Jadual Harian Suri Rumah Bekerja Sendiri Cara Urus Masa Dengan Efektif


 Bismillah. Menjadi seorang suri rumah yang bekerja sendiri memang mencabar. Kena uruskan rumah, anak-anak, dan dalam masa yang sama jalankan bisnes atau kerja freelance. Kalau tak ada jadual yang jelas, boleh jadi serabut dan akhirnya semua kerja tergendala. Jadi, penting untuk urus masa dengan bijak supaya semuanya lebih tersusun dan kita pun tak cepat penat!
Simple dan serabut. Perlu ada meja untuk kita uruskan kerja seharian, saya suka ada area tersendiri berbanding membuat kerja di merata tempat.Saya sudah menjadi suri rumah sepenuh masa sambil berniaga sejak tahun 2017, selepas tamat pengajian di peringkat Sarjana. Ketika ini, saya sudah mempunyai empat orang anak perempuan yang sangat rapat dan apabila memikirkan kos perbelanjaan pengasuh yang tinggi, ianya agak tidak berbaloi untuk saya sambung bekerja di luar.
Antara faktor yang diambil kita adalah:

Kos yuran taska 4 orang anakKos minyakKos makan di luarKomitmen hutang bulananDikira semula dengan gaji yang bakal diterima, akhirnya saya mencuba peluang berniaga dari rumah dengan mengerjakan apa yang boleh dilakukan insya Allah. 
Saya mulakan dengan minat terhadap produk, jika anda suka skincare, anda cari produk yang anda sendiri boleh pakai dan amalkan. Harganya carilah yang tidak terlalu mahal, dan tidak terlalu murah. Kos untung menentukan kerja keras anda semua

Adakah anda ingin pegang stok atau biarkan pihak HQ atau stokis yang uruskan juga memainkan peranan penting

Semua ini diambil kira. Memegang stok bermaksud anda perlu bersedia berkhidmat secara COD, dan tidak culas dalam menghabiskan stok anda setiap bulan. Jika anda culas, anda mungkin akan menyimpan sahaja stok tersebut di bawah katil dan akhirnya kerugian

Bisnes adalah tanggungjawab besar, dengan modal yang telah anda laburkan

Sedikit sebanyak saya kongsikan pengalaman saya ya

Seperti saya kongsikan, rutin harian seorang suri rumah dan bekerja sendiri adalah sangat padat. Andalah peniaga, ibu, pengasuh, tukang masak, tukang kemas rumah, serba serbi itu anda seoranglah yang melakukannya. Ia memerlukan daya motivasi yang tinggi untuk bergerak setiap hari melakukan kerja dan mencari sumber pendapatan. 
Memenatkan fizikal dan emosi, ya, terutamanya jika anak-anak anda masih kecil, tantrum dan memerlukan perhatian anda setiap masa. Ada ibu-ibu yang ke mana sahaja dibawa anak kecil ini setiap kali COD. Anak tidur di dalam kereta hampir setiap masa, ada juga yang naik motor untuk COD kerana mahu jimat kos minyak

Jadual? Apakah penting? Ya dan mungkin tidak, namun dengan adanya rutin sebagai tabiat, anda tidak stress dan anda boleh blok waktu tersebut melakukan kerja anda, sama ada kerja rumah atau kerja bisnes

Kenapa Jadual Itu Penting?
✅ Bantu kita elak stres sebab semuanya dah dirancang.
✅ Boleh seimbangkan antara keluarga, kerja, dan masa untuk diri sendiri.
✅ Lebih fokus dan produktif dalam mengurus rumah serta bisnes.
✅ Tak lagi rasa bersalah sebab dapat beri perhatian kepada semua perkara dengan adil.
Contoh Jadual Harian Seorang Suri Rumah Bekerja SendiriSetiap orang ada rutin yang berbeza, tapi ini contoh jadual yang boleh dijadikan panduan, saya sendiri menggunakan jadual yang agak sama dengan contoh jadual harian ini:
⏰ 5:00 - 7:00 pagi – Bangun awal, solat Subuh, baca Quran, dan sedikit masa untuk diri sendiri (berzikir atau baca buku ringan). - anda dapat bangun menunaikan tahajud insya Allah dan lebih masa menguruskan anak-anak jika anak-anak sudah bersekolah.
⏰ 7:00 - 9:00 pagi – Siapkan breakfast suami, pakaian, mengemas rumah, siram pokok dan mengemas luar rumah.
⏰ 9:00 - 12:00 pagi – Fokus pada kerja atau bisnes. Contohnya, update stok, packing barang, buat content marketing, atau urus pelanggan.
⏰ 12:00 - 2:30 tengah hari – Ambil anak-anak dari sekolah, masak, kemas, sidai baju, atau buat kerja rumah yang perlu. Waktu ini juga rehat dan solat. Sekolah petang (KAFA) pula.
⏰ 2:30 - 4:00 petang – Sambung kerja atau fokus pada pemasaran online seperti update media sosial atau jawab mesej pelanggan.
⏰ 4:00 - 7:00 petang – Masak petang, ambil anak dari sekolah petang, aktiviti petang dan makan malam. Kami biasanya makan malam paling awal jam 6 petang atau sebelum Maghrib. Jadi malam sudah tiada sesi makan berat atau memasak.
⏰ 7:00 - 10:00 malam – Solat Maghrib, mengaji dan belajar. Solat Isyak selepas mengajar anak-anak, adakalanya sehingga jam 10.00 malam.
Rupanya dengan menulis apakah aktiviti di sekeping kertas mampu mengubah persepsi anak-anak, mereka lebih comply dengan penanda kertas ini berbanding disuruh. Alas meja juga memainkan peranan, apabila alas meja ini diletakkan di atas meja, anak-anak sedia maklum sesi mengaji atau belajar bakal dijalankan.
Meja makan berfungsi sebagai meja mengaji dan belajar. Sebelum ini, kami mengaji di ruang tamu, tetapi ada televisyen membuatkan anak-anak tidak keruan. Mahu menonton TV itu lebih kuat dari keinginan untuk mengaji atau belajar. Dengan cara baru, anak-anak saya lihat lebih fokus dan tidak fikirkan lagi tentang mahu menonton TV, alhamdulillah
⏰ 10:00 - 12:00 malam – Tidurkan anak-anak, sambung kerja jika perlu. 
Tips Urus Masa dengan Bijak
Setiap orang mempunyai cara tersendiri, namun bagi saya walaupun malas, saya tetap cuba menulis apakah tindakan selanjutnya. Apakah task yang perlu dilaksanakan segera, atau kemudian. Yang mana perlu diuruskan segera atau boleh ditangguh. Dengan cara ini, kita tidak akan serabut dan akhirnya tidak tahu yang mana satu perlu diuruskan terlebih dahulu.
Saya gunakan excel juga sebagai to do list, terus pin di taskbar untuk memudahkan urusan. Saya tetap juga menggunakan widget di handphone. Terpulang kepada anda cara menguruskan, yang penting setiap tugasan ini terlaksana.

📌 Buat To-Do List – Tulis tugas penting supaya tak lupa.
📌 Tetapkan Prioriti – Fokus pada perkara utama dulu supaya lebih efisien.
📌 Jangan Multi-tasking Berlebihan – Fokus satu kerja pada satu masa supaya hasil lebih baik.
📌 Ambil Masa untuk Rehat – Jangan paksa diri, kalau penat, rehat dulu!
📌 Ajak Anak & Suami Bantu – Latih anak-anak bantu kerja rumah supaya kita tak buat semua sendiri.
KesimpulanSebagai suri rumah yang bekerja sendiri, kita perlu bijak urus masa supaya semua perkara berjalan lancar. Kadang-kadang ada hari yang tak seperti dirancang, tapi yang penting kita fleksibel dan tak mudah stres. Yang penting, jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri juga! 
Macam mana dengan rutin harian anda? Jom kongsi pengalaman di ruangan komen! 
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/02/blog-post_17.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Efektif Menghemat Listrik Saat Menggunakan Internet Di Rumah

