Tanpa Singapura Hsr Tidak Lagi Bermakna Kata Pakar



PETALING JAYA: Pembatalan projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) bermakna Malaysia kehilangan banyak peluang, kata pakar pengangkutan dan kumpulan perniagaan.
Sebarang usaha untuk meneruskan projek itu hingga ke Johor hanya akan menghabiskan dana dan tidak membawa makna apa-apa, malah tidak produktif, kata mereka.
Bercakap kepada FMT, juruperunding veteran Goh Bok Yen dan pengarah eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICC) Shaun Cheah berkata, projek keretapi yang tidak menghubungkan Singapura dan Malaysia secara langsung tidak membawa apa-apa makna.
Semalam kerajaan kedua-dua negara mengesahkan bahawa projek itu batal selepas perjanjian dua hala yang dimeterai pada 2016 luput tarikh.
Goh Bok Yen, Malaysia mencadangkan beberapa pindaan kepada rancangan itu berikutan perubahan kerajaan pada 2018 dan 2020, tetapi gagal mendapat persetujuan Singapura.
Dilaporkan projek keretapi baru KL-Johor Bahru mungkin akan dirancang bagi menggantikan projek HSR KL-Singapura, namun Goh berkata, kesan dan kebolehlaksanaannya dipersoalkan.
“Hujah untuk menghubungkan dua hab ekonomi di rantau ini sangat jelas. Singapura dihubungkan dengan kawasan pedalaman tanah besar, sementara Malaysia memperoleh pintu masuk antarabangsa.
“Tanpa ini, yang ada (keretapi laju KL-JB) hanyalah jajaran domestik yang sama seperti perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) antara dua negeri.
“Ia akan bersaing dengan kemudahan jalan raya dan pengangkutan udara sedia ada.”
Goh berkata, adalah lebih wajar untuk mengetepikan jajaran keretapi baru itu sama sekali dan menggunakan dana itu, yang dijangka berjumlah berbilion ringgit, untuk menambah kapasiti KTMB, memperluas jalan raya, dan menyediakan kemudahan pengangkutan awam lebih baik.
Beliau juga mengongsi kebimbangan bekas perdana menteri Najib Razak sekiranya HSR tidak bersambung secara langsung dengan Singapura, ia akan memberi kesan ke atas kebolehlaksanaannya kerana kelompok penumpang tidak berpunca dari sumber baru seperti Singapura, tetapi hanya dalam kalangan pengguna domestik.
“Salah satu faktor penyumbang penting bagi projek HSR KL-Singapura ialah pelepasan Kastam dan Imigresen tunggal sama ada di Kuala Lumpur atau Singapura bergantung pada titik bertolak. Ini menjimatkan masa, tidak seperti perjalanan dengan kapal terbang.
Dalam pada itu, Shaun Cheah berkata, rasional di sebalik HSR ialah sambungan langsung dengan Singapura. Tanpanya projek keretapi lain tidak bermakna apa-apa.
Shaun Cheah. “Perjalanan udara antara Kuala Lumpur dengan Singapura adalah yang paling sibuk di dunia. Ini kerana Malaysia adalah sambungan bagi banyak syarikat yang berpusat di Singapura.
“Banyak pelaburan asing langsung masuk melalui Singapura dan banyak pejabat serantau syarikat antarabangsa berpangkalan di sana kerana faktor kemudahan menjalankan perniagaan, kestabilan politik dan dasar yang jelas.”
Bagaimanapun, faktor kos yang lebih rendah di Malaysia menyebabkan banyak syarikat yang berpangkalan di Singapura mengembangkan operasi mereka ke sini.
“Dengan sambungan (HSR), mereka boleh berulang alik setiap hari. Tanpa kemudahan perhubungan terus itu, mereka berdepan penangguhan biasa dengan pengangkutan udara atau darat,” katanya.
Beliau berharap, Putrajaya akan kembali kepada rancangan asal HSR.
Pakar ekonomi, Carmelo Ferlito berkata, Malaysia akan kehilangan banyak peluang ekonomi susulan pembatalan projek tersebut kerana HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura boleh diperluaskan bagi menghubungkan dua negara itu dengan Thailand pada masa-masa akan datang.
The post Tanpa Singapura, HSR tidak lagi bermakna, kata pakar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/02/tanpa-singapura-hsr-tidak-lagi-bermakna-kata-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batal Projek Hsr Kl Singapura Ganti Dengan Laluan Ke Johor Jejas Ekonomi Negara Kata Najib

