Pilihan Terbaik Nikmati Steamboat Di D Kayangan Steamboat Grill Shah Alam
Jom ikut Seri Wangi dinner steamboat pulak.. kat mana? Mana lagi kalau tak ke D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,Seksyen 23, Shah Alam. Sedap ke steamboat dia? best tak tempat dia? Apalah banyak sangat soalannya? Haaaaa...Seri Wangi pun belum pernah makan and sampai lagi tempatnya.
Seri Wangi selalu dengar kawan-kawan kata sedap menu-menu steamboat dia, kalau datang dengan family. kawan-kawan memang best sambil membawang sambil makan mengadap steamboat and grill... fuhhh.. sedap giler!! Kalau korang nak buat majlis perpisahan, nak belanja kawan-kawan office ke ataupun gathering with family memang eloklah buat kat sini. Seri Wangi memang rekomenkan 100% sebab all seafood dia fresh.
Kalau korang nak tau D'Kayangan Steamboat ni dibuka sejak tahun 2010. Alhamdulilah akhirnya Seri Wangi sampai jugak ke sini dating dengan my darling, dia pun kata tak pernah sampai ke sini. Korang jangan risau kalau nak parking kereta sebab kawasan dia luas dan ada disediakan kemudahan tandas dan jugak surau untuk solat.
Tagline - 'Makan Sampai Kenyang' Jangan sampai tak nak balik sudahlah!!
Pelbagai menu disediakan di sini, korang boleh makan dengan nikmatnya tanpa had dan elakkan pembaziran. Jangan risau pasal harga, tak mahal pun harga dia berpatutan, makan dulu, bayar kemudian haaaa!!
D'Kayangan Steamboat ni ruang dia memang luas sesuai untuk makan bersama kelurga, rakan-rakan dan juga diadakan majlis keraian. Lagi satu kalau korang nak buat sambutan harijadi pun boleh atas permintaan. Bolehlah buat birthday kita kat sini nanti... heee
Okay sebelum makan nak bagi peribahasa dulu - Patah salera banyak makan maksudnya 'Pura pura tak mau, sebenarnya suka sekali' Tapi itu bukan Seri Wangi yerr!!
Ada pelbagai jenis menu untuk steamboat yang disediakan sepetti ayam serta daging perap yang sangat rempah perapannya, makanan laut yang segar seperti kerang, kepah, lala, udang, sotong dan pelbagai lagi. Pilihlah yang mana berkenan di hati. Begitu juga pelbagai pilihan seperti fishball, crab ball, fish cake pelbagai jenis lain. .
Pelbagai sos pilihan untuk makan bersama steamboat. Bagi Seri Wangi semua sos dia memang sedap dan terasa.
Pelbagai sayuran, bermacam jenis mi dan pencuci mulut seperti kek dan aiskrim, air minuman.
Kalau korang nak makan makanan panas pun ada tersedia seperti bihun goreng, nasi lemak, kuetiau goreng basah, rendang dan lain-lain menu.
Hmmmm... sedapkan, tapi tak semua Seri Wangi dapat makan sebab dah kenyang, perut kecik kata orang. Meh tengok apa yang kami makan... bertambah selera makan steamboat dan grill dengan sup tomyam yang sedap baunya pun dah tak tahan.
Okay....dah settle makan, memang puas hati sebab semunya sedap-sedap, kalau korang yang suka karok tu bolehlah join karaoke sekali di DKayangan Steamboat ni, relex-relex, santai and gosip-gosip sikit lepaskan stress.
Untuk tempahan dan keterangan lanjut
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/dkayangansteamboat
INSTAGRAM@dkayangansteamboat/
Steamboat BBQ Buffet D'KayanganNo.1 Apartment Servis Sri Acapella,Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi: Hari biasa: 4pm - 11pmHari minggu (Sabtu dan Ahad): 12pm-11.30pm*Untuk hari minggu dan cuti umum, digalakkan membuat tempahan awal terlebih dahulu.
Harga adalah seperti berikut Dewasa - RM 29.90Kanak2 ( 7-11 Thn ) - RM 14.90 Warga Emas - RM 24.90 OKU - Rm 15.00
#dkayangansteamboatbbqbuffet #dkayangansteamboatbbq #malaysiafoodie #steamboat#grillandbbqsteamboat #makanhinggakenyang #dinnertime#steamboatlovers#foodieblogger#wonderfulshahalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2021/03/pilihan-terbaik-nikmati-steamboat-di.html