Barang Rumah Ni Beli Jangan Simpan Terus Pakai Raikan Diri Sendiri Keluarga


Kita selalu melebihkan tetamu walhal diri kita sendiri juga perlu diraikan setiap hari. Sebenarnya setiap kali kita membeli barangan dan kelengkapan rumah, sebaiknya terus guna saja, jangan simpan.

Perkongsian dari Nurlia Mohd Nor ini sememangnya membuka mata. Jom raikan diri kita dan ahli keluarga kerana itu yang sebaiknya.
Ada tiga benda saya belajar dari arwah mak.
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama.
Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam. Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal/ murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang.
Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami/ anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan.
Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah, “Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”

2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun takpe asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah.
Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Encik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
Harta benda dah beli, sila guna..
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Nurlia Mohd Nor
The post Barang Rumah Ni Beli Jangan Simpan, Terus Pakai. Raikan Diri Sendiri & Keluarga! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/barang-rumah-ni-beli-jangan-simpan-terus-pakai-raikan-diri-sendiri-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 204 hits
Pelakon Atikah Suhaime dipuji wargamaya kerana tidak cerewet berbelanja menerusi atas talian di Tik Tok sahaja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya nanti Biarpun berkahwin dengan usahawan ternama namun Atikah dilihat cukup bersahaja mal...
Anggap Seperti Keluarga Sendiri Marsha Rai Kemenangan Ajl39 Bersama Anak Anak Yatim Amp Asnaf

Anggap Seperti Keluarga Sendiri Marsha Rai Kemenangan Ajl39 Bersama Anak Anak Yatim Amp Asnaf

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 191 hits
Juara Anugerah Juara Lagu ke 39 Marsha atau nama sebenar Marsha Milan Londoh memilih untuk meraikan kemenangan bersama anak anak yatim dan golongan asnaf Baitun Nurrawdhah di sini Menerusi hantaran dikongsikan di meda sosial Marsha kelihata...
Pesanan Guru Bersara Buat Ibu Bapa Jangan Biar Anak Hanyut Dalam Dunia Sendiri

Pesanan Guru Bersara Buat Ibu Bapa Jangan Biar Anak Hanyut Dalam Dunia Sendiri

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 167 hits
Pesanan guru bersara buat ibu bapa jangan biar anak hanyut dalam dunia sendiri Mendidik anak anak bukan sekadar memastikan mereka membesar dengan sihat dan cukup makan tetapi juga membentuk mereka menjadi individu yang berakhlak berilmu dan...
Jadual Harian Suri Rumah Bekerja Sendiri Cara Urus Masa Dengan Efektif

Jadual Harian Suri Rumah Bekerja Sendiri Cara Urus Masa Dengan Efektif

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 146 hits
Bismillah Menjadi seorang suri rumah yang bekerja sendiri memang mencabar Kena uruskan rumah anak anak dan dalam masa yang sama jalankan bisnes atau kerja freelance Kalau tak ada jadual yang jelas boleh jadi serabut dan akhirnya semua kerja...
Menteri Ekonomi Terlalu Obses Lupa Portfolio Diri Sendiri

Menteri Ekonomi Terlalu Obses Lupa Portfolio Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 184 hits
harakahdaily netFebruary 16 2025KUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menegaskan bahawa kewujudan sekolah vernakular menjadi punca perpecahan kaum dan meminggirkan Bahasa Kebangsaan di negara ini Ketua Penerangan PERKASA Irwan Fa...
Cara Ruqyah Diri Sendiri

Cara Ruqyah Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 184 hits
Kebelakangan ini banyak yang bertanya tentang cara ruqyah diri sendiri Saya cadangkan untuk membaca doa yang Nabi ajarkan Letak tangan di tempat yang rasa sakit sambil baca bismillah sebanyak 3 kali Kemudian baca juga doa yang Nabi ajarkan ...
7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

Elderly Support Building A Caring Future Today

Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Tak Terjangka

Rabu Tanpa Kata

Nafizah Air Mata Rindu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Lwn Cape Verde 29 02 2025

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia Ke 27 Ppim 29 05 2025

Kaki Langit Toboh

Singgah Sebentar Bergambar Di Empangan Teluk Bahang

Mencari Cat Beach Sanctuary Tak Jumpa