Batal Saman Syed Saddiq Ucap Selamat Tinggal Kepada Ppbm


Syed Saddiq tarik balik saman PPBM batal keahliannya.
Bekas ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik balik saman sivil yang difailkan terhadap parti itu kerana melucutkan keahliannya pada akhir Mei lalu.
Bekas menteri belia dan sukan itu berkata demikian dalam kenyataan hari ini selepas parti itu melantik Naib Ketua Pemuda PPBM, Aizad Roslan untuk mengetuai sayap itu menggantikannya.
“Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.
“Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.”
PPBM menghentikan serta-merta keahlian bekas pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad dan 4 ahli Parlimen lain, termasuk anaknya Mukhriz, Syed Saddiq, Amiruddin Hamzah serta Maszlee Malik pada 28 Mei lalu atas alasan mereka duduk bersama blok pembangkang pada sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.
Susulan itu, 5 ahli Parlimen itu bersama bekas setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya memfailkan saman untuk mencabar keputusan parti itu melucutkan keahlian mereka pada 9 Jun lalu.
Mereka berkata, keputusan memberhentikan keahlian mereka tidak sah kerana Setiausaha Kerja, Muhammad Suhaimi Yahya tiada kuasa menyingkir mereka disebabkan kedudukannya tidak diiktiraf perlembagaan parti.
Mereka juga mempertikaikan penggunaan Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 yang hanya menyatakan keahlian terlucut jika ahli berkenaan menyertai parti politik lain atau keluar PPBM.
Mereka berenam mahu keahlian mereka dikembalikan serta membatalkan keahlian Muhyiddin, Suhaimi serta Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin atas alasan mereka menyertai Perikatan Nasional.
Syed Saddiq berkata, Pemuda PPBM bukan sekadar satu instrumen politik, tetapi ia adalah keluarganya.
“Walaupun ada perselisihan, saya tidak pernah sesekali membawa ia keluar dari bilik mesyuarat. Semuanya untuk menjaga dan melindungi Pemuda PPBM yang kami bina bersama.
“Pengalaman dan pengetahuan yang saya raih dalam Pemuda PPBM besar nilainya. Hubungan yang kami bina dalam Pemuda PPBM juga tidak akan putus.
“Apabila khidmat saya di dalam PPBM dan Pemuda tidak diperlukan lagi, sudah tibanya masa untuk saya pergi.”
Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau menyertai bidang politik bukan untuk jaminan masa depan baik dan meraih kemewahan buat dirinya, sebaliknya parti politik ialah kenderaan untuk membela rakyat dan menjaga negara.
Katanya, beliau akan mengingati perjuangan Pemuda PPBM sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-14.
“Waktu itu, kami tidak punya apa-apa. Jelajah dari negeri ke negeri dan singgah program rumah ke rumah.
“Tidur bermalam pun dalam kereta. Percaya atau tidak, keluarga PPBM hanya berbekalkan semangat untuk ubah negara dan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik.”
FMT
The post Batal saman : Syed Saddiq ucap selamat tinggal kepada PPBM. appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/07/batal-saman-syed-saddiq-ucap-selamat-tinggal-kepada-ppbm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Tarik Balik Saman Ppbm Batal Keahliannya

Syed Saddiq Tarik Balik Saman Ppbm Batal Keahliannya

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 421 hits
Bekas ketua Pemuda PPBM itu berkata sayap itu bukan sekadar satu instrumen politik tetapi ia adalah keluarganya
Ousted Syed Saddiq To Withdraw Lawsuit Against Ppbm

Ousted Syed Saddiq To Withdraw Lawsuit Against Ppbm

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 389 hits
Former minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has announced his decision to withdraw a lawsuit to challenge PPBM s termination of his party membership This comes after a new youth chief was appointed to replace him If want to take the party...
Lepas Dr Mahathir Hampir Hilang Segalanya Syed Saddiq Mula Bodek Dap Dan Kritik Dr Mahathir

Lepas Dr Mahathir Hampir Hilang Segalanya Syed Saddiq Mula Bodek Dap Dan Kritik Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 981 hits
Mantan Menteri Belia Dan Sukan merangkap mantan Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memang sangat sangat dikenali sebagai penjilat dan pengampu besar Dr Mahathir Tapi waktu Dr Mahathir berkuasa dan ketika dilihat Dr Mahathir mas...
Pemuda Amanah Pelawa Syed Saddiq Dan Armada Sertai Amanah

Pemuda Amanah Pelawa Syed Saddiq Dan Armada Sertai Amanah

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 547 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Sayap Pemuda AMANAH Nasional hari ini mempelawa bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda untuk menyertai AMANAH susulan pengguguran keahlian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mei lalu Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sh...
Mahathir Anwar Orang Tua Berebut Kuasa Kata Syed Saddiq

Mahathir Anwar Orang Tua Berebut Kuasa Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 637 hits
Umum mengetahui bahawa kini yang berebut kuasa di Malaysia secara jelas dan nyata hanyalah Mahathir dan Anwar Dan apa yang diciap Syed Saddiq ini hanya boleh dirujuk kepada mereka saja Berikut adalah artikel dari Awani Perlu lebih ramai bel...
Syed Saddiq Merajuk Hehehe Masuk Pkr Jela Bro

Syed Saddiq Merajuk Hehehe Masuk Pkr Jela Bro

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 376 hits
Ketua Pemuda Bersatu yang dipertikai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau tidak akan melengah lengahkan lagi langkah untuk menyingkirkannya daripada parti itu maka akan menarik balik saman sivil terhadap pemecatannya Kalau nak ambil...
Nak Ambil Parti Ambillah Syed Saddiq Tak Akan Lengahkan Usaha Singkirnya Dari Bersatu

Nak Ambil Parti Ambillah Syed Saddiq Tak Akan Lengahkan Usaha Singkirnya Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 392 hits
MALAYSIAKINIKetua Pemuda Bersatu yang dipertikai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau tidak akan melengah lengahkan lagi langkah untuk menyingkirkannya daripada parti itu maka akan menarik balik saman sivil terhadap pemecatannya Kal...
You Can Take It Syed Saddiq Says Won T Delay Bid To Cast Him Out Of Bersatu

You Can Take It Syed Saddiq Says Won T Delay Bid To Cast Him Out Of Bersatu

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 450 hits
Former Bersatu Youth chief Syed Saddiq Abdul Rahman said he would not further delay efforts to rid him from the party and would therefore withdraw his legal challenge against his removal I will be withdrawing my civil suit against my sackin...
Umno Gugur Saman Terhadap 9 Ahli Parlimen Ppbm

Umno Gugur Saman Terhadap 9 Ahli Parlimen Ppbm

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 401 hits
Umno menggugurkan saman terhadap 9 ahli Parlimen yang berhijrah ke PPBM kerana kedua dua parti kini rakan dalam gabungan Perikatan Nasional Kita sekarang rakan politik kata Presiden Umno Zahid Hamidi kepada FMT di Mahkamah Tinggi hari ini S...
Keningau Voters Weigh Dynasty Politics Against Village Realities

Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar

Whatsapp Tambah Baik Ciri About Kini Seakan Notes Di Instagram

Istanbul Aku Datang Day 1

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Nak Makan Rambutan Pun Kena Beli Dah

Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi Atau Tidak

Masjid Quba Kali Kedua Pergi Naik Buggy

10 Punca Kereta Boleh Terbakar Secara Tiba Tiba No 7 Ramai Tak Tahu

Syuriyah Pbnu Minta Kh Cholil Staquf Mundur Dalam Tempo Tiga Hari