Bantuan Jkm 2022


BANTUAN JKM 2022 (Cara Daftar Permohonan Semakan Status Pembayaran Online)

 
Untuk membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup,perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.
 
SENARAI BANTUAN JKM 2022
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) KADAR
Minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).  
Elaun Pekerja Cacat KADAR
RM400 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia; Berumur 16 tahun dan ke atas; Pemegang kad OKU JKM; Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM  
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) KADAR
RM250 seorang sebulan.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Berumur 16 tahun dan ke atas; Pemegang Kad OKU JKM; Tidak berupaya bekerja. Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain  
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) KADAR
RM350 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan; Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.  
Bantuan Orang Tua (BOT) KADAR
RM350 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas; Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.  
Bantuan Am Persekutuan KADAR
RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
 
Bantuan Anak Pelihara (BAP) KADAR
RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun; Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.  
Bantuan Latihan Perantis (BLP) KADAR
RM200 sebulan seorang.
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau Kes-kes seliaan akhlak; atau Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
 
Bantuan Geran Pelancaran (GP) KADAR
Maksimum RM2,700 sekaligus.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Kumpulan sasar JKM; Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.  
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT) KADAR
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Kumpulan sasar JKM; Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
 
JENIS PERALATAN TIRUAN / ALAT SOKONGAN
Anggota Palsu Kerusi Roda Alat Bantu Pendengaran Alat-alat Keperluan Lain Penggantian / Baik Pulih Alat Jenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)  
Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas KADAR
Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
 
CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN JKM 2022
Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp; Daftar permohonan mengikut negeri Isikan nombor kad pengenalan Isikan borang berkaitan Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak. PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
 
SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN
Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon; Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama; Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU) Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri) Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro) Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan) *Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.
 
BORANG PERMOHOAN BANTUAN JKM 2022
JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20
 
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :
Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’ Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.  
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
 
ARTIKEL LAIN
BANTUAN BULANAN JKM(Semakan Tarikh Bayaran Tahun 2022)
DUIT JKM BILA MASUK?CHECK BANTUAN BULANAN JKM 2022
The post BANTUAN JKM 2022 (Cara Daftar Permohonan Semakan Status Pembayaran Online) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/bantuan-jkm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Bantuan Kanak Kanak Jkm 2022

Permohonan Bantuan Kanak Kanak Jkm 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 217 hits
PERMOHONAN BANTUAN KANAK KANAK JKM 2022 Salah satu bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah Bantuan Kanak Kanak Bantuan ini bertujuan membantu keluarga penjaga kepada anak kanak kanak atau membantu anak kanak kanak yang tiada ke...
Mohon Online Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Keluarga B40 2022

Mohon Online Bantuan Keluarga Malaysia Rm2 000 Keluarga B40 2022

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 264 hits
Berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2 500 dan ke bawah kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia dengan nilai bantuan sebanyak RM2 000 untuk setiap isi rumah di Malaysia Nilai bantuan ini lebih banyak berband...
Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Manfaat Untuk 9 6 Juta Penerima

Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Manfaat Untuk 9 6 Juta Penerima

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 442 hits
Pada pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8 2 bilion yang dijangka memanfaatkan 9 6 juta penerima Menurut YB Senator Tengku D...
Mohon Bantuan Baru Suri Rumah Rm480 2022

Mohon Bantuan Baru Suri Rumah Rm480 2022

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 259 hits
Permohonan bantuan untuk Wanita Suri Rumah terima insentif RM480 Setahun Golongan Wanita suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i Suri i Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri ...
Permohonan Elaun Pekerja Oku Rm450 Jkm Tahun 2022

Permohonan Elaun Pekerja Oku Rm450 Jkm Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 380 hits
PERMOHONAN ELAUN PEKERJA OKU RM450 JKM Tahun 2022 Salah satu inisiatif Kerajaan kini adalah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya iaitu bagi menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif JK...
Permohonan Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Permohonan Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 309 hits
Bantuan Keluarga Malaysia 2022 menggantikan yang telah dibentangkan dalam BKM 2022 Fasa I akan diagihkan kepada para penerima pada bulan Mac 2022 nanti Permohonan baru BKM 2022Pemohon yang tidak mempunyai data di dalam LHDN bolehlah membuat...
Tarikh Bayaran Pencen 2022 Pesara Kerajaan

Tarikh Bayaran Pencen 2022 Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 301 hits
Jadual pembayaran pencen dan bila tarikh pembayaran bagi setiap bulan untuk tahun 2022 yang dikeluarkan oleh JPA Seperti tahun tahun sebelumnya tarikh bayaran pencen bulanan pesara kerajaan akan diumumkan dalam surat pekeliling setiap tahun...
28 Januari 2022 Birthday Makbudak

28 Januari 2022 Birthday Makbudak

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 203 hits
Sambungan dari Satu soalan cepumas buat MakBudak Bila agaknya lagi Hari kejadian Surprise pertama di tempat kerja Diikuti yang ini Surprise seterusnya dari my Pengarah Betul betul surprise Terima kasih juga buat kak Zai atas hadiah ni Dari ...
Filem Prebet Sapu Gagal Masuk Top 10 Pencalonan Oscar 2022

Filem Prebet Sapu Gagal Masuk Top 10 Pencalonan Oscar 2022

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 158 hits
Filem Prebet Sapu nampaknya kecundang untuk menempa nama di senarai 10 terakhir pencalonan bagi anugerah berpestij Oscbagi sesi 2022 Pada November Finas mengumumkan yang Prebet Sapu dipilih sebagai filem yang akan mewakili Malaysia untuk be...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas