Bas Mesra Alam Di Iskandar Puteri


Mary Victoria Dass BAS mesra alam diuji di laluan sekitar Iskandar Puteri. FOTO ihsan pembaca. Iskandar Puteri: Kemunculan bas hibrid di laluan di Iskandar Puteri menarik perhatian ramai pengguna jalan raya di kawasan berkenaan pada Ahad lalu.
Kenderaan itu antara bas mesra alam yang terbabit dalam program ujian rintis Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, Projek Bas Alihan Cepat Iskandar Malaysia (IMBRT) yang akan mencapai fasa seterusnya membabitkan program ujian rintis selama tiga bulan.
Beliau berkata, ujian rintis itu turut membabitkan penyertaan sembilan pembekal bas bagi pelaksanaan demonstrasi teknologi bas hijau terkini meliputi elektrik dan bio diesel.
Menurutnya, ia akan dijalankan IRDA di sepanjang laluan Lebuhraya Sultan Iskandar di antara Horizon Hill dengan Anjung di Medini.
"Pembekal berkenaan akan mengetengahkan bas bersaiz enam meter, 12 meter dan 32 meter.
"Suatu kajian akan dilaksanakan Institut Pengangkutan Malaysia untuk menilai prestasi sistem alihan cepat automatik, terutama membabitkan keupayaan belok, mudah dikendalikan dan pertukaran laluan.
"Bas bersaiz enam meter akan melalui penilaian kebolehlaksanaan laluan penghantar selain tempoh hayat bateri (bagi setiap perjalanan) untuk bas elektrik.
"Program itu akan menjadi satu pencapaian penting bagi IMBRT memandangkan projek tersebut dilaksanakan pada tahap maksimum," katanya.
IMBRT yang ditetapkan sebagai tulang belakang pengangkutan awam di Iskandar Malaysia, bermatlamat untuk memperluas liputan pengangkutan awam di wilayah itu daripada 39 peratus kepada 90 peratus selain meningkatkan bahagian mod pengangkutan awam daripada 15 peratus kepada 40 peratus pada 2025.
IMBRT akan menyediakan 55 perkhidmatan penghantar dan 44 perkhidmatan terus, menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,051 kilometer atau hampir 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.
Laluan utama bagi IMBRT sepanjang 54.92 kilometer menerusi Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri.
Projek itu merangkumi 33 stesen dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Laluan Skudai.
Laluan utama akan mempunyai dua stesen akhir iaitu di Desa Jaya melalui Laluan Tebrau dan di Anjung menerusi Laluan Iskandar Puteri.
Sistem kenderaan hibrid bakal menawarkan penjimatan bahan api lebih baik serta mengurangkan pencemaran Co2 berbanding bas bandar berkuasa diesel konvensional.
Hibrid mempunyai kelebihan dalam menyediakan kenderaan dengan kecekapan bahan api lebih baik serta sifar karbon.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/bas-mesra-alam-di-iskandar-puteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bas S 039 Pura Jalani Ujian Guna Panel Suria Bagi Perjalanan Lebih Mesra Alam

Bas S 039 Pura Jalani Ujian Guna Panel Suria Bagi Perjalanan Lebih Mesra Alam

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 154 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Buat kali pertama di Singapura bas bas lengkap dengan panel panel suria sedang diuji bagi perjalanan yang lebih mesra alam Dua buah bas sedemikian iaitu khidmat bas nombor 15 sedang menguji teknologi ter
Free Community Sports Sessions For Iskandar Puteri Community

Free Community Sports Sessions For Iskandar Puteri Community

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 357 hits
FREE Community Sports Sessions for Iskandar Puteri Community Break a sweat over a game of badminton or clock your 10 000 steps a day at EduCity Sports Complex Bring the whole gang with you and check out our Track and Badminton courts Those ...
Dua Maut Struktur Besi Kren Jatuh Di Alam Damai Cheras

Dua Maut Struktur Besi Kren Jatuh Di Alam Damai Cheras

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 338 hits
2 lagi cedera manakala seorang lagi mangsa masih tersangkut KUALA LUMPUR Dua maut manakala dua cedera parah dalam kejadian struktur besi kren pembinaan lebuh raya jatuh berhampiran Puncak Banyan Persiaran Alam Damai Cheras pagi tadi Pusat G...
Makan Makan Di The J Seri Alam Johor

Makan Makan Di The J Seri Alam Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 866 hits
Makan Makan di The J Seri Alam Johor Makan jangan tak makan katanyaaa Hihi Ini salah satu tempat makan baru 2021 yang berada di Seri Alam Masai Johor Bulan lepas adalah hari pembukaannya dan setakat ni kulihat sambutan masih memberangsangka...
Pilihan Terbaik Nikmati Steamboat Di D Kayangan Steamboat Grill Shah Alam

Pilihan Terbaik Nikmati Steamboat Di D Kayangan Steamboat Grill Shah Alam

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 479 hits
Jom ikut Seri Wangi dinner steamboat pulak kat mana Mana lagi kalau tak ke D Kayangan Grill Barbeque Steamboat Seksyen 23 Shah Alam Sedap ke steamboat dia best tak tempat dia Apalah banyak sangat soalannya Haaaaa Seri Wangi pun belum pernah...
Taman Jepun Shah Alam Makin Cantik Tapi Sampah Masih Dibuang Merata

Taman Jepun Shah Alam Makin Cantik Tapi Sampah Masih Dibuang Merata

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 338 hits
Hujung minggu lalu Taman Persabahatan Selangor Jepun di Taman Tasik Shah Alam telah pun dibuka kepada orang awam Pembinaan taman ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada negara Jepun yang sekian lama menjadikan negeri ini sebagai destina...
Wayan Koster Akui Alam Bali Rusak Karena Sampah

Wayan Koster Akui Alam Bali Rusak Karena Sampah

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 171 hits
Gubernur Bali Wayan Koster menyampaikan permasalahan sampah merupakan masalah klasik bagi masyarakat Bali Alam pulau Dewata rusak karena sampah Terlebih sebagai daerah tujuan wisata sampah juga dianggap Koster sebagai momok
Perkahwinan Neelofa Dan Kisah Alam Bunian

Perkahwinan Neelofa Dan Kisah Alam Bunian

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 826 hits
Belog ni sebenarnya dah pencen dari gossip artis tapi perkahwinan Neelofa ni menarik pulak untuk disematkan di sini Mungkin sebab ai tertarik dgn pelaminnya yg ala2 alam bunian cerita P Ramlee kot Tahniah Lofa dan Harris telah disatukan Tak...
Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 611 hits
Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Dengan rasa manis yang berjus ditambah pula bau asap hasil sos lada hitam yang melekat pada dagingnya Nasi Kukus Kambing Bakar Sotong BesarJika anda seorang penggemar menu kambing bakar melalui gambaran di at...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan