Menteri Ekonomi Terlalu Obses Lupa Portfolio Diri Sendiri


harakahdaily.net
February 16, 2025

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menegaskan bahawa kewujudan sekolah vernakular menjadi punca perpecahan kaum dan meminggirkan Bahasa Kebangsaan di negara ini.

Ketua Penerangan PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, sekolah vernakular menjadi penyebab utama segelintir rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu walaupun lahir di negara ini.

Beliau turut mengkritik kenyataan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa sekolah vernakular menggalakkan persaingan sihat antara sekolah.

“Tanggapan Rafizi yang mengatakan wujud galakan persaingan sihat adalah kurang tepat kerana ia akan memecahkan sempadan perpaduan kaum di negara ini apabila wujudnya sekolah vernakular,” katanya kepada Harakahdaily, tadi.

Justeru, PERKASA menyarankan agar Rafizi melihat keadaan kehidupan seharian rakyat di Indonesia yang berbilang kaum tetapi bertutur dengan menggunakan bahasa ibunda negara Indonesia.

“Walaupun kita lihat mereka datang dari pelbagai etnik dan bangsa berlainan yang ada di Indonesia dan cuba kita bandingkan dengan segelintir rakyat di negara ini yang tidak fasih berbahasa Melayu.

“Ia akibat tembok sempadan yang dibina oleh sekolah vernakular ini. (Sedangkan) Sekolah vernakular tidak pernah wujud di Indonesia, Jepun, Korea, China dan Eropah.

“Tetapi di Malaysia bukan sahaja wujud sekolah vernakular, bahkan peruntukan untuk sekolah vernakular ditambah setiap tahun oleh kerajaan sehingga sekolah kebangsaan ada juga yang daif seperti di pedalaman luar bandar,” katanya.

Oleh demikian, PERKASA turut menggesa Rafizi agar fokus kepada kementeriannya yang lebih memerlukan perhatian seorang Menteri dalam mengukuhkan ekonomi di negara ini.

“Saya merasakan bahawa Menteri Ekonomi terlalu obses sehinggakan terlupa portfolio yang disandangnya dengan mengulas lebih lanjut yang sepatutnya diulas oleh Menteri Pendidikan,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan pendirian mereka untuk mendesak sistem sekolah satu aliran dilaksanakan demi menjaga kepentingan Bahasa Kebangsaan serta memperkukuh perpaduan nasional.

Terdahulu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, berpandangan kewujudan sekolah vernakular memberi impak positif, khususnya menggalakkan persaingan sihat antara semua jenis sekolah di negara ini.

Tambah Rafizi, persepsi yang mengaitkan sekolah jenis kebangsaan (SJK) tidak baik untuk negara, adalah tidak benar sama sekali.
 – HARAKAHDAILY 16/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/menteri-ekonomi-terlalu-obses-lupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hakim Hakim Yang Pernah Memalukan Negara Diri Sendiri Keluarga Dan Rakan Hakim

Hakim Hakim Yang Pernah Memalukan Negara Diri Sendiri Keluarga Dan Rakan Hakim

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 122 hits
Tarmizi Mohd JamHari ini pada 2015 Ku simpan di sini untuk ku fahami erti perjuangan Ucapan akhir DS Anwar Ibrahim di hadapan 5 Hakim 1 Arifin Zakaria2 Abdul Hamid Embong3 Md Raus Sharif4 Suriyadi Halim Omar 5 Ramly AliSaya kekal dengan pen...
Cara Ruqyah Diri Sendiri

Cara Ruqyah Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 162 hits
Kebelakangan ini banyak yang bertanya tentang cara ruqyah diri sendiri Saya cadangkan untuk membaca doa yang Nabi ajarkan Letak tangan di tempat yang rasa sakit sambil baca bismillah sebanyak 3 kali Kemudian baca juga doa yang Nabi ajarkan ...
Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 116 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli parlimen blok kerajaan hari ini mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecahkan kepada dua Chow Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepad...
Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 151 hits
Malaysiakini nbsp Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob 65 dikejarkan ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri awal pagi tadi Saluran berita 8TV memetik setiausaha akhbar Ismail yang tidak dinamakan yang berkongsi perkara itu De...
Pmx Menerima Kunjungan Menteri Kewangan Dan Ekonomi Bahrain Shaikh Salman Bin Khalifa Al Khalifa

Pmx Menerima Kunjungan Menteri Kewangan Dan Ekonomi Bahrain Shaikh Salman Bin Khalifa Al Khalifa

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 146 hits
Menerima kunjungan Menteri Kewangan dan Ekonomi Bahrain Shaikh Salman Bin Khalifa Al Khalifa Pertemuan kami berkisar terkait kerjasama ekonomi dan kewangan antara kedua dua negara yang perlu diperkukuh termasuk mata wang kripto dan platform...
Foto Tweet Lama Priyanka Chopra Tentang Srk Kembali Viral Saya Terlalu Setia

Foto Tweet Lama Priyanka Chopra Tentang Srk Kembali Viral Saya Terlalu Setia

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 113 hits
Shah Rukh Khan pernah dikaitkan dengan Priyanka Chopra semasa penggambaran Don 2 pada tahun 2011 dengan khabar angin bahawa mereka telah menjalinkan hubungan sulit Walaupun SRK menafikan dakwaan itu dan memanggilnya sebagai rakan baiknya ki...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My