Batal Projek Hsr Kl Singapura Ganti Dengan Laluan Ke Johor Jejas Ekonomi Negara Kata Najib


Pembatalan projek keretapi laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dijangka akan digantikan dengan projek keretapi Kuala Lumpur-Johor Bahru akan bersaing dengan projek Landasan Berkembar ETS KL-JB yang dijangka siap tahun ini.
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, kos HSR KL-JB juga dilaporkan hampir sama iaitu antara RM63 bilion hingga RM65 bilion dengan kos asal HSR Kuala Lumpur – Singapura sebanyak RM60 bilion hingga RM68 bilion.
“Jika ditukar ke Johor Bahru sahaja dan menjadi lebih perlahan berbanding kelajuan asal 350 km/sejam, projek ini tidak boleh bersaing dengan sektor penerbangan KL ke Singapura.
“Sektor penerbangan ini paling sibuk dalam dunia dan HSR dijangka boleh menurunkan kos tiket, tempoh perjalanan dan juga pencemaran udara sebab tren elektrik adalah lebih cekap dan kurang mencemarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu hari ini, Kementerian Pengangkutan Singapura mengesahkan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura dibatalkan.
Republik berkenaan memaklumkan, Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura atas pembiayaan yang ditanggungnya sebagai sebahagian daripada kewajiban berdasarkan perjanjian dua hala.
Najib berkata, bukan sahaja impian pergabungan antara dua ekonomi terbesar dan dua ibu kota negara ASEAN tidak akan tercapai, malah manfaat ekonomi bagi Malaysia daripada projek ini juga akan berkurang beberapa trilion ringgit menjelang tahun 2050.
“Tetapi satu manfaat bagi kerajaan Malaysia ialah kerajaan boleh membuat segala keputusan perolehan untuk memberi kontrak kepada mana-mana pihak dengan sendiri berbanding model JV dahulu di mana segala proses perolehan dan pemilihan vendor perlu ditimbang, dilaksanakan dan dipantau secara bersama oleh kedua-dua negara,” katanya.
Najib berkata, jika projek HSR tidak lagi berakhir di Bandar Malaysia seperti ditetapkan pada awal, maka projek Bandar Malaysia juga tidak akan mencapai potensi pembangunannya yang dianggarkan bernilai sebanyak RM140 bilion.
“Keputusan kerajaan ini akan merugikan negara sebanyak bertrilion-trilion ringgit untuk tempoh 50 tahun akan datang.
“Ini kerana walaupun kos projek agak sama tetapi jumlah pendapatan HSR, daya tarikan pelaburan asing serta manfaat ekonomi lain bagi Malaysia adalah jauh lebih rendah,” katanya. FMT

The post Batal projek HSR KL-Singapura, ganti dengan laluan ke Johor jejas ekonomi negara, kata Najib appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/01/batal-projek-hsr-kl-singapura-ganti-dengan-laluan-ke-johor-jejas-ekonomi-negara-kata-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batal Projek Kereta Api Laju Kl Singapura Najib Razak Dakwa Malaysia Kena Bayar Pampasan Rm310 Juta

Batal Projek Kereta Api Laju Kl Singapura Najib Razak Dakwa Malaysia Kena Bayar Pampasan Rm310 Juta

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 135 hits
671 total views 650 views today Perdana Menteri Malaysia menerusi satu kenyataan bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong memaklumkan projek kereta api berkelajuan tinggi KL Singapura dibatalkan serta merta selepas gagal mencapai k...
Pembatalan Projek Hsr Bukti Kerajaan Pn Lemah Kata Khaled

Pembatalan Projek Hsr Bukti Kerajaan Pn Lemah Kata Khaled

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 90 hits
January 5 2021 Pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura mencerminkan kelemahan pentadbiran dan proses membuat keputusan oleh kerajaan Perikatan Nasional Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata kerajaan seperti...
Tanpa Singapura Hsr Tidak Lagi Bermakna Kata Pakar

