Batal Nyahwarta Hutan Bukti Selangor Peka Tuntutan Rakyat



Keputusan Menteri Besar Selangor untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) membuktikan Kerajaan Negeri peka kepada saranan dan tuntutan rakyat.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar berkata, beliau menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam dalam mememutuskan tiga perkara pro rakyat berhubung isu HSKLU.
“104 ekar daripada jumlah keseluruhan 1,326 ekar HSKLU kekal dinyahwarta akan melengkapkan pemberimilikan tanah kepada Kampung Orang Asli Busut Baru yang telah dipindahkan dari penempatan asal mereka pada 1994 untuk tujuan pembinaan KLIA. Ini menunjukkan iltizam Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan isu yang tertangguh sejak tahun 2006.
“Keputusan mempertimbangkan sebahagian kecil lagi kawasan kekal nyahwarta untuk tujuan pertimbangan jajaran East Coast Rail Link (ECRL) bakal memberi lebih banyak faedah kepada rakyat di sepanjang jajaran rel berkenaan.
“Manakala tindakan menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas kawasan tersebut serta membatalkan pemberimilikan tanah itu kepada syarikat terbabit adalah satu langkah yang tepat dan membuktikan Kerajaan Negeri sangat peka dengan tuntutan dan mendengar suara rakyat.
“Pada masa yang sama, kawasan gantian yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 1,436 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga akan kekal statusnya sebagai Hutan Simpan Kekal. Ini adalah komitmen Kerajaan Negeri demi kelestarian alam sekitar,” katanya.
Halimey yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Setia turut berpuas hati dengan prosedur penyahwartaan sebelum ini yang telah mengikuti segala prosedur dan tatacara dinyatakan mengikut lunas undang-undang.
“Namun sebagai sebuah kerajaan yang berteras prinsip akauntabiliti, Sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang bakal diadakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah satu langkah yang sangat tepat bagi menjawab sebarang isu-isu yang dibangkitkan terkait penyahwartaan sebelum ini,” katanya lagi.
Penyahwartaan HSKLU yang dilakukan pada Mei lalu menimbulkan pelbagai kritikan sebelum ini dari persatuan pencinta alam sekitar, orang awam dan malah pimpinan KEADILAN sendiri.
Keputusan yang dibuat semalam dinanti-nantikan oleh semua pihak yang mahu melihat khazanah alam sekitar Selangor dipulihara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33020

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Batal Nyahwarta Hutan Simpan

Selangor Batal Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 381 hits
Kontroversi nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara selesai hari ini apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang memutuskan beberapa ketetapan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari terdapat 3 keputu...
Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 247 hits
Nilai biodiversiti hutan simpan dan kawasan gantian hampir sama SHAH ALAM Kerajaan negeri Selangor telah mengambil kira kesemua aspek dalam membuat keputusan yang terbaik berkaitan isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara Jabatan P...
Setelah Dikritik Kerajaan Selangor Batal Rancangan Nyahwarta Hsklu

Setelah Dikritik Kerajaan Selangor Batal Rancangan Nyahwarta Hsklu

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 160 hits
AGENDA DAILY Hutan Simpan Kuala Langat Utara Setelah menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak termasuk daripada parti gabungan Kerajaan Pakatan Harapan Selangor akhirnya membuat keputusan menghentikan cadangan pembangunan di Hutan Si...
Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 252 hits
Biro Politik KEADILAN malam ini telah menerima pandangan dan penjelasan dari YAB Dato Seri Amiruddin Shari Menteri Besar Selangor dan YB Hee Loy Sian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Alam Sekitar Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang ...
Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 355 hits
Mesyuarat pengerusi pengerusi komponen Pakatan Harapan Selangor hari ini memutuskan agar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membincang dan memutuskan hala tuju penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dalam Majlis Mesyuar...
Nyahwarta Hutan Walau Dun Tolak Mb Selangor Dipanggil Pkr Beri Penjelasan

Nyahwarta Hutan Walau Dun Tolak Mb Selangor Dipanggil Pkr Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 174 hits
Saya meneliti laporan dan aduan berkenaan tindakan Kerajaan Selangor yang telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada bulan Mei yang lalu Saya juga turut mengambil maklum bahawa Dewan Undangan Negeri Selangor telah me...
Jangan Ganggu Lagi Hutan Simpan Di Selangor

Jangan Ganggu Lagi Hutan Simpan Di Selangor

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 232 hits
HARAKAH DAILY MUAFAKAT Nasional Negeri Selangor mengalu alukan langkah Kerajaan PH Negeri Selangor yang akhirnya bersetuju mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara setelah menyahwartakannya secara tergesa gesa dan tanpa mengambil k...
Peka Berterima Kasih Kerajaan Membatalkan Aktiviti Guna Tanah Di Hutan Simpan Lentang

Peka Berterima Kasih Kerajaan Membatalkan Aktiviti Guna Tanah Di Hutan Simpan Lentang

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 365 hits
BENTONG Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia menyambut baik dan berterima kasih pada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang yang membatalkan pembukaan dan kemusnahan Hutan Simpan ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai