Mungkin Ramai Sukar Terima Tapi Lama Kelamaan Kita Akan Biasakan Diri Pm Cadang Tukar Waktu Kerja Siang Kepada Malam

Mungkin Ramai Sukar Terima Tapi Lama Kelamaan Kita Akan Biasakan Diri Pm Cadang Tukar Waktu Kerja Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 359 hits
Mungkin ramai sukar terima tapi lama kelamaan kita akan biasakan diri PM cadang tukar waktu kerja siang kepada malam Malaysia dalam kerangka menukar jam waktu kerja daripada siang kepada malam bagi industri tertentu untuk mengurangkan keber...
Mukhriz Setuju Dengan Saranan Bapanya Tanam Padi Waktu Malam

Mukhriz Setuju Dengan Saranan Bapanya Tanam Padi Waktu Malam

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 380 hits
Penanaman padi pada waktu malam bukan perkara baharu sebaliknya amalan petani pada zaman dahulu kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir Sehubungan itu katanya pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara berkenaan adalah berdas...
Pm Cadangkan Pertukaran Waktu Kerja Daripada Siang Kepada Malam

Pm Cadangkan Pertukaran Waktu Kerja Daripada Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 637 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan cadangan agar menukar sebahagian waktu kerja bagi beberapa industri daripada hari siang kepada malam yang dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing Menurut Dr Mahathir ...
Dasar Kerja Waktu Malam Akan Dikaji Pasukan Khas Kementerian

Dasar Kerja Waktu Malam Akan Dikaji Pasukan Khas Kementerian

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 354 hits
Dasar kerja waktu malam akan dikaji pasukan khas kementerian Dikemas kini 54 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 May 2019 8 08
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord