Basikal Lajak Ibu Bapa Penjaga Boleh Didenda Penjara


Nizam Zain Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias (kanan) bercakap pada sidang media JSPT berkenaan basikal lajak di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL  KUALA LUMPUR – Ibu bapa ataupun penjaga boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara 5 tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Azisman Alias berkata, pada masa ini, hanya ibu bapa atau penjaga terbabit boleh dikenakan tindakan berkenaan di bawah Seksyen 33, Akta Kanak-kanak.

“Kita boleh ambil tindakan di bawah kaedah-kaedah kepada penjaga mereka di bawah Seksyen 33, Akta Kanak-kanak, di mana ibu bapa bertanggungjawab ke atas perbuatan, tindakan dan keselamatan anak-anak tersebut.

“Sekiranya kita dapat membuktikan pengabaian terhadap keselamatan kanak-kanak ini, penjaga atau ibu bapa itu boleh dikenakan denda telah melebihi RM2,000 dan penjara selama 5 tahun.

“Setakat ini kita belum mengambil tindakan terhadap ibu bapa, kerana kita sedang mengkaji ada tak undang-undang lain boleh digunakan terhadap penjaga atau ibu bapa kanak-kanak itu,” katanya pada sidang media harian di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pada 28 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Johor Bharu melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu.

Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Ke Ting didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Dalam pada itu, Azisman berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kedai basikal yang mengubah suai basikal lajak susulan ketiadaan peruntukan undang-undang.

“Pada awalnya basikal lajak itu basikal biasa tetapi telah diubah suai kepada begitu rupa bagi menunjukkan satu aksi untuk kepuasan diri mereka, macam aksi superman, handle dipotong pendek dan direndahkan tanpa brek, tanpa lampu dan tidak memakai helmet.

“Tempat diubah suai ini juga kena ambil tindakan tetapi undang-undang sedia ada tidak dapat mengambil tindakan kepada mereka yang ubah suai atau kedai basikal yang ubah suai,” katanya.

Selain ibu bapa dan penjaga, pihak boleh merampas basikal lajak yang terbabit dengan aktiviti yang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit dan pengguna jalan raya lain.

“Basikal-basikal ini apa yang kita dapati salah ataupun tidak mengikut peraturan jika kita mahu mengambil kesalahan dan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1979 ataupun LN166/1979.

“Pertama kita boleh ambil tindakan di bawah Kaedah 35(2) setiap basikal apabila ditunggang hendaklah dipasang di depannya lampu yang menunjukkan cahaya putih yang boleh dilihat dalam jarak yang munasabah tempat basikal itu tujui.

“Kemudian Kaedah 35(3) setiap basikal di bahagian belakangnya dipasang lampu yang menunjukkan lampu merah di sebelah belakang yang boleh dilihat dalam jarak munasabah.

“Setakat ini tindakan saman yang boleh kita ambil dan kita boleh rampas basikal ini di bawah Seksyen 132 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/basikal-lajak-ibu-bapa-penjaga-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Gagal Halang Anak Terlibat Aktiviti Basikal Lajak Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 5 Tahun

Ibu Bapa Gagal Halang Anak Terlibat Aktiviti Basikal Lajak Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 5 Tahun

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 523 hits
Ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang undang kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk...
Basikal Lajak Ibu Bapa Biarkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Dipenjara

Basikal Lajak Ibu Bapa Biarkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Dipenjara

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 448 hits
Ibu bapa kepada anak yang terlibat dalam kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang undang Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Dat...
Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan

Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 894 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Advokasi Kesedaran Bahaya Basikal Lajak Libatkan Ibu Bapa

Advokasi Kesedaran Bahaya Basikal Lajak Libatkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 442 hits
KUANTAN Program advokasi kesedaran bahaya penggunaan basikal lajak oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan turut melibatkan golongan ibu bapa dalam usaha membanteras kegiatan itu Ketua Pengarahnya Mohd Nasri Ishak berkata penglibatan ibu b...
Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Jika Gagal Halang Anak Berbasikal Lajak Bukit Aman

Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Jika Gagal Halang Anak Berbasikal Lajak Bukit Aman

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 606 hits
KUALA LUMPUR 4 Nov Ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang undang kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Traf...
5459 Basikal Lajak Ibu Bapa Perlu Tentukan Anak Anak Berada Di Rumah Selepas Maghrib Bernama 06 11 2019

5459 Basikal Lajak Ibu Bapa Perlu Tentukan Anak Anak Berada Di Rumah Selepas Maghrib Bernama 06 11 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 550 hits
MELAKA 6 Nov Ibu bapa harus kembali kepada kaedah tradisi dalam mendidik anak anak terutama di peringkat kanak kanak dan awal remaja dengan membuat peraturan supaya mereka berada di rumah sebelum waktu Maghrib bagi menentukan mereka tidak t...
Polis Tahan 6 Orang Penjaga Kerana Biar Anak Main Basikal Lajak

Polis Tahan 6 Orang Penjaga Kerana Biar Anak Main Basikal Lajak

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 649 hits
Polis menahan enam penjaga selepas didakwa membiarkan anak mereka terbabit dalam aktiviti basikal lajak di sekitar Taman Kosas Ampang malam tadi Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata enam individu berusia antara 37 hin...
Kehadiran Si Kecil Boleh Ubah Kehidupan Anda 360 Yang Bakal Menjadi Ibu Bapa Ini Bersedialah

Kehadiran Si Kecil Boleh Ubah Kehidupan Anda 360 Yang Bakal Menjadi Ibu Bapa Ini Bersedialah

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 304 hits
Kehidupan untuk bergelar ibu dan bapa sentiasa dinanti nantikan oleh setiap pasangan Anugerah anak yang ingin dimiliki merupakan satu penyeri atau sumber kebahagian rumah tangga setiap pasangan Tetapi adakah apa yang akan berlaku selepas ku...
Anak Main Basikal Lajak Ibubapa Penjara 5 Tahun

Anak Main Basikal Lajak Ibubapa Penjara 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 1040 hits
Mengikut pengarah ketua bahagian jalan raya Bukit Aman Datuk Azisman Alias ibu bapa boleh dikenakan tindakkan dibawah seksyen 33 Akta Kanak kanak 2001 jika anak anak mereka didapati terlibat dengan aktiviti berbahaya basikal lajak Seksyen t...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biskut Dalgona Squid Game

Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap