Bantuan Tunai Ph Macam Umpan Terdesak
Ramieza Wahid
TINJAUAN | Keluhan demi keluhan kedengaran selepas kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan khas buat pelajar, ibu tunggal dan orang bujang baru-baru ini.
Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng bantuan tersebut yang bernilai RM100 seorang akan mula disalurkan kepada pihak yang berhak pada akhir Mac ini.
Bantuan yang diumumkan itu membabitkan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) masing-masing berjumlah RM100.
Bagaimanapun reaksi yang diberikan sesetengah masyarakat tidak menggambarkan kegembiraan yang diharapkan kerajaan.
“Malaysia sekarang semua barang mahal, duit RM100 mana cukup,” demikian rintihan seorang ibu tunggal Sindamariayee Muniandy, 59.
“Sampai bila saya nak minta duit pada anak saya? Dia sendiri hidup susah nak sara keluarga dia,” katanya kepada Malaysiakini.
Penjual bunga itu berkata, proses pengambilan BSH itu juga bakal menjadi rumit kerana disertakan syarat dianggapnya menyusahkan.
Senaskhah buku pun tak cukupKata Sindamariayee, biasanya apabila dia pergi meminta bantuan pihak yang berkenaan akan membangkitkan isu dia masih ada kudrat untuk bekerja.
"Syarat yang ditetapkan juga mengelirukan," katanya.
Sindamariayee Menurut kerajaan BPPT dan BSH itu melibatkan peruntukan bernilai jutaan ringgit dan bakal memanfaatkan ramai pelajar, orang bujang serta ibu tunggal.
Peniaga cendol yang hanya mahu dikenali sebagai Burhanuddin, 50-an, berkata pemberian bantuan bernilai RM100 itu dianggap tidak berbaloi.
“Setakat duit RM100 ni, kita bagi budak kecil pun boleh habis sehari, ini kan pula orang bujang.
"Keputusan memberi bantuan sebegini sangat tak relevan," katanya
Gambar fail Auni Diyana, 34, yang kini menyiapkan ijazah doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia pula berkata jumlah RM100 memang membebankan berbanding bantuan yang diterima - sebanyak RM250 - sebelum ini.
“Dulu, duit tu saya boleh gunakan untuk beli buku saya, tapi sekarang nak beli satu buku pun tak cukup," katanya.
PH kelam-kabutTambah Auni Diyana, sepatutnya kerajaan PH boleh menambah baik nilai bantuan yang diberikan supaya lebih tinggi berbanding apa yang diberi BN sebelum ini.
“Saya harap kerajaan PH berfikiran lebih realistik dengan pemberian wang, bukan sekadar asal boleh saja," katanya.
Ditanya sama ada pengumuman berkenaan dibuat ada kaitan dengan PRK Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini, beberapa orang yang ditemui Malaysiakini tidak menolak kemungkinan tersebut.
Muhammad FauzanPenuntut Universiti Teknologi Mara, Muhammad Fauzan Mohd Din, 23, berkata sebelum ini memang jelas kerajaan memansuhkan bantuan untuk orang bujang dan pelajar.
“Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba ada semula peruntukan untuk para pelajar dan orang bujang tentu ada apa-apa maksud.
"Sepatutnya pengumuman bantuan ini boleh saja dibuat sebelum kempen PRK,” katanya.
Fadhil Abdullah, 62, pula berkata PH sekarang dilihat berada dalam keadaan kelam-kabut
Justeru katanya dia berasakan bantuan sebegitu sekadar umpan daripada kerajaan untuk memancing undi orang muda terutama menjelang PRK Semenyih.
"Perkara sebegini sudah banyak dilakukan sewaktu zaman BN dulu, dan sekarang PH buat perkara sama,” katanya yang turut akan mengundi pada PRK Semenyih Sabtu ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/bantuan-tunai-ph-macam-umpan-terdesak.html