Bantuan Khas Rm500 Oku Selangor
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Bantuan Khas RM500 OKU Selangor. Pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor. Bantuan Khas ini akan diberikan secara one-off sebanyak RM 500.00 kepada setiap pemohon yang diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Sasaran sebanyak 1,200 permohonan yang layak.
Objektif Utama Bantuan OKU KITA Selangor 2.0 adalah:
Membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sama ada kehilangan pekerjaan tetap ataupun hilang punca pendapatan (bagi yang berniaga).
Syarat & Kelayakan
Warganegara Malaysia
Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000.00 sahaja
Pemegang Kad OKU JKM Selangor
OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19
Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor, ATAU
Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga
Pelaksanaan Bantuan
Had bantuan bagi setiap pemohon adalah berjumlah RM500.00 bersifat one-off bagi setiap permohonan yang berjaya.
Pembayaran akan dibuat secara terus melalui EFT (Electronic Fund Transfer) ke akaun pemohon yang layak.
Dokumen yang Diperlukan
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)
Salinan slip gaji terakhir.
Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)
Dapatkan “Borang Permohonan, Senarai Semak & Borang Pengesahan Akuan Pendapatan” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download:
BORANG-DAFTAR-BANTUAN-OKU-2021
SENARAI-SEMAK-DOKUMEN-BANTUAN-KHAS
BORANG-PENGESAHAN-AKUAN-PENDAPATAN
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
https://www.anisselangor.com/bantuanOKU
Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
Penghantaran melalui emel di
[email protected] ; ATAU
Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Talian Hotline : 03-5481 8800
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk menerusi portal rasmi Jabatan ANIS (anisselangor.com)
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti Permohonan Pengeluaran i-CITRA Mulai 12 Julai, Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan ataupunBantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40.
Semoga perkongsian Bantuan Khas RM500 OKU Selangor ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkalayakan untuk memohon.
Bantuan Khas RM500 OKU Selangor
Noorazlin Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/07/bantuan-khas-rm500-oku-selangor.html