Bantuan Ibu Tunggal 2025 Syarat Kelayakan Cara Permohonan
Bantuan Ibu Tunggal 2025 diperkenalkan bagi membantu golongan ibu tunggal di Malaysia yang berdepan pelbagai cabaran dalam meneruskan kehidupan, terutamanya dari segi kewangan dan tanggungjawab membesarkan anak-anak secara bersendirian.
Ramai dalam kalangan mereka terpaksa menjadi pencari nafkah utama tanpa sokongan pasangan, sekali gus memerlukan perhatian khas dari segi kebajikan dan sokongan sosial.
Melalui inisiatif ini, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk meringankan beban serta meningkatkan kualiti hidup keluarga ibu tunggal.
Artikel ini akan menjelaskan syarat kelayakan dan cara permohonan bagi Bantuan Ibu Tunggal 2025.
Pengenalan Bantuan Ibu Tunggal 2025
Bantuan Ibu Tunggal 2025 merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meringkan beban golongan ibu tunggal di Malaysia yang sering berdepan cabaran dari segi kewangan, penjagaan anak, dan kelangsungan hidup harian.
Melalui program ini, pelbagai bentuk bantuan disalurkan termasuk bantuan kewangan bulanan, sokongan pendidikan untuk anak-anak, serta peluang latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran ibu tunggal di pasaran kerja.
Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan dalam memperkasa wanita dan memastikan kebajikan semua lapisan masyarakat terjaga, khususnya golongan rentan seperti ibu tunggal yang memainkan peranan penting dalam membesarkan anak-anak secara bersendirian.
Bantuan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi dan sokongan moral kepada ibu tunggal untuk terus berdikari dan membina masa depan yang lebih baik.
Senarai Bantuan Ibu Tunggal 2025
Berikut adalah senarai [TERBARU] Bantuan Ibu Tunggal 2025 yang boleh anda mohon untuk pelbagai tujuan:
A. Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan bulanan untuk menyokong penjagaan dan perkembangan anak-anak yang memerlukan.
Ia diberikan kepada keluarga atau penjaga, termasuk yang kehilangan penjaga atau dalam tahanan.
Kadar bantuan ialah RM250 sebulan bagi anak 6 tahun ke bawah, dan RM200 sebulan bagi anak 7 hingga bawah 18 tahun, dengan maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga.
Syarat Kelayakan Bantuan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia.
Anak/kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun di bawah jagaan keluarga atau penjaga.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah atau per kapita miskin tegar semasa.
Tinggal menumpang bersama penjaga/keluarga lain juga boleh dipertimbangkan jika pendapatan bulanan tidak melebihi PGK.
Anak tanpa penjaga layak (contoh: ibu bapa bukan warganegara, bankrap, atau OKU mental) boleh memohon atas nama kanak-kanak.
TIDAK layak jika:
Sudah menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK), Elaun PDK, atau bantuan bulanan JKM.
Berumur 16 tahun ke atas, bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah.
Kes luar biasa (melebihi PGK atau keperluan khas) boleh dipertimbang oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah.
Dokumen yang Diperlukan
Salinan MyKad pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
Bukti pendapatan seperti:
Surat/penyata gaji dari majikan, atau
Akuan pendapatan disahkan oleh penghulu/pemimpin masyarakat (jika bekerja sendiri), atau
Akuan Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri).
Salinan bil utiliti (air/elektrik/telefon) untuk pengesahan alamat.
Penyata/slip akaun bank terkini.
Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun:
Akaun bersama ibu/bapa/penjaga (warganegara),
Jika penjaga bukan warganegara: akaun bersama penjaga warganegara,
Jika penjaga muflis/OKU Mental: akaun bersama penjaga lain yang layak
Dokumen sokongan lain yang berkaitan (jika perlu).
Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan
2. Bantuan Orang Tua
Bantuan Orang Tua atau Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan bulanan sebanyak RM600 seorang yang diberikan kepada warga emas yang memerlukan.
Tujuannya adalah untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kekal tinggal dalam komuniti dengan lebih selesa dan bermaruah.
