Bantuan Muhyiddin Salah Dari Segi Undang Undang




Pada 26.03.2020, sepucuk surat makluman yang ditandatangani oleh HAMZAH ZAINUDDIN, Setiausaha Agung Parti BERSATU, yang mana pelantikannya adalah dipertikaikan, telah tertular di media sosial, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan berhubung kesahihan kandungan surat makluman itu dari sudut Perlembagaan Parti BERSATU.2. Di dalam penulisan ini, saya tidak berhasrat untuk membincangkan isu kesahihan lantikan HAMZAH ZAINUDDIN itu, yang mana telah saya pertikaikan di Siri : 2016 dan 2017, dan seterusnya melalui Siri : 2022 saya telah sarankan agar “status quo” kedudukan pucuk pimpinan Parti BERSATU dikekalkan sehingga selesai Pemilihan Parti BERSATU, yang dijangka pada pertengahan tahun 2020, kelak.3. Tujuan utama tulisan saya di sini adalah berkaitan PERSOALAN:-“Adakah bantuan kewangan RM4 ribu setiap Bahagian BERSATU untuk diagihkan kepada Ahli-Ahli Bahagian, satu perlanggaran FASAL 24 Perlembagaan Parti BERSATU ??!!”4. Tanpa mengambil pihak, dan melalui penelitian objektif akan kandungan SURAT MAKLUMAN 26.03.2020 itu, ianya akan menunjukkan bahawa :(a) Perenggan 2, Baris 4, berbunyi :“Di dalam menyantuni ahli-ahli parti yang terjejas dan memerlukan bantuan segera, YAB PRESIDEN PARTI BERBESAR HATI UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN kepada setiap Bahagian untuk disampaikan kepada ahli-ahli terjejas di dalam Bahagian masing-masing.”(b) Daripada bacaan objektif di atas, saya berpendapat bahawa DANA yang ingin disalurkan untuk bantuan ahli-ahli Parti BERSATU yang terjejas adalah DANA PRESIDEN secara peribadi, dan bukannya DANA PARTI !(c) Ianya adalah teramat penting untuk meneliti dan mengesahkan perkara dan fakta berhubung DANA ini, kerana sekiranya ianya adalah DANA PRESIDEN dan bukannya DANA PARTI maka isu berkaitan perlanggaran FASAL 24 Perlembagaan Parti BERSATU, secara khususnya FASAL 24.8, besar kemungkinan TIDAK TERCETUS, di mana ianya berbunyi :“FASAL 24.8. : QPerbelanjaan yang melebihi Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM500,000.00) pada satu-satu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Majlis Pimpinan Tertinggi.”(d) Sememangnya, dan sekiranya ianya adalah DANA PARTI yang ingin diagihkan melalui SURAT MAKLUMAN 26.03.2020 itu, maka ianya akan tertakluk kepada FASAL 24.8 yang dirujuk di atas, dan tanpa keupayaan untuk memanggil dan mengadakan mana-mana Mesyuarat Majlis Pimpinan Teringgi disebabkan Arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh 16.03.2020 yang melarang mana-mana perjumpaan, persidangan ataupun Mesyuarat Parti daripada diadakan sehingga 30.06.2020, maka ianya akan menjadi satu PERLANGGARAN Perlembagaan Parti BERSATU, jika DANA PARTI diagihkan tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.5. Justeru, mungkin ada baiknya agar Bendahari Parti BERSATU (dan BUKANNYA Setiausaha Agung HAMZAH ZAINUDDIN yang dipertikaikan pelantikannya) dapat memberi penjelasan berkaitan sumber DANA yang dirujuk dalam Perenggan 2 SURAT MAKLUMAN 26.03.2020, agar kekeliruan dan kecelaruan yang ditampilkan berkaitan kesahihan pengagihan DANA ini, pada masa ianya sememangnya diperlukan oleh Ahli-Ahli Parti BERSATU tatkala di musim PKP ini, dapat diselesaikan dengan cara baik dan tuntas, dan berpandukan Perlembagaan Parti BERSATU sebaiknya.6. Begitu juga, sumber DANA PRESIDEN yang dihasratkan untuk diagihkan itu juga dapat dimaklumkan akan puncanya, supaya ianya juga tidak menimbulkan apa-apa persoalan lanjut memandangkan ianya adalah berjumlah lebih daripada Ringgit Malaysia 500,000.00.7. Bebas daripada kesemua di atas, ada baiknya juga HAMZAH ZAINUDDIN, yang dipertikaikan pelantikannya, dapat terlebih dahulu mempelajari susunan ayat dan bahasa yang betul agar tidak menampilkan apa-apa persoalan berkaitan kesahihan kandungan akan SURAT MAKLUMAN lanjut, walaupun yang sebaiknya adalah untuk HAMZAH ZAINUDDIN secara sukarela menawarkan diri untuk mengekalkan “status quo” kedudukan kesemua pucuk pimpinan Parti BERSATU, termasuk dan tidak terhad kepada kedudukan Setiausaha Agung yang sah, MARZUKI YAHYA, sehingga selesainya Pemilihan Parti BERSATU di pertengahan tahun 2020 kelak.HANIF KHATRI ABDULLAPeguam Bersatu27 Mac 2020.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/bantuan-muhyiddin-salah-dari-segi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Bantuan Rm 4000 Muhyiddin Langgar Perlembagaan Bersatu

Beri Bantuan Rm 4000 Muhyiddin Langgar Perlembagaan Bersatu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 289 hits
1 Pada 26 03 2020 sepucuk surat makluman yang ditandatangani oleh HAMZAH ZAINUDDIN Setiausaha Agung Parti BERSATU yang mana pelantikannya adalah dipertikaikan telah tertular di media sosial yang telah menimbulkan pelbagai persoalan berhubun...
Muhyiddin Yassin And The Runaway Train

Muhyiddin Yassin And The Runaway Train

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 327 hits
Religion as it is practised in Malaysia is soul destroying If a woman were to discover a cure for coronavirus many Malay Muslims in Malaysia would probably say Mana tudung Apa tak pakai tudung Berdosa If I were to visit a government jabatan...
Muhyiddin Approves Rm4k Aid For 189 Bersatu Divisions

Muhyiddin Approves Rm4k Aid For 189 Bersatu Divisions

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 278 hits
CORONAVIRUS Bersatu divisions will each be receiving RM4 000 worth of aid to help members affected by the Covid 19 crisis The party has 189 divisions meaning the aid will total RM756 000 The party president is honoured to give aid to each d...
Covid 19 Muhyiddin Expected To Announce Economic Stimulus Package

Covid 19 Muhyiddin Expected To Announce Economic Stimulus Package

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 201 hits
CORONAVIRUS The movement control order which has been extended to April 14 enters its 10th day today and attention will definitely be on the announcement by the government of a more comprehensive economic stimulus package to face the challe...
Kabinet Muhyiddin Gagal Hanya Pantas Pecat Lantikan Politik

Kabinet Muhyiddin Gagal Hanya Pantas Pecat Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 218 hits
ULASAN Apabila Muhyidin mengumumkan senarai anggota kabinetnya yang begitu ramai pada 9 Mac 2020 jelas dia masih kabur apa yang bakal dihadapinya Kabinet itu pasti diputuskan tanpa membuat unjuran kedudukan kewangan kerajaan akibat wabak Co...
Muhyiddin Sah Hamzah Sua Ppbm Baru Ganti Marzuki

Muhyiddin Sah Hamzah Sua Ppbm Baru Ganti Marzuki

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 384 hits
Pelantikan Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung PPB baru disahkan hari ini PETALING JAYA Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengesahkan pelantikan Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung baru parti itu menggantikan Senator Marzuki Yahya ...
Dr M Sokong Muhyiddin Lanjut Perintah Kawalan Pergerakan

Dr M Sokong Muhyiddin Lanjut Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 214 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengalu alukan keputusan penggantinya Muhyiddin Yassin melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April depan dalam mengekang Covid 19 Mahathir berkata tidak dinafikan kep...
Gadis Super Ring Persoal Muhyiddin Jadi Pm8 Adik Syatilla Melvin Buat Hal

Gadis Super Ring Persoal Muhyiddin Jadi Pm8 Adik Syatilla Melvin Buat Hal

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 314 hits
Hi gais kali ini Ohmedia bawakan kepada korang video kompilasi ohtrending sepanjang minggu pertama Mac 2020 Sumber Oh Media
Hamzah Zainuddin Setiausaha Agung Bersatu Yang Baharu Muhyiddin

Hamzah Zainuddin Setiausaha Agung Bersatu Yang Baharu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 217 hits
Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang baharu kata Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata Hamzah dilantik bagi menggantikan Senator Datuk Wira Marzuki Yahya yang tel...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025