Ibu Bapa Gagal Halang Anak Terlibat Aktiviti Basikal Lajak Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 5 Tahun



Ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias
Beliau berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001

"Tindakan ini boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga sekiranya gagal dalam tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang membahayakan

"Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam sidang akhbar isu 'Basikal Lajak' di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini

Azisman berkata setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran saman kepada penunggang basikal lajak berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang

"Berdasarkan undang-undang Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat dalam jarak munsabah

"Sementara itu menerusi Kaedah 42(1) LN165/59, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng," katanya

Beliau berkata tangkapan dan sitaan boleh dilakukan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti diperuntukan Seksyen 112(1)(a) akta sama

"Tindakan menangkap penuggang basikal lajak bagaimanapun tidak boleh diambil daripada segi undang-undang terhadap anak-anak yang terbabit merujuk kepada Seksyen 82 Kanun Keseksaan iaitu tidak menjadi kesalahan apa jua dilakukan anak-anak berusia kurang 10 tahun," katanya

Pada 1 Nov lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang semakin berleluasa di negara ini

Dalam pada itu, ketua pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata JPJ secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai isu itu sebelum sebarang tindakan diambil

Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/11/ibu-bapa-gagal-halang-anak-terlibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Jika Gagal Halang Anak Berbasikal Lajak Bukit Aman

Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Jika Gagal Halang Anak Berbasikal Lajak Bukit Aman

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR 4 Nov Ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang undang kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Traf...
Basikal Lajak Ibu Bapa Penjaga Boleh Didenda Penjara

Basikal Lajak Ibu Bapa Penjaga Boleh Didenda Penjara

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 98 hits
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias bercakap pada sidang media JSPT berkenaan basikal lajak di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Ibu bapa ataupun penjaga...
Basikal Lajak Ibu Bapa Biarkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Dipenjara

Basikal Lajak Ibu Bapa Biarkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Dipenjara

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 131 hits
Ibu bapa kepada anak yang terlibat dalam kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang undang Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Dat...
Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan

Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 229 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
5459 Basikal Lajak Ibu Bapa Perlu Tentukan Anak Anak Berada Di Rumah Selepas Maghrib Bernama 06 11 2019

5459 Basikal Lajak Ibu Bapa Perlu Tentukan Anak Anak Berada Di Rumah Selepas Maghrib Bernama 06 11 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 206 hits
MELAKA 6 Nov Ibu bapa harus kembali kepada kaedah tradisi dalam mendidik anak anak terutama di peringkat kanak kanak dan awal remaja dengan membuat peraturan supaya mereka berada di rumah sebelum waktu Maghrib bagi menentukan mereka tidak t...
Anak Main Basikal Lajak Ibubapa Penjara 5 Tahun

Anak Main Basikal Lajak Ibubapa Penjara 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 346 hits
Mengikut pengarah ketua bahagian jalan raya Bukit Aman Datuk Azisman Alias ibu bapa boleh dikenakan tindakkan dibawah seksyen 33 Akta Kanak kanak 2001 jika anak anak mereka didapati terlibat dengan aktiviti berbahaya basikal lajak Seksyen t...
Advokasi Kesedaran Bahaya Basikal Lajak Libatkan Ibu Bapa

Advokasi Kesedaran Bahaya Basikal Lajak Libatkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 150 hits
KUANTAN Program advokasi kesedaran bahaya penggunaan basikal lajak oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan turut melibatkan golongan ibu bapa dalam usaha membanteras kegiatan itu Ketua Pengarahnya Mohd Nasri Ishak berkata penglibatan ibu b...
Dinding Berconteng Rumah Bersepah Bukannya Anak Tak Berdisiplin Ini Ibu Bapa Patut Faham

Dinding Berconteng Rumah Bersepah Bukannya Anak Tak Berdisiplin Ini Ibu Bapa Patut Faham

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 116 hits
Ramai ibu yang sangat risau dituduh gagal mendisiplinkan anak kerana rumah mereka adakalanya bersepah dinding berconteng dan anak anak main losyen penuh di lantai atau sebagainya Perlu diingatkan anak yang sedang membesar dia nak terokai se...
Anak Diajar Tugas Bapa Selepas Ibu Dicer4i Suami Cur4ng Lipat Kain Basuh Pinggan Mengemas Semua Dia Buat

Anak Diajar Tugas Bapa Selepas Ibu Dicer4i Suami Cur4ng Lipat Kain Basuh Pinggan Mengemas Semua Dia Buat

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 122 hits
SUDAH tentunya setiap pasangan yang berkahwin mahukan sebuah perkahwinan yang dibina atas rasa cinta kekal bahagia sehingga ke akhir hayat Anak diajar tugas bapa selepas ibu dicer4i suami cur4ng Lipat kain basuh pinggan mengemas semua dia b...
Muat Turun Borang Rayuan Bsh 2020 Bk 07

Bsh Bujang Tidak Lulus Apa Syarat Maksud Kod 05 Rayuan Ogos 2020

Rayuan Tambahan Bsh 2020

Guru Cantik Dan Glowing Ini Jadi Rebutan Murid Laki Laki Di Sekolah Wah Auto Betah Ya Kalau Belajar

Dr Mahathir Tommy Thomas Dan Guan Eng Tipu Rakyat

Misteri Mayat Gadis Sma Dalam Karung Terungkap Pembunuhnya Tak Disangka

Wow Wanita Cemas Jumpa Ular Tedung Dalam Tab Mandi Semua Angkara Suami

Anak2 Yatim Milikki Kondo Seorang Sebiji Berkat Bossku



Bagaimana Seorang Lelaki Model Etnik Uighur Hilang Tanpa Jejak di China

5 Idea Konten Paling Senang Sebagai Youtuber Berjaya

Maskne Masalah Jerawat Disebabkan Pemakaian Topeng Muka

Biodata Penyanyi Hanie Soraya Peserta Big Stage 2020

Resepi Paella Paling Terkenal


5 Restoran Dengan Menu Berasaskan Daun Pisang Di Foodpanda

Ciri Ciri Aplikasi Fintech Yang Perlu Anda Waspadai

Jom Nikmati Pulau Pinang Tak Pernah Bosan Berkunjung Ke Sana

Hari Raya Aidil Adha 2020

7 Makanan Barat Sedap Yang Boleh Anda Cari Di Kl Pj

3 Sebab Kena Berniaga