Syarat Kelayakan Bantuan
Berumur 60 tahun ke atas
Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup; dan
Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan
Dokumen yang Diperlukan
Salinan kad pengenalan pemohon
Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada)
Gambar berukuran passport
Dokumen sokongan lain (jika ada)
Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.jkm.gov.my/main/article/pengenalan
3. Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang

Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang merupakan program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor yang dilancarkan sejak Julai 2022.
Contohnya seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang memberikan bantuan sebanyak RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.
Syarat Kelayakan Bantuan
Warganegara Malaysia;
Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
Dokumen yang Diperlukan
Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Untuk maklumat lanjut, layari: Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang
4. Bantuan Zakat
Bantuan Zakat ialah sumbangan kewangan atau material yang diberikan kepada golongan asnaf seperti fakir, miskin, dan mereka yang memerlukan, bagi meringankan beban hidup.
Ia diuruskan oleh institusi zakat negeri dan merangkumi bantuan seperti kewangan bulanan, pendidikan, perubatan, dan kecemasan.
Untuk maklumat lanjut, layari: Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
B. Bantuan Perubatan / Kesihatan
1. Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang
Perkhidmatan di bawah Iltizam Selangor Penyayang (Dahulu Inisiatif Peduli Rakyat IPR)
Iltizam Selangor Penyayang bermula Julai 2022 adalah kesinambungan polisi dan program Negeri Selangor yang mengutamakan kebajikan rakyat melalui manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu meringankan beban rakyat.
Syarat-syarat Permohonan
Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah bermaustatin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
Pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah

C. Bantuan Perniagaan Ibu Tunggal
1. TEKUN Nasional
Skim Pembiayaan Program TemanNita bertujuan memudahkan usahawan wanita memperoleh pembiayaan secara berkumpulan dengan cara yang lebih pantas, mudah dan berkesan bagi menyokong keperluan perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari: Portal TEKUN Nasional – Skim Pembiayaan Program TemanNita
2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan. Hanya golongan wanita yang boleh menyertai program AIM.
Rujuk Garis Panduan Peraturan dan Syarat Pengurusan Skim Pembiayaan Ikhtiar di bawah:
Garis Panduan Peraturan dan Syarat SPIDownload
Untuk maklumat lanjut, layari: Portal Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
3. Bantuan Zakat
Bantuan Zakat merupakan pemberian dalam bentuk kewangan atau barangan kepada golongan asnaf seperti fakir, miskin, dan individu yang memerlukan, bagi membantu mengurangkan beban kehidupan mereka.
Bantuan ini dikendalikan oleh institusi zakat negeri dan meliputi pelbagai bentuk sokongan seperti bantuan bulanan, pendidikan, rawatan perubatan, serta bantuan kecemasan.
Untuk maklumat lanjut, layari: Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
4. Geran Pelancaran
Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga
Syarat Kelayakan Bantuan
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Berstatus isi rumah berpendapatan rendah atau golongan yang didaftarkan di bawah program kebajikan JKM.
Mempunyai rancangan perniagaan atau aktiviti yang jelas dan berpotensi untuk menjana pendapatan.
Bukan penerima geran lain yang bertindih bagi tujuan yang sama.
Bersedia untuk menghadiri sesi latihan dan bimbingan yang disediakan oleh JKM.
Untuk maklumat lanjut, layari: Portal JKM – Geran Pelancaran
Direktori Persatuan Ibu Tunggal
Untuk mengetahui lebih banyak informasi terkini berkenaan Bantuan Ibu Tunggal 2025, anda boleh hubungi senarai Persatuan Ibu Tunggal yang berdaftar seperti berikut:
1. Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM)
Alamat: No. 57-01, Susur Larkin Perdana 1, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, JOHOR
No. Tel./ Faks: Tel: 013-770 0217 | Faks: 07-235 0015
2. Persatuan Ibu Tunggal India Perlis
Alamat: 240, Lorong Permatang 8, Taman Utara Jejawi, 02600 Arau, PERLIS
No. Tel./ Faks: Tel: 04-9778429 / 013-4010426 | Faks: 04-9778429
3. Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (PITI)
Alamat: No.41-15-09, Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia, 53100 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-61879291 / 012-6919750 / 019-6822871 | Faks: 03-61879291
4. Persatuan Ibu Tunggal Mawar Sugi Tanjong Karang Selangor
Alamat: Lot 4575, Jalan Kemudi, Kg. Seri Tiram Jaya, 45500 Tanjong Karang, SELANGOR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-32695185 / 019-3033591
5. Persatuan Ibu Tunggal WP Labuan
Alamat: Peti Surat 81124, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan, LABUAN
No. Tel./ Faks: Tel: 012-8259755 | Faks: 087-581707
6. Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Baling, Kedah
Alamat: No. 21, Belakang Sekolah Kebangsaan Pulai, 09100 Baling, KEDAH
No. Tel./ Faks: Tel: 04-4701469 | Faks: –
7. Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Langkawi
Alamat: Blok A-3-1, Taman Kenari, Jalan Batu Asah, 07000 Kuah, Langkawi, KEDAH
No. Tel./ Faks: Tel: 04-9665032 | Faks: 04-9594127
8. Persatuan Ibu Tunggal Terengganu
Alamat: 339, Quarters JKR, Jalan Kamaruddin, 21100 Kuala Terengganu, TERENGGANU
No. Tel./ Faks: Tel: 09-6229194 | Faks: 09-6222122
9. Persatuan Ibu Tunggal Suriwaja – Parlimen Alor Setar, Kedah
Alamat: D/A Pej UMNO Bhg. Pokok Sena, Tkt 5, Pejabat UMNO Bahagian, Jalan Sultan Badlishah, 05000 ALOR SETAR, KEDAH
No. Tel./ Faks: Tel: 04-7876543 / 012-4894885 | Faks: 04-7330908
10. Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Syuhada
Alamat: No. 158-03-02, Kompleks Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri, 55100 Cheras, KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-92002141 | Faks: 03-92844778
11. Persatuan Ibu Tunggal Negeri Kelantan (SRI KANDI WAJA)
Alamat: Lot 1097, Kg. Tom Kumbang Bemban, 17000 Pasir Mas, KELANTAN
No. Tel./ Faks: Tel: 09-7960058 / 09-7914924 / 012-6950864
12. Persatuan Ibu Tunggal Cekal Perak
Alamat: No. 128, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Melayu Sungai Rapat, 31350 IPOH, PERAK
No. Tel./ Faks: Tel: 05-3127866 / 019-5432261
13. Persatuan Ibu Tunggal Pahang (MUTIARA)
Alamat: Bangunan LKPP, Jalan Gambut, 25990 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR
No. Tel./ Faks: Tel: 09-5161673 / 019-4442747
14. Persatuan Ibu Tunggal Negeri N. Sembilan
Alamat: No. 250, Jalan TCJ 11, Taman Chembong Jaya, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN
No. Tel./ Faks: Tel: 06-6857422 / 03-7630278 / 017-3041747
15. Ikatan Ibu Tunggal Islam (IBU) Anjung Kasih
Alamat: Batu 8, Jalan Labu, 71900 Seremban, NEGERI SEMBILAN
No. Tel./ Faks: Tel: 06-7911785 / 012-6367444 | Faks: 06-7911878
16. Persatuan Ibu Tunggal Pulau Pinang
Alamat: D/A 31, Tingkat Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, PULAU PINANG
No. Tel./ Faks: Tel: 04-6461999
17. Persatuan Ibu Tunggal Sabah
Alamat: B13-12, Lorong 11, Taman Indah Permai, Jalan Sepanggar, 88400 Menggatal, KOTA KINABALU, SABAH
No. Tel./ Faks: Tel: 088-283624 / 013-8605188 | Faks: 088-234834
18. Persatuan Ibu Tunggal Belaian Kasih, Kuala Lumpur
Alamat: 52A, Jalan 6/12D, Medan Idaman Gombak, 53100 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-40444579 | Faks: 03-40422663
19. Persatuan Ibu Tunggal Melati Putih W. Persekutuan
Alamat: No.10-1, Jalan 9/23F, Taman Danau Kota, 50330 Setapak, KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-61856431 / 03-61856403
20. Persatuan Ibu Tunggal Nur Hidayah, Gombak, Selangor
Alamat: No.275C, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Faks: 03-41080634
21. Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Kawasan Lembah Pantai
Alamat: No.12, Blok 1B, Jalan 2/112E, Perumahan Awam KTM, Pantai Dalam Kawasan D, 59200 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-22829105 | Faks: 03-22847930
22. Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah
Alamat: No. 2, Jalan SS 1/43B, 47300 Petaling Jaya, SELANGOR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-78741416 / 019-2374225 | Faks: 03-90562554
23. Persatuan Ibu Tunggal Mutiara, Kuala Lumpur
Alamat: No. 79, Jalan Putra 9/1, Taman Mahkota Cheras, 43200 SELANGOR
No. Tel./ Faks: Tel: 012-6504490 / 016-2203717 | Faks: 03-41473572
24. Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Gombak
Alamat: D/a HAWA Parlimen Gombak, Taman Gombak Ria 1, 68100 Batu Caves, SELANGOR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-61861066
25. Persatuan Ibu Tunggal Ar-Raudhah Putrajaya
Alamat: T.01-U.08, Blok C, Jalan P8c/1, Presint 8, 62250 WP PUTRAJAYA
No. Tel./ Faks: 03-8888 5654
26. Persatuan Ibu Tunggal Negeri Melaka (ISMAM)
Alamat: D/a 625-K, Delima 9, Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang, 75450 MELAKA
No. Tel./ Faks: Tel: 06-2311802 | Faks: –
27. Persatuan Ibu Tunggal Pantai Barat Selatan, Sabah
Alamat: Lot 125, Tingkat 1, Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88673 Kota Kinabalu, SABAH
No. Tel./ Faks: Tel: 088-269291 | Faks: –
28. Persatuan Ibu Tunggal Sandakan, Sabah
Alamat: WDT 561, 90009 Sandakan, SABAH
No. Tel./ Faks: Tel: 013-8908241 | Faks: 089-228576
29. Persatuan Kebajikan Balu Kota Kinabalu, Sabah
Alamat: Sri Sinaran Hse. 1484, Lorong Kelengkeng 1, Mile 3½, Tuaran Road, 88400 Kota Kinabalu, SABAH
No. Tel./ Faks: Tel: 088-218079 | Faks: 088-256489
30. Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS)
Alamat: C-14-10, Mutiara Fadason, Jalan 2/17 Off Jalan Kepong, 52000 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Emel: Tel: 012-6919750 | Emel:
[email protected]
31. Persatuan Ibu Tunggal Muhibbah Kuala Lumpur
Alamat: No. 29-05-03, Seri Perak, Bandar Baru Sentul, 51000 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Emel: Tel: 016-2452720 | Emel:
[email protected]
32. Persatuan Ibu Tunggal Shah Alam “Anggerik Murni”
Alamat: Lot 9, Tingkat 1, Bangunan UMNO Bahagian Shah Alam, Seksyen 11, Persiaran Damai, 40100 Shah Alam, SELANGOR
No. Tel./ Faks: Tel: 07-2349290 / 013-7700217 | Faks: 07-2350015
33. Persatuan Ibu Tunggal Nur Iman
Alamat: No. 18, Gerai MPS, Taman Sri Selayang, 68100 Batu Caves, SELANGOR
No. Tel./ Faks/ Emel: Tel: 03-61858797 / 012-3508797 | Faks: 03-61858797 | Emel:
[email protected]
34. Persatuan Ibu Tunggal Bunga Tanjung
Alamat: No. 1-3-15, Gugusan Matahari 1, Seksyen 4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, SELANGOR
No. Tel./ Faks: Tel: 019-3692502 | Faks: 03-77221506
35. Persatuan Ibu Tunggal Bandar Tun Razak
Alamat: Blok 40-02-17, Flat Sri Melaka, KM 6, Jalan Cheras, 56100 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 019-3894979 | Faks: 03-91731560
36. Persatuan Ibu Tunggal Mawar Wangsa Titiwangsa
Alamat: 32-2, Tingkat 2, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 012-3048777 | Faks: 03-92845625
37. Persatuan Ibu Tunggal Sri Perak
Alamat: Blok 33-16-02, Bandar Baru Sentul, 51000 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 016-6898759 | Faks: 03-40431243 (U.P. En. Yusuf Latif)
38. Persatuan Ibu Tunggal Semua Kaum
Alamat: Blok 70-02-03, Sri Sabah, Jalan Cheras, 56100 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 017-6825879 | Faks: 03-21439221 (U.P. Rahimah Ibrahim)
39. Kelab Ibu Tunggal Wafiy Kuala Lumpur dan Selangor
Alamat: 27B, Blok B, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, SELANGOR
No. Tel.: Tel: 017-3473362
40. Pertubuhan Pembangunan dan Kebajikan Wanita Kelana Jaya
Alamat: No. 9, Jalan SS4A/5, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, SELANGOR
No. Tel./ Emel: Tel: 03-78875766 | Emel:
[email protected]
41. Kelab Ibu Tunggal Ulu Klang
Alamat: No. 21, Jalan AU 5D/3, Lembah Keramat Hulu Klang, 52400 KUALA LUMPUR
No. Tel.: Tel: 012-9052096
42. Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Kawasan Lembah Pantai
Alamat: Blok D-3-2, PPR Kerinchi Lembah Pantai, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 KUALA LUMPUR
No. Tel.: Tel: 013-3492343
43. Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih
Alamat: B-3-3, PPR Raya Permai, Sungai Besi, 57000 KUALA LUMPUR
No. Tel.: Tel: 013-3074797
44. Persatuan Ibu Tunggal Setia Kasih
Alamat: No. 380, Jalan E2/7, Taman Ehsan, Kepong, 52100 KUALA LUMPUR
No. Tel./ S/U: Tel: 019-3032285 | Tel s/u: 019-3052404 / 019-6646345 (Pn Faridah Abdullah)
45. Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal An-Nur Kuala Lumpur dan Selangor (KiTA)
Alamat: No. 41-15-09, Projek Perumahan Rakyat, Gombak Setia, 53100 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Emel: Tel: 019-6822871 | Emel:
[email protected]
46. Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal PPR Jalan Jelatek
Alamat: 7-14-5, PPR Jalan Jelatek, Jalan Jelatek, 54200 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-42534341 / 013-3229179 (Sharifah) | Faks: 03-21660688 (U.P. Mazlina)
47. Persatuan Ibu Tunggal Spring Malaysia
Alamat: 28-3A, Sri Desa Entrepreneur Park, Jalan 1/116B Off Jalan Kuchai Lama, 58200 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 03-79833328 | Faks: 03-79837576
48. Persatuan Ibu Tunggal Usaha Wanita
Alamat: No. 1, Jalan UB11A, Ukay Bestari, 68000 Ampang, SELANGOR
No. Tel./ Faks: Tel: 019-3414011 | Faks: 03-41078368
49. Persatuan Ibu Tunggal Seputeh
Alamat: 7-0-1, Jalan 5/149B, Taman Sri Indah, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 KUALA LUMPUR
No. Tel./ Faks: Tel: 012-2540245 | Faks: 03-90581220
50. Persatuan Ibu Tunggal Sarawak
Alamat: Lot 18, Tingkat 2, Bangunan Haji Abdul Rasit, Jalan Satok, 93400 Kuching, SARAWAK
No. Tel./ Faks: Tel: 082-231950 / 019-8573008 | Faks: 082-419785
51. Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Negeri Melaka (PELITA)
Alamat: D/A Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka, Tingkat 5 Wisma Pase, Jalan Hang Tuah, 73500 MELAKA
No. Tel./ Faks: Tel: 06-2823987 | Faks: 06-2835198
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/bantuan-ibu-tunggal-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-ibu-tunggal-2025