Ambil Peluang Tarik Syarikat Jepun Keluar Dari China Kata Pakar


Minderjeet KaurJepun mengarahkan syarikatnya yang berpangkalan di China supaya memulakan semula perniagaan mereka ke negara lain susulan pandemik Covid-19. (Gambar AFP) PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengambil peluang menarik pelaburan langsung pertengahan dan tinggi daripada syarikat Jepun yang diarah keluar dari China berikutan pandemic Covid-19.

Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata, syarikat ini akan mencari pangkalan baru untuk memulakan semula perniagaan mereka selepas krisis tersebut berakhir.

“Ia patut dilihat sebagai peluang baik untuk menarik syarikat ini ke negara kita.

“Persaingannya tentu sengit, justeru kita perlu bertindak cepat dan mula berbincang dengan mereka,” kata bekas ketua ekonomi RAM Holdings itu kepada FMT.


Yeah merujuk satu laporan yang menyebut bahawa Jepun memperuntukkan sebanyak AS$2.2 bilion daripada pakej ekonomi negara itu bagi membantu pengilangnya memindahkan pengeluaran mereka dari China, setelah pandemic Covid-19 menggugat rantaian bekalan 2 rakan kongsi perdagangan itu.

Peruntukan itu termasuk AS$2 bilion untuk syarikat berpindah balik ke Jepun dan AS$2.17 bilion untuk syarikat yang mahu berpindah ke negara lain, berdasarkan perincian rancangan itu yang disiarkan secara atas talian, lapor South China Morning Post.

Yeah berkata, syarikat Jepun yang kaya dijangka memindahkan operasi berhampiran dengan pasaran penggunaan mereka.

“Sesetengahnya tidak mahu balik ke Jepun kerana penduduknya yang semakin tua dan kos pengeluaran yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, Putrajaya harus berhati-hati dengan pesaing seperti Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura, dengan menambah bahawa kerajaan harus proaktif dalam memenuhi keperluan syarikat Jepun.

Yeah berkata, langkah utamanya ialah meningkatkan promosi, sekali gus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang ideal.

“Ini mesti diikuti dengan pelaksanaan segera langkah bagi mempermudahkan urusan perniagaan, selain memberi bantuan penuh bagi memastikan mereka boleh memulakan operasi dengan cepat,” katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan mendapatkan sokongan daripada syarikat multinasional Jepun yang sedia beroperasi di negara ini bagi menarik syarikat tersebut supaya memulakan semula perniagaan mereka di sini.

“Kita perlu memanfaatkan hubungan kita dengan MNC ini,” katanya.

Yeah berkata, Malaysia boleh menawarkan insentif seperti pengecualian cukai yang juga ditawarkan oleh negara lain.

Katanya, syarikat asing mementingkan kestabilan politik, kesambungan baik dan tanah, yang boleh ditawarkan oleh Malaysia.

Bagaimanapun katanya, halangan yang wujud ialah kekurangan tenaga pekerja. Oleh sebab itu katanya, Putrajaya harus menyasarkan pelabur pertengahan dan tinggi seperti elektri, elektronik dan peralatan perubatan.

“Kita boleh sediakan kemahiran, tetapi untuk tujuan itu, kita perlu melatih dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan pekerja kita,” katanya.

Pakar ekonomi Mohd Nazari Ismail dari Universiti Malaya berkata, Malaysia harus sedar bahawa terdapat lokasi lain yang lebih menarik dari segi kos iaitu Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Thailand.

“Malah banyak kilang telah berpindah dari Malaysia ke negara tersebut kerana pertimbangan kos,” katanya.

Sebilangan ahli ekonomi meramalkan Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi tahun ini kerana
hampir semua sektor utama ekonomi negara merosot akibat wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pada 3 April Bank Negara menyebut dalam Kajian Ekonomi Kewangan 2019 bahawa ekonomi Malaysia akan mengecut sehingga 2% tahun ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/ambil-peluang-tarik-syarikat-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jepun Memperuntukkan Rm 9 Bilion Kepada Syarikat Tempatan Untuk Memindahkan Pengilangan Dari China

Jepun Memperuntukkan Rm 9 Bilion Kepada Syarikat Tempatan Untuk Memindahkan Pengilangan Dari China

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 191 hits
Apabila wabak Covid 19 mula merebak di Wuhan kerajaan China mengambil langkah drastik menutup pengilangan di bandar industri utama seperti Shenzen Akibatnya pengeluaran pelbagai barangan penting terjejas teruk sehingga berlaku gangguan kepa...
8 Pakar Dari China Tiba Di Malaysia Bantu Lawan Covid 19

8 Pakar Dari China Tiba Di Malaysia Bantu Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR 18 April Satu pasukan pakar perubatan yang dihantar oleh kerajaan China telah tiba di Malaysia pada Sabtu bagi membantu negara melawan pandemik COVID 19 lapor agensi berita Xinhua Lapan pakar tersebut disambut oleh Kedutaan Chi...
Bukan Seperti Yang Dikhabarkan Di Berita Lelaki Ini Tepis Dkwaan Kata China Bebas Covd 19

Bukan Seperti Yang Dikhabarkan Di Berita Lelaki Ini Tepis Dkwaan Kata China Bebas Covd 19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 149 hits
Wbak C0vd 19 yang sebelum ini dikenali sebagai C0r0navrvs bermula dari negara China China merupakan negara yang pertama di dunia melap0rkan berkenaan wbak ini sebelum ianya merebak hampir ke seluruh pelusuk dunia Bukan Seperti Yang Dikhabar...
Kita Boleh Ratakan Keluk Covid 19 Pada Pertengahan Mei Kata Pakar

Kita Boleh Ratakan Keluk Covid 19 Pada Pertengahan Mei Kata Pakar

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 209 hits
Menurut pakar kesihatan awam tindakan pantas menghentikan kemudahan awam berjaya memperlahankan kadar jangkitan Covid 19 PETALING JAYA Usaha Malaysia untuk meratakan keluk kes Covid 19 mungkin membuahkan hasil pada pertengahan Mei jika kera...
Belanda Tarik Balik 600 000 Topeng Muka Diimport Dari China

Belanda Tarik Balik 600 000 Topeng Muka Diimport Dari China

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 213 hits
AMSTERDAM 29 Mac Pihak berkuasa Belanda menarik balik 600 000 topeng muka yang diimport dari China kerana tidak memenuhi piawaian ditetapkan lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu Kementerian Kesihatan menarik balik t...
Belanda Tarik 600 Ribu Masker Cacat Asal China

Belanda Tarik 600 Ribu Masker Cacat Asal China

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 123 hits
Belanda telah menarik kembali 600 ribu masker yang diimpor dari China karena ditemukan cacat Sebelumnya Belanda menerima 1 3 juta masker dari China pada 21 Maret dan mendistribusikannya ke rumah sakit dan fasilitas kesehatan Namun Kementeri...
Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Syarikat Penerbangan Pilihan Terakhir Kata Mavcom

Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Syarikat Penerbangan Pilihan Terakhir Kata Mavcom

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 185 hits
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia berkata kerajaan boleh mengecualikan sementara caj yang dikenakan seperti caj kawalan trafik udara levi pelepasan lapangan terbang dan levi pembangunan industri KUALA LUMPUR Bantuan kewangan kerajaan kepada ...
Mantera Melayu Tak Boleh Terima Dap Tarik Bersatu Keluar Ph

Mantera Melayu Tak Boleh Terima Dap Tarik Bersatu Keluar Ph

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 196 hits
Oleh A Kadir Jasin Langkah menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan oleh fraksi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada kaitan dengan wabak Covid 19 atau ekonomi Walaupun ketika rampasan kuasa itu b...
Alasan Kata China Diganti Tiongkok

Alasan Kata China Diganti Tiongkok

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 219 hits
Mengapa istilah Cina atau China lebih sering diganti menjadi Tiongkok Masalah ini mencuat lagi seiring pandemi Covid 19 yang pertama kali muncul di Wuhan China Alasan Kata China Diganti Tiongkok dapat dipahami dari penjelasan berikut ini di...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing

Cina Pun Main Sihir David Teo Hampir Mat Disantau Keluarga Terdekat Jumpa Ustaz Untuk Berubat

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Scene By The Tahan River

Banting Sawdust Burner Chimney