Tanpa Singapura Hsr Tidak Lagi Bermakna Kata Pakar

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 138 hits
PETALING JAYA Pembatalan projek keretapi laju Kuala Lumpur Singapura bermakna Malaysia kehilangan banyak peluang kata pakar pengangkutan dan kumpulan perniagaan Sebarang usaha untuk meneruskan projek itu hingga ke Johor hanya akan menghabis...
Projek Hsr Sah Batal Malaysia Terpaksa Bayar Pampasan

Projek Hsr Sah Batal Malaysia Terpaksa Bayar Pampasan

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 131 hits
Kementerian Pengangkutan Singapura hari ini mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura dibatalkan Dalam kenyataan dikeluarkan kementerian berkenaan memaklumkan bahawa Malaysia perlu membayar pampasan kepada Sing...
Tok Pa Beritahu Sebab Projek Hsr Batal

Tok Pa Beritahu Sebab Projek Hsr Batal

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 202 hits
Perjanjian dua hala projek keretapi laju luput tarikh dan Malaysia kini perlu membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura PETALING JAYA Tiada persetujuan berhubung struktur projek jajaran dan reka bentuk stesen menyebabkan projek keretapi...
Penamatan Hsr Kerajaan Disaran Cari Pendekatan Lain Untuk Lonjak Ekonomi Johor

Penamatan Hsr Kerajaan Disaran Cari Pendekatan Lain Untuk Lonjak Ekonomi Johor

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 151 hits
Mohamed Khaled Nordin JOHOR BAHRU Kerajaan disaran mencari pendekatan lain bagi melonjakkan ekonomi Johor khususnya di pantai barat negeri itu susulan penamatan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura Bekas Menteri Besar...
Projek Hsr Batal

Projek Hsr Batal

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 191 hits
PROJEK HSR BATAL KUALA LUMPUR 010121 Malaysia Singapura membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura selepas gagal mencapai kata putus susulan tempoh penangguhan yang berakhir semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyi...
Jawablah Zeti Najib Desak Bekas Gabenor Bank Negara Perjelas Dakwaan Terima Dana 1mdb

Jawablah Zeti Najib Desak Bekas Gabenor Bank Negara Perjelas Dakwaan Terima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 83 hits
Najib Razak mendesak bekas gabenor Bank Negara Zeti Aziz menjawab pendedahan sebuah laman blog yang membongkar beberapa dokumen yang dikaitkan dengan keluarganya yang didakwa pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan di...
Umno Nak Kekal Untuk Memimpin Bukan Dipimpin Kata Najib

Umno Nak Kekal Untuk Memimpin Bukan Dipimpin Kata Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 129 hits
January 3 2021 UMNO akan gagal jika membiarkan parti dikawal oleh kerajaan kata Najib Razak Mengisytiharkan bahawa parti itu dibentuk untuk memimpin dan bukan dipimpin ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa parti itu harus kembali menjadi p...
Ustaz Ahmad Rozaini Di Mana Allah

Muhyiddin Atau Mahiaddin Apa Ada Pada Nama

10 Artis Yang Pernah Ditangkap Polisi Karena Ganja Ada Yang Kariernya Sedang Naik

Resepi Sotong Masak Ala Thai

Regional Experts Advocate Unified Cyber Security Standards At The First Asia Pacific Cyber Security Salon

Being More Present In Life Writing Challenge

Popia Cheese Mix Vege

Telefilem Kontra



6 Siri Drama Melayu Yang Berjaya Pecah Trend Masyarakat Kita

Ini Sebab Mengapa Kayu Gaharu Oud Tersangat Mahal Lebih Dari Emas

Asal Usul Nama Janda Baik Tempat Pelancongan Popular di Pahang

Ejen Dua Muka Paling Bahaya Buat FBI dan CIA Robert Hanssen

Kenapa Superman Pakai Seluar Dalam Merah Di Luar


Luno Malaysia Promo Free Rm50 Bitcoin

Airasia S Teleport Strengthens Key Routes With 737 800 Freighter And Converted A320 Planes

Wedding Neelofa Dan Pu Riz

Kenangan Band Tolong Jaga Dia Chord

Nikmatnya Dapat Makan Pasembor Buah Pelam

Beri Ruang Masa Kerajaan Tentukan Sidang Parlimen