Batal Projek Hsr Kl Singapura Ganti Dengan Laluan Ke Johor Jejas Ekonomi Negara Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 408 hits
Pembatalan projek keretapi laju Kuala Lumpur Singapura yang dijangka akan digantikan dengan projek keretapi Kuala Lumpur Johor Bahru akan bersaing dengan projek Landasan Berkembar ETS KL JB yang dijangka siap tahun ini Bekas perdana menteri...
Pembatalan Projek Hsr Bukti Kerajaan Pn Lemah Kata Khaled

Pembatalan Projek Hsr Bukti Kerajaan Pn Lemah Kata Khaled

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 256 hits
January 5 2021 Pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura mencerminkan kelemahan pentadbiran dan proses membuat keputusan oleh kerajaan Perikatan Nasional Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata kerajaan seperti...
Dari Dulu Saya Tak Fikir Hsr Penting Kata Dr M

Dari Dulu Saya Tak Fikir Hsr Penting Kata Dr M

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 489 hits
PUTRAJAYA Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sejak dahulu tidak menganggap projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura penting untuk negara Bekas perdana menteri itu berkata Malaysia boleh melaksanakan projek itu dalam 10 at...
Sampai Bila Sprm Akan Bersikap Profesional Bebas Siasat Pembatalan Hsr Kuala Lumpur Singapura

Sampai Bila Sprm Akan Bersikap Profesional Bebas Siasat Pembatalan Hsr Kuala Lumpur Singapura

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 246 hits
Pada 5 Januari 2021Oleh Lim Guan EngAdakah SPRM Akan Bersikap Profesional Dan Bebas Menyiasat Pembatalan Landasan Keretap Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura Kerana Malaysia Menolak Untuk Mematuhi Proses Tender Antarabangsa Suruha...
Contohi Singapura Tingkat Umur Kebenaran Merokok Pakar Kesihatan Gesa Putrajaya

Contohi Singapura Tingkat Umur Kebenaran Merokok Pakar Kesihatan Gesa Putrajaya

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 354 hits
PETALING JAYA Susulan keputusan Singapura meningkatkan umur kebenaran merokok kepada 21 tahun bermula Jan tahun ini pakar kesihatan menggesa Putrajaya mengambil langkah yang sama Pada masa kini mengikut Seksyen 13 Peraturan Kawalan Hasil Te...
Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 443 hits
December 27 2020 4 30 PMSetiausaha Agung BN Annuar Musa berkata penolakan kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan PETALING JAYA Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan...
Laporan Munarman Fpi Ditolak Polisi Ini Kata Ombudsman

Laporan Munarman Fpi Ditolak Polisi Ini Kata Ombudsman

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 224 hits
Munarman melaporkan balik Zainal Arifin serta seseorang bernama Muhammad Rofii Mukhlis terkait dugaan pencemaran nama baik Namun polisi menolak laporan Munarman
Jangan Jadi Super Hipokrit Kata Zaid Kepada Pemimpin Politik

Jangan Jadi Super Hipokrit Kata Zaid Kepada Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 277 hits
Bekas menteri Zaid Ibrahim menggesa pemimpin politik jangan bersikap super hipokrit seolah olah parti tertentu sahaja bersih Beliau menasihatkan rakyat kali ini perlu lebih teliti dan memilih calon yang baik pada pilihan raya akan datang Sa...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan