Bantuan Sara Diri Kecemasan Perak Permohonan Rm700 Rm300 1000 Untuk Mahasiswa Anak Perak 2021


BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK :PERMOHONAN RM700/RM300-1000 UNTUK MAHASISWA ANAK PERAK 2021

Kepada mahasiswa anak Perak,anda boleh mohon Bantuan Sara Diri & Kecemasan Perak jika layak.
Kerajaan Negeri Perak memberi bantuan ini bagi  meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.
Ia juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.
APA ITU BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK?
Bantuan Sara Diri ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Bantuan ini juga diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.
APA ITU BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK?
Bantuan Kecemasan ialah bantuan yang diberikan sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah.
Antara contoh-contoh bencana atau musibah tersebut ialah:
Kemalangan Kebakaran Kematian ibu/bapa/penjaga Kecurian Bencana alam Penyakit Kronik Bantuan ini disalurkan melalui Yayasan Perak dan permohonan bagi kedua-dua bantuan ini dibuka sepanjang tahun.
KADAR  BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK
Berikut adalah kadar bantuan bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Perak adalah seperti berikut:
Bantuan Sara Diri – RM700 setahun. Bantuan Kecemasan – RM300-RM1000 (mengikut kepada bencana atau musibah). TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK
Bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MAHASISWA PERAK
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK
Berikut adalah syarat kelayakan bagi Bantuan Sara Diri:
Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau; b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau; c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. d) Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak. Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
MAKLUMAN PENTING
Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini. Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon. Ibu dan bapa keluarga pemohon mestilah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan biasiswa pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan. Pemberian akan diberikan sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK
Berikut adalah syarat kelayakan bagi Bantuan Kecemasan,:
Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau; b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau; c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. d) Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak. MAKLUMAN PENTING
Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini. Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon. Pemohon perlu menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk laporan polis, laporan perubatan atau pengesahan oleh pemimpin tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga/Pengerusi MPKK/Penghulu/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN). Pemohon perlu menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian. DOKUMEN DIPERLUKAN
Bagi pemohon yang ingin memohon kedua-dua bantuan ini, pemohon perlu menyertakan beberapa dokumen seperti:
Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak. Salinan kad pelajar pemohon. Salinan penyata akaun bank pelajar. Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan). Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja). Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja). Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan. Sokongan/perakuan/pengesahan borang permohoan:
a) Pihak yang boleh memberi sokongan ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon. b) Pihak yang boleh membuat perakuan ialah ADUN/Penyelaras DUN/Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja). c) Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN. CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE/BORANG
Jika anda layak,boleh mohon melalui dua cara iaitu:
PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE
Bagi Bantuan Sara Diri Mahasiswa Anak Perak,klik DISINI untuk buat permohonan secara online
Bagi Bantuan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak,klik DISINI untuk buat permohonan secara online
PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK BORANG
Permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK
Sila klik disini untuk muat turun borang
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda berminat,boleh dapatkan maklumat lanjut di pejabat Yayasan Perak di alamat:
Yayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111 Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.
Sila hubungi  pihak Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau melayari laman web http://yayasanperak.gov.my/v5/
The post BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK :PERMOHONAN RM700/RM300-1000 UNTUK MAHASISWA ANAK PERAK 2021 appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/bantuan-sara-diri-kecemasan-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak Cara Borang Permohonan

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak Cara Borang Permohonan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 312 hits
TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK CARA BORANG PERMOHONAN APA ITU TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai...
Pinjaman Tabung Usahawan Perak 2021 Permohonan Online

Pinjaman Tabung Usahawan Perak 2021 Permohonan Online

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 424 hits
Pinjaman Tabung Usahawan Perak Anda memerlukan dana untuk mengembangkan perniagaan Pinjaman Perniagaan Tabung Usahawan Perak kini dibuka khas untuk usahawan usahawan yang memerlukan Apa syarat kelayakan pinjaman perniagaan ini Apakah jenis ...
Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir

Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 403 hits
Pelakon Mona Allen mengakui dia sering kali diajukan dengan soalan mengenai bilakah akan menimang cahaya mata namun bagi dirinya dia masih belum terfikir untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini View this post on InstagramAdvertisementMo...
Tarikh Tutup Permohonan Upuonline Dilanjutkan Sehingga 7 April 2021

Tarikh Tutup Permohonan Upuonline Dilanjutkan Sehingga 7 April 2021

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 525 hits
Kementerian Pengajian Tinggi baru baru ini bersetuju dimana permohonan UPUOnline dilanjutkan sehingga 7 April 2021 jam 5 00 petang bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Awam Tinggi dan Institusi Latihan Kemahiran Awam sesi akademik 2021 20...
Semakan Bantuan Risda 2021

Semakan Bantuan Risda 2021

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 643 hits
SEMAKAN BANTUAN RISDA 2021 Industri getah adalah antara sumber pendapatan negara Pelbagai produk menggunapakai getah untuk barangan dan produk mereka Tetapi hari ini industri getah semakin mencabar ekoran harga getah terus merudum turun Hal...
Permohonan Bantuan Mykasih Kapital Dibuka

Permohonan Bantuan Mykasih Kapital Dibuka

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 418 hits
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat memaklumkan Program Bantuan MyKasih Kapital kini sudah dibuka untuk permohonan Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata permohonan boleh dibuat melalui pautan yang terdapat di laman Fac...
5585 Program Bantuan Anjuran Watim Laman Santai Selebriti Cabin 8 Channel Tivitiwi 16 04 2021

5585 Program Bantuan Anjuran Watim Laman Santai Selebriti Cabin 8 Channel Tivitiwi 16 04 2021

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 391 hits
Berita Semasa 09hb April 2021 Kelab KUWAT WATIM menganjurkan Program bantuan sempena PKP yang mana PPIM Sumbangan com adalah penyumbang utama Antara yang terlibat adalah selebriti kumpulan rock Dj Radio dan pelakon Lokasi Laman santai seleb...
Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik 2021 Cara Permohonan Borang Semakan Kelayakan

Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik 2021 Cara Permohonan Borang Semakan Kelayakan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 554 hits
BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021 CARA PERMOHONAN BORANG SEMAKAN KELAYAKAN Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia daripada Negeri Kelantan yang ingin memohon penajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian T...
Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka Rupanya Anak Order Mainan Sampai Rm700

Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka Rupanya Anak Order Mainan Sampai Rm700

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 464 hits
Patutlah setiap kali barang yang saya order sampai dia nak buka cakap barang dia rupanya ada yang dia nantikan tanpa pengetahuan kami suami isteri Tak sangka anak berusia 4 tahun membuat pesanan barang permainan melalui online tanpa pengeta...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025