Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Jika Gagal Halang Anak Berbasikal Lajak Bukit Aman


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) – Ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias
Beliau berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.
“Tindakan ini boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga sekiranya gagal dalam tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang membahayakan.
“Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar isu ‘Basikal Lajak’ di Bukit Aman di sini, hari ini.
Azisman berkata setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran saman kepada penunggang basikal lajak berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang.
“Berdasarkan undang-undang Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat dalam jarak munsabah.
“Sementara itu menerusi Kaedah 42(1) LN165/59, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng,” katanya.
Beliau berkata tangkapan dan sitaan boleh dilakukan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti diperuntukan Seksyen 112(1)(a) akta sama.
“Tindakan menangkap penuggang basikal lajak bagaimanapun tidak boleh diambil daripada segi undang-undang terhadap anak-anak yang terbabit merujuk kepada Seksyen 82 Kanun Keseksaan iaitu tidak menjadi kesalahan apa jua dilakukan anak-anak berusia kurang 10 tahun,” katanya.
Pada 1 Nov lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang semakin berleluasa di negara ini.
Dalam pada itu, ketua pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata JPJ secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai isu itu sebelum sebarang tindakan diambil.
 
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/04/ibu-bapa-boleh-dikenakan-tindakan-jika-gagal-halang-anak-berbasikal-lajak-bukit-aman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Gagal Halang Anak Terlibat Aktiviti Basikal Lajak Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 5 Tahun

Ibu Bapa Gagal Halang Anak Terlibat Aktiviti Basikal Lajak Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 5 Tahun

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 173 hits
Ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang undang kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk...
Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan

Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 228 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kementerian Sokong Ibu Bapa Dikenakan Tindakan Jika Abai Kebajikan Anak

Kementerian Sokong Ibu Bapa Dikenakan Tindakan Jika Abai Kebajikan Anak

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 92 hits
Kementerian sokong ibu bapa dikenakan tindakan jika abai kebajikan anak Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Nov
Basikal Lajak Ibu Bapa Biarkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Dipenjara

Basikal Lajak Ibu Bapa Biarkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Dipenjara

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 131 hits
Ibu bapa kepada anak yang terlibat dalam kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang undang Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Dat...
Basikal Lajak Ibu Bapa Penjaga Boleh Didenda Penjara

Basikal Lajak Ibu Bapa Penjaga Boleh Didenda Penjara

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 98 hits
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias bercakap pada sidang media JSPT berkenaan basikal lajak di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Ibu bapa ataupun penjaga...
5459 Basikal Lajak Ibu Bapa Perlu Tentukan Anak Anak Berada Di Rumah Selepas Maghrib Bernama 06 11 2019

5459 Basikal Lajak Ibu Bapa Perlu Tentukan Anak Anak Berada Di Rumah Selepas Maghrib Bernama 06 11 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 206 hits
MELAKA 6 Nov Ibu bapa harus kembali kepada kaedah tradisi dalam mendidik anak anak terutama di peringkat kanak kanak dan awal remaja dengan membuat peraturan supaya mereka berada di rumah sebelum waktu Maghrib bagi menentukan mereka tidak t...
Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Dan Rapat Dengan Ibu Boleh Jadi Lebih Pandai

Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Dan Rapat Dengan Ibu Boleh Jadi Lebih Pandai

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 168 hits
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempuan Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu anak lelaki boleh jadi insan yang hebat 4 sebab ...
Ibu Bapa Perlu Jadi Pencetus Masa Depan Anak Anak Khusus Dalam Pendidikan Islam

Ibu Bapa Perlu Jadi Pencetus Masa Depan Anak Anak Khusus Dalam Pendidikan Islam

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 168 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Advokasi Kesedaran Bahaya Basikal Lajak Libatkan Ibu Bapa

Advokasi Kesedaran Bahaya Basikal Lajak Libatkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 150 hits
KUANTAN Program advokasi kesedaran bahaya penggunaan basikal lajak oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan turut melibatkan golongan ibu bapa dalam usaha membanteras kegiatan itu Ketua Pengarahnya Mohd Nasri Ishak berkata penglibatan ibu b...
Ini Rupanya Asal Usul Nama Kluster Sivaganga

Muafakat Nasional Muafakat Untuk Semua Ahmad Zahid

Kod Tidak Lulus Bsh 2020

Siapa Kata Orang Kita Takut Mati Cuba Tengok Gambar Ni

Essential Japanese Cooking Tips For Beginners

Daging Bergerak Gerak Sendiri Lalu Muncul Lafaz Allah

Tahukah Anda Bagaimana Kluster Sivagangga Dapat Nama

Sorry I Tak Buat Job Untuk Local Designer I Selalu Buat Oversea Pereka Fesyen Sentap Selepas Pelakon Wanita Jual Mahal



Biodata Penyanyi Dinie Rashid Peserta Big Stage 2020

Biodata Penyanyi Sandra Dianne Peserta Big Stage 2020

Biodata Penyanyi Qody Rany Peserta Big Stage 2020

Biodata Penyanyi Fadh Majid Peserta Big Stage 2020

Biodata Penyanyi Farisha Iris Peserta Big Stage 2020


Covid 19 Mamak Sekor Ni Punya Pasal Beribu Orang Lain Susah

Stop Thumbs With These Instagram Stories Apps

Suri Rumah Sepenuh Masa Atau Suri Rumah Bisnes

Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat

Orang It Pekerja Belakang Tabir Yang Sering Dilupakan

Lelaki Ditahan Tanam 12 Batang Pokok Ganja Di Belakang Rumah Dan Miliki 58 Peluru Hidup