Cara Efektif Menghemat Listrik Saat Menggunakan Internet Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 104 hits
Internet hemat listrik adalah solusi bagi rumah tangga modern yang ingin tetap terkoneksi tanpa meningkatkan konsumsi energi Dengan semakin tingginya ketergantungan pada internet untuk berbagai keperluan dari hiburan hingga pekerjaan pentin...
Balik Kerja Rumah Sudah Kemas Sendiri Tak Perlu Sapu Tak Perlu Mop Biar Robot Yang Urus

Balik Kerja Rumah Sudah Kemas Sendiri Tak Perlu Sapu Tak Perlu Mop Biar Robot Yang Urus

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 117 hits
Balik kerja rumah dah kemas sendiri Tak payah sapu tak payah mop biar robot vakum ni buat kerja Kotoran licin hilang lantai bersih berkilat Ada app kawal dari jauh makin senang hidup Dah ready nak hidup tanpa stress Klik sini https s shopee...
Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Di Rumah

Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 66 hits
Hi Pertama sekali tips adalah untuk membantu ibu ibu surirumah mahupun yang bekerjaya untuk mengajar anak anak membaca bahasa Inggeris sendiri di rumah Maklumlah kerana PKP bukan mudah para guru nak mengajar membaca secara dalam talian wala...
Cara Ruqyah Diri Sendiri

Cara Ruqyah Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 84 hits
Kebelakangan ini banyak yang bertanya tentang cara ruqyah diri sendiri Saya cadangkan untuk membaca doa yang Nabi ajarkan Letak tangan di tempat yang rasa sakit sambil baca bismillah sebanyak 3 kali Kemudian baca juga doa yang Nabi ajarkan ...
Penat Urus Rumah Anak Isteri Luah Perasaan Deep Respon Suami

Penat Urus Rumah Anak Isteri Luah Perasaan Deep Respon Suami

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 115 hits
Dalam kehidupan rumah tangga sokongan dan kata kata penghargaan daripada pasangan boleh menjadi ubat yang paling mujarab Seorang isteri yang seharian menguruskan anak anak kecil di rumah pastinya melalui cabaran yang tidak sedikit letih pen...
Anak Bukan Tuan Di Rumah Didik Kemas Seawal 4 Tahun Cara Psikologi

Anak Bukan Tuan Di Rumah Didik Kemas Seawal 4 Tahun Cara Psikologi

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 98 hits
Membentuk disiplin anak sejak usia kecil bukan sekadar dengan teguran atau hukuman tetapi melalui pendekatan psikologi yang betul Salah satu cara adalah dengan mengajar mereka mengemas rumah seawal usia empat tahun bukannya membiarkan merek...
Antara Berbuka Puasa Di Rumah Atau Di Luar Harian Metro 16 02 2025

Antara Berbuka Puasa Di Rumah Atau Di Luar Harian Metro 16 02 2025

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 72 hits
Kuala Lumpur Harga juadah dan pakej berbuka puasa yang dijangka meningkat pada Ramadan ini mendorong orang ramai memilih untuk berbuka puasa di rumah Penjawat awam Mohd Ikhwan Usop 37 berkata dia memilih untuk berbuka puasa di rumah atau ma...
Esekolah Jais Fungsi Cara Daftar Permohonan Sekolah

Esekolah Jais Fungsi Cara Daftar Permohonan Sekolah

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 66 hits
eSekolah adalah sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah yang diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk memudahkan urusan berkaitan pendidikan Islam di negeri Selangor Sistem ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan seko...
Kemahiran Proses Sains Jenis Kepentingan Cara Aplikasi

Kemahiran Proses Sains Jenis Kepentingan Cara Aplikasi

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 114 hits
Kemahiran proses sains merujuk kepada kemahiran asas yang diperlukan untuk memahami meneroka dan menjalankan penyelidikan saintifik Ia melibatkan pelbagai aspek seperti pemerhatian membuat inferens mengelas meramal mengukur dan menginterpre...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia