Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah
Pertama Kali Ke Dekori Premium Cafe, Keningau.
Tempat ni agak mewah juga tempatnya, dinding kaca yang cukup menarik pelanggan hendak datang. Dalam restoran ini di susun atur kerusi meja dengan suasana luas selesa bergerak yang bebas dan memudahkan pelanggan. Menampilkan tema semasa pada corner yang dihias cantik. Dan bonus kepada pelanggan untuk abadikan kenangan ( bergambar). Ini lah Dekori Premium Cafe, Keningau, Sabah. Dan pertama kalinya masuk ke cafe ini, walaupun sejak 2024 telah beroperasi. Masuk sini untuk menemani anak dan suri hati yang katanya nak ke Dekori basahkan tekak dulu.
Masa kami ke sini, kebetulan Hari Deepavali, adalah tema di sudut yang sangat menarik perhatian. Lengkap dengan banner dan hiasan lain seperti dalam gambar. Menu kami hanya air minum, mee goreng special dan makanan pembasuh mulut berasaskan puding ( lupa nama makanan ini) seperti di gambar. Masa ini Etuza buka ada mood ambil gambar, tetapi anak yang excited nak ambil gambar suri hati dan ayah kesayangan dia ni. Maklumlah baru balik dari tempat jauh, pasti nak leaskan ridu terutama ibunya.
Pola Tidur Berubah, Mungkin Perlu Betulkan Pola Tidur Ini.
Updated blog awal pagi, ini mesti bangun awal. Tidur awal malam jam 8.00 malam, letih rasanya setelah menjalani rutin hidup hari Jumaat. Ya ada banyak perkara yang dilakukan termasuklah WAJIB ke Masjid menunaikan Solat Jumaat dan mendengar khutbah. Menjelang malam hanya menjamah kuih pais pisang dan sebiji pisang, minum air putih, masuk bilik ( tumpang di bilik anak lelaki ) langsung tidur nenyak hingga tak sedar. Lampu saya padamkan dan hanya ada samar-samar cahaya dari beranda rumah.
Terbangun jam 2.00 pagi pula, dan lampu bilik terpasang. Entah siapa dalam rumah ini menekan suiz lampu. Alhamdulillah terasa segar badan dan hilang sengal badan setelah tidur yang saya agak tidur berkualiti dari jam 8 hingga ke jam 2 pagi.
Nampaknya pola tidur Etuza dah berubah, sebelum ini tidur jam 10, kadang masuk bilik beradu jam 11 malam. Bangun tepat jam 4.20 pagi kerana ada jam alam set jam ini. Rutin pagi tahajud, solat wajib dan baca al quran. Damai hati dan rasa begitu tenang sekali. Kini pola tidur agak berubah walaupun masih set tidur yang cukup.
Cuma bertambah rutin membuat pembacaan di BLOG, blogwalking dan komentar di balog kegemaran. Aduhai penangan blog, apapun Etuza damai dan merasa segar otak fikiran apabila dapat merungkai idea dalam kepala, seolah melepaskan sesuatu yang terbuka di otak ini. Apapun aktif blog bukan kesalahan yang kita akan dihukum, tetapi ambilah langkah berwaspada. Lastly nak cakap, pola tidur ini pasti berubah lagi dan semoga Allah berikan keampunan dan berikan kita kesihatan dari segi emosi, mental dan fizikal. Aamiin.
Blogwalking Cara Menjalinkan Jaringan Blog Dikenali.
Pagi ini blogwalking ke Blog Amie's Litel Kitchen dan Blog Kembara Mencari Hambah dan lain-lain blog. Seronok membaca paparan di blog mereka ini. Membaca moment Amie di Sepanyol dan Pertogal amat menarik apabila tergambar Sejarah dahulu di Sepanyol. Pengembaraan ke India oleh Ustaz Abui Ikhwan begitu menarik hingga Etuza melekat membaca tiap entry di blog ini. Subahanallah.
Ada good news hari ini di nlog PE,sila lihat ke bawah dan baca news tersebut ya.
Tema Deepavali di Dekori Primium Cafe, Keningau
Mee goring dan lemon tea, menjadi pilihan di cafe ini
Kasih sayang ibu dan anak tiada galang gantinya.Ibu yang melahirkan kita ke dunia.Hargailah ibu
Gambar kenangan, gambar diabadikan dalam blog.
Menikmati juadah pembasuh mulut, segarnya tekak ini.
Salah satu sajian yang sedap segar dan lembut di Dekori Primium Cafe, Keningau.
Jom Baca Good News.
Hebahan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025 Secara Contract Of Service Bagi Semenanjung, Sabah Dan Sarawak.
Maklumat lanjut boleh disemak melalui pautan berikut: https://www.spp.gov.my/.../hebahan-pengambilan-pegawai..
Kepada semua lepasan SPM tak kira tahun 2024,2023,2022 atau tahun sebelumnya boleh lah klik pautan ini dan isi cepat-cepat, kerana tarikh tutup 22 Ogos 2025 ( Jumaat ) Jangan lepas kan peluang untuk mencapai cita-cita menjadi seorang guru. Selamat mencuba & Good Luck. All the best to all.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/08/basahkan-tekak-di-dekori-premium-cafe.html