Jawablah Zeti Najib Desak Bekas Gabenor Bank Negara Perjelas Dakwaan Terima Dana 1mdb



(FMT) – Najib Razak mendesak bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Aziz, menjawab pendedahan sebuah laman blog yang membongkar beberapa dokumen yang dikaitkan dengan keluarganya, yang didakwa pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, termasuk dari 1MDB ke akaun mereka di Singapura.
“Sejurus selepas pilihan raya umum ke-14, bekas gabenor BNM sejak 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun saya termasuk dana yang dikatakan RM2.6 bilion itu.
“Masa itu, saya amat hairan kenapa dia boleh cakap begitu sedangkan dia yang nasihat saya untuk buka akaun atas nama saya sendiri (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana asing tersebut dan mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.
Laman MalaysiaToday semalam mendakwa pegawai kanan di AmInvestment Bank Bhd (AmInvestment) didakwa bersekongkol untuk membantu dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Low, menjana keuntungan berjuta-juta daripada bon 1MDB pada hari pertama ia dikeluarkan.
Penjualan bon bernilai RM5 bilion itu dikatakan diatur oleh AmInvestment dan diluluskan oleh ketua eksekutif TIA ketika itu, Shahrol Halmi, walaupun mendapat bantahan daripada pemegang saham, kerajaan Terengganu.
Penerbitan bon bernilai RM5 bilion, yang kononnya untuk pembangunan bersama Pulau Bidong dengan Mubadala, dibuat terburu-buru atas nasihat penasihat khas TIA tanpa menyelesaikan isu dibangkitkan oleh lembaga pengarahnya.
Wang yang diperoleh 1MDB daripada bon tersebut digunakan untuk membayar USD1 bilion kepada PetroSaudi JV. Bagaimanapun, penyiasat kes itu juga mengesahkan USD700 juta dipindahkan ke syarikat yang dikaitkan dengan Low, Good Star Ltd.
Low kemudian didakwa memindahkan berjuta dolar kepada pelbagai individu dan entiti termasuk suami Zeti, Tawfiq Ayman, menerusi syarikat yang dikaitkan dengannya, Cutting Edge Industries Ltd, dalam satu surat bertarikh 13 Mac 2019.
Pada Julai 2018, Zeti dalam kenyataan terbukanya menafikan dakwaan Najib bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas perdana menteri itu.
Sebelum itu, dalam temubual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi gabenor BNM menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum pilihan raya umum 2013, namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.
Usaha FMT mendapatkan Zeti yang juga pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), untuk menjawab dakwaan itu tidak berhasil kerana beliau difahamkan sedang bercuti ketika ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/29/jawablah-zeti-najib-desak-bekas-gabenor-bank-negara-perjelas-dakwaan-terima-dana-1mdb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Lapor Polis Dakwaan Keluarga Bekas Gabenor Bnm Terima Dana 1mdb

Pemuda Umno Lapor Polis Dakwaan Keluarga Bekas Gabenor Bnm Terima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 337 hits
Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap dakwaan keluarga bekas gabenor Bank Negara Zeti Aziz pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low Exco Pemuda UMNO Shahrul ...
Zeti Nafi Terima Dana 1mdb Itu Dakwaan Palsu Berniat Jahat

Zeti Nafi Terima Dana 1mdb Itu Dakwaan Palsu Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 188 hits
Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan ahli keluarga dan dirinya menerima dana daripada 1MDB Dakwaan terhadap saya dan keluarga saya palsu serta berniat jahat sama sekali katanya dalam kenyataan malam ini Baru baru ini...
Zeti Perlu Jawab Dakwaan Terima Dana 1mdb Jho Low Kata Patriot

Zeti Perlu Jawab Dakwaan Terima Dana 1mdb Jho Low Kata Patriot

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 168 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan berkata bekas gabenor Bank Negara Zeti Aziz perlu menjelaskan dakwaan bahawa keluarganya pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho Presiden Mohamed Arshad Raji dalam...
Penafian Zeti Mengenai Dana 1mdb Tak Boleh Dipercayai Kata Najib

Penafian Zeti Mengenai Dana 1mdb Tak Boleh Dipercayai Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 225 hits
Najib Razak terus mencabar Zeti Akhtar Aziz menjelaskan sama ada ahli keluarganya pernah menerima dana daripada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho yang didakwa mendalangi skandal 1MDB Ahli Parlimen Pekan itu berkata penafian bekas gabenor ...
Serang Zeti Pendakwa Desak Mahkamah Tinggi Beri Amaran Keras Kepada Najib

Serang Zeti Pendakwa Desak Mahkamah Tinggi Beri Amaran Keras Kepada Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 286 hits
freemalaysiatoday com January 5 2021 12 51 PMPendakwa Ad hoc Gopal Sri Ram berkata Najib Razak perlu diberi amaran berhubung kenyataan membabitkan Zeti Akhtar Aziz KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan kes 1MDB membabitkan Najib Razak mendesak Mahk...
Sah Ahli Keluarga Zeti Mengaku Terima Wang 1mdb

Sah Ahli Keluarga Zeti Mengaku Terima Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 234 hits
Salinan akuan berkanun suami dan dua anak lelaki bekas gabenor BNM Zeti Aziz menyatakan kesediaan mereka memulang wang 1MDB kepada syarikat itu sekiranya pihak berkuasa Singapura menggugurkan siasatan PETALING JAYA Adakah bekas gabenor Bank...
Dana 1mdb Kenapa Kerajaan Membisu Mengenai Zeti Sd Tanya Zaid

Dana 1mdb Kenapa Kerajaan Membisu Mengenai Zeti Sd Tanya Zaid

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 176 hits
Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim mempersoalkan sikap membisu pihak kerajaan terhadap laporan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz yang didakwa menerima dana 1MDB Zaid berkata reaksi dingin kerajaan pimpinan ...
Najib Adalah Showrunner 1mdb Bekas Ceo 1mdb

Najib Adalah Showrunner 1mdb Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 209 hits
143 total views 143 views today KUALA LUMPUR 5 Jan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pemegang saham sebenar 1MDB adalah kerajaan manakala semua pengurusannya adalah di baw...
Pendakwaan Mohon Mahkamah Keluarkan Amaran Tegas Kepada Najib Serang Zeti Di Media Sosial

Pendakwaan Mohon Mahkamah Keluarkan Amaran Tegas Kepada Najib Serang Zeti Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 270 hits
1 392 total views 1 392 views today KUALA LUMPUR 5 Jan Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon mahkamah mengeluarkan amaran tegas terhadap bekas perdana menteri itu kera...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Asan Lembu The Movie

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air