Baru Bersalin Isteri Diuji Hilang Suami Bayi 47 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah


Baru sahaja selesai berpantang, ibu ini diuji hebat. Suami yang menjadi tempat bergantung kini sudah kembali ke negeri abadi.
Tiada siapa menyangka perbualan pada malam sebelumnya ialah yang terakhir. Lebih meyedihkan anak yang masih kecil belum mengerti makna kehilangan. Namin itulah yang perlu dilalui ibu muda ini.
“Cahaya mata kedua baru saja 47 hari dilahirkan, tapi suami pula pergi tinggalkan kami,” luah Subaini Noraini Mohd Taimimi, isteri kepada mangsa kemalangan maut, awal pagi semalam.
Suaminya, Allahyarham Mohamad Nurul Rizuan Mohamed, 25, maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok serta tiang elektrik di Kampung Bechah, Jalan Tendong-Bunut Susu, Pasir Mas, pada 3 pagi.
Kata Subaini, kali terakhir dia berbual dengan suaminya itu pada sebelah malam sebelum mangsa memberitahu hendak keluar ke kedai berdekatan.

SEMPAT BERGURAU DENGAN ANAK SULUNG
Pemergiaan Allahyarham berlaku sekelip mata tanpa dijangka. Tiada tanda-tanda atau kelakuan yang ditunjukkan selain daripada kebiasaan bergurau senda dengan anak-anak, lebih-lebih lagi cahaya mata sulung mereka.
“Sebelum kejadian, suami tidak menunjukkan sebarang perubahan dan hanya berkelakuan biasa selain sering bergurau bersama dua anak kami terutama dengan yang sulung berusia lima tahun.
“Namun selepas tidak lama dia keluar, saya tiba-tiba dihubungi orang awam memaklumkan suami kemalangan dan tidak menyangka dia meninggalkan kami tiga beranak sekelip mata sahaja.
Gambar hiasan. PERLU KUAT DEMI ANAK-ANAK
Ibu ini reda dengan apa yang terjadi dan menerima takdir Allah ini dengan hati yang tabah. Namun kerinduan terpapar jelas apabila mengenangkan suaminya yang sangat baik dan disenangi.
“Saya reda dan perlu kuat demi dua anak yang masih kecil. Arwah seorang suami dan bapa sangat baik dan disenangi rakan serta ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi.
Subaini berkata, arwah suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Susu, Pasir Mas.
KERETA DIPANDU TERBABAS MELANGGAR POKOK & TIANG ELEKTRIK
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh, mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu.
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang memandu dari arah Tendong menghala ke Bunut Susu untuk pulang ke rumah terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar pokok dan tiang elektrik yang menyebabkannya parah.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sumber: hmetro.com.my
The post Baru Bersalin, Isteri Diuji Hilang Suami. Bayi 47 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baru-bersalin-isteri-diuji-hilang-suami-bayi-47-hari-belum-puas-rasa-kasih-sayang-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempat Seminggu Jadi Suami Isteri Baru Merasa Panggil Mak Ayah Allah Jemput Dulu

Sempat Seminggu Jadi Suami Isteri Baru Merasa Panggil Mak Ayah Allah Jemput Dulu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 614 hits
Baru melansungkan perkahwinan minggu lalu Allah lebih menyayanginya Itulah situasi yang berlaku kepada arwah Dr Mohammad Farid Ismail 28 tahun yang berkhidmat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar apabila maut dalam kemalangan Arwah yang merupa...
Langgar Lelaki Pasangan Suami Isteri Direman 7 Hari

Langgar Lelaki Pasangan Suami Isteri Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 431 hits
Pasangan suami isteri yang terlibat dengan persilisihan di jalan raya hingga mengakibatkan seorang maut ditahan reman selama tujuh hari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata pasangan suami isteri ya...
Suami Isteri Sebabkan Kematian Seorang Lelaki Direman Tujuh Hari

Suami Isteri Sebabkan Kematian Seorang Lelaki Direman Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 402 hits
Pasangan suami isteri yang terbabit dalam satu pergelutan susulan kemalangan kecil di Lebuh Raya Utara Selatan selepas Plaza Tol Sungai Besi sehingga menyebabkan seorang lelaki maut semalam ditahan reman tujuh hari bermula hari ini Perintah...
Bercinta Dan Bernikah Kali Kedua Dengan Suami Sendiri Isteri Hilang Ingatan Syukur Dapat Suami Setia

Bercinta Dan Bernikah Kali Kedua Dengan Suami Sendiri Isteri Hilang Ingatan Syukur Dapat Suami Setia

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 428 hits
Ibarat dalam sebuah novel cerita pasangan Kanada ini walaupun kisah cinta pasangan ini tergendala dengan kisah yang memilukan menimpa dirinya berakhir dengan gembira dan penuh kemanisan rumahtangga Detik kemanisan luar biasa ini dikongsikan...
Suami Buta Terpaksa Jual Lemang Setiap Hari Sebab Nak Pakai Duit Untuk Isteri Sakit

Suami Buta Terpaksa Jual Lemang Setiap Hari Sebab Nak Pakai Duit Untuk Isteri Sakit

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 554 hits
Kerana sayang kita sanggup buat apa sahaja demi insan yang kita cintai tu kan Itulah yang dilakukan seorang lelaki buta dari Thailand bernama Yom Homhuan ini yang membanting tulang setiap hari demi mendapatkan wang Menurut Yom 67 sudah bern...
Suami Cakap Sayang Isteri Tapi Susahnya Nak Buang Ego Silap Sikit Asyik Marah

Suami Cakap Sayang Isteri Tapi Susahnya Nak Buang Ego Silap Sikit Asyik Marah

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 496 hits
Ego seorang suami Kita cakap kita sayang isteri kita tapi kita sendiri susah nak turunkan ego kita sebagai seorang suami Bila gaduh tak pernah nak mengalah suka tinggikan suara suka guna perkataan yang kesat hina dia maki dia ugut dia ungki...
Baik Jadi Handphone Suami Selalu Belek Inilah Yang Isteri Selalu Rasa Sebenarnya

Baik Jadi Handphone Suami Selalu Belek Inilah Yang Isteri Selalu Rasa Sebenarnya

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 797 hits
Tidak ramai yang menyedari hakikat ini tetapi ia benar benar berlaku Maklum sajalah semua orang berkepit dengan telefon bimbit hatta ke tandas pun dibawanya Dalam tidak sedar kita meletakkan telefon bimbit itu di carta teratas mengatasi yan...
Ibu Sawan Bersalin Bayi Meninggal Mayat Terbiar Dalam Peti 3 Hari Kerana Gagal Kumpul Rm500

Ibu Sawan Bersalin Bayi Meninggal Mayat Terbiar Dalam Peti 3 Hari Kerana Gagal Kumpul Rm500

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 505 hits
Pilunya hati membaca kisah benar ini Hanya kerana kurangnya gagal mengumpul kos pengurusan jenazah tubuh si bayi terpaksa dibiarkan dalam peti sejuk 3 hari sebelum dikebumikan Perkongsian daripada organisasi sukarela ini amat menyentuh hati...
Pemergian Pilu 3 Beranak Sehidup Semati Suami Isteri Bayi 14 Bulan Rentung Kebakaran

Pemergian Pilu 3 Beranak Sehidup Semati Suami Isteri Bayi 14 Bulan Rentung Kebakaran

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 438 hits
Seolah berjanji sehidup semati suami isteri pergi buat selama lamanya bersama sama Lebih menyayatkan hati si kecil buah cinta mereka turut sama terkorban Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Alah Batu Selangor Slim River mengorbankan ...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm