Bantuan Prihatin Nasional 2 0 Dah Masuk Jangan Sesekali Educated People Supaya Tidak Perlu Belajar
Salam to all readers,
Harini genap seminggu aku bekerja dari rumah. Memandangkan kes Covic-19 hari-hari meningkat, jadi boss aku galakkan duduk di rumah(terutamanya yang naik public transport). Ada juga yang kena masuk office, tapi tak ramailah. Hopefully korang semua sihat dan masih mengikut SOP. Dah suruh duduk rumah jangan mula merayap keluar. Covic-19 ini pun kita tak tahu bila akan surut. Sama-sama berdoa supaya ianya nyah dari muka bumi.
Korang dah check bank akaun ke tu? Alhamdulillah duit BPN 2.0 dah terima. Esok bolehlah beli barang dapur sikit. Nak keluar malas, nak order duit habis. So belilah jelah lauk basah masak sendiri, jimat pun jimat.
Bagi mereka nak check kelayan BPN 2.0 boleh semak di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx
(hanya perlu masukkan no NRIC sahaja)
Baru-baru aku ada terbaca 1 posting dari saudara Hafiz Mahamad pengasas kecantikan berkenaan posting dia tidak lulus SPM namun masih boleh berjaya dan isterinya menyokongnya. Aku tak pakai produk dia, aku suka melihat posting-posting dia sebelum ini berkenaan sedekah, keyakinan diri, confident, rajin tolong orang. Tang tu memang aku tak nafikan dia memang rajin dan aku sukalah dia punya posting macam tu.
But once dia upload posting berkenaan SPM tak lulus (dan rata-rata subjek mostly E) dan menyatakan jangan risau SPM bukan segala-galanya. Seolah-olah dia menyeru budak-budak takyah belajar.
For me, tak perlu post benda macam ini. Setiap orang rezeki lain-lain, ada orang tak belajar tinggi tapi peluang dia ke arah menjual barang, ada orang kena belajar tinggi-tinggi baru boleh dapat kerja dan tak semua orang boleh menjual barang. Dimana dia boleh buat kerja back end sahaja, setup website, buat flyer, bunting. Bab berdepan dengan orang dia tak pandai. Seperti aku contoh terdekat.
Ada orang diberi anugerah untuk merawat orang, ada setengah diberi akal untuk mendidik anak bangsa. Setiap orang lain rezeki dia. Bila buat posting PUBLIC dan ramai pengikut kau seolah-olah menyeru adik-adik yang masih dibangku seolah tak perlu belajar. SPM tak penting mana pun, isteri aku pun terima aku seadanya sanggup merentasi lautan api gitu. Yang ianya sebab kau ada rupa, macam-macam suprise kau boleh bagi, sudah semestinyalah dia accept.
Sekian bebelan aku. Sebelum terlupa, pada mereka yang nak buat duit lebih waktu-waktu pandemik ini bolehlah sign up akaun Ishare. Tak tahu nak mendaftar boleh klik ini untuk info lanjut;
CARA BUAT DUIT DENGAN ISHARE
Thank you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2020/10/bantuan-prihatin-nasional-20-dah-masuk.html