Mygap Tujuan Faedah Cara Permohonan


Jika anda seorang petani atau penternak di Malaysia, pastinya anda mengenali Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia atau lebih dikenali sebagai myGAP. Skim ini merupakan satu skim yang mengiktiraf ladang-ladang di Malaysia yang mengamalkan pertanian baik. 
Bagi anda yang tidak tahu menahu berkenaan skim pensijilan ini, berikut kami kongsikan sedikit penerangan berkenaan skim ini seperti objektif, kelebihan dan cara memohon skim ini. Jadi jika anda berminat untuk tahu lebih lagi, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung. 
Apa itu MyGAP? MyGAP, atau Malaysian Good Agricultural Practices Amalan Pertanian Baik Malaysia), adalah skim pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia pada tahun 2002 untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik (APB). 
Skim ini, yang merupakan penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), bertujuan memastikan pengeluaran produk pertanian yang dihasilkan oleh para petani dan penternak di Malaysia selamat, berkualiti, dan mesra alam sekitar. 
Skim ini merangkumi tiga subsektor utama iaitu tanaman, ternakan, dan akuakultur, dan dilaksanakan berdasarkan piawaian Malaysian Standard (MS) yang berikut:
MS 1784:2005 (Crop Commodities – Good Agricultural Practice) untuk sektor tanaman. MS 1998:2007 (Good Aquaculture Practice) dan MS 2467:2012 (Code of Practice for Seaweed Cultivation) untuk sektor akuakultur. MS 2027:2006 (Good Animal Husbandry Practice) untuk sektor ternakan. Tujuan dan Objektif Tujuan utama myGAP adalah untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan produk pertanian di Malaysia sambil mempromosikan amalan pertanian yang mampan. Objektif skim ini termasuk:
Meningkatkan bilangan petani yang mengamalkan APB untuk menghasilkan produk ladang yang selamat dan berkualiti tinggi. Memelihara alam sekitar melalui amalan pengurusan ladang yang berkesan dan mesra alam. Menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja ladang dengan mematuhi standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Meningkatkan daya saing produk pertanian di pasaran domestik dan antarabangsa melalui pengiktirafan kualiti. Faedah MyGAP Pensijilan myGAP menawarkan pelbagai faedah kepada pengusaha, pengguna, dan alam sekitar, termasuk:
Produk selamat dan berkualiti: Hasil ladang dianalisis untuk memastikan kandungan residu racun makhluk perosak, logam berat, dan mikrobial berada dalam paras yang selamat, meningkatkan keyakinan pengguna. Peningkatan produktiviti: Sistem pengurusan sumber yang lestari membantu meningkatkan hasil pengeluaran ladang. Daya saing pasaran: Pengusaha boleh menggunakan logo dan nombor pensijilan myGAP untuk tujuan promosi, membolehkan produk mereka menembusi pasaran domestik dan antarabangsa yang bernilai tinggi. Pemeliharaan alam sekitar: Amalan mesra alam memastikan kelestarian sumber semula jadi. Jaminan keselamatan pekerja: Skim ini mengutamakan keselamatan dan kebajikan pekerja ladang. Pengiktirafan rasmi: Pensijilan myGAP memberikan jaminan kerajaan terhadap kualiti dan keselamatan produk, meningkatkan kepercayaan pelanggan. Cara Memohon Berikut merupakan prosedur bagi permohonan pensijilan veterinar myGAP:
Permohonan boleh dibuat melalui borang atas talian DVS/myGAP No.1 Tuan/puan perlu menyediakan dokumen Good Animal Husbandry Practice (GAHP) mengikut senarai semak GAHP Tuan/puan juga perlu menyediakan dokumen sokongan tambahan iaitu:- Surat sokongan dari DVS Negeri; Salinan APC Doktor Veterinar ladang (jika berkaitan); dan Salinan lesen penternakan (jika berkaitan) Pihak ladang hendaklah mencetak salinan borang permohonan atas talian dan menyediakan dokumen GAHP yang lengkap dan disusun mengikut senarai semak GAHP yang diberi serta hendaklah dimasukkan dalam satu (1) RING FILE dan ditandakan (tagging). Dokumen GAHP yang lengkap perlu dihantar secara serahan tangan bersama-sama dengan dokumen sokongan tambahan ke alamat berikut: Seksyen Pemeriksaan dan Pensijilan Veterinar
Bahagian Regulatori Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Aras 5, Blok 4G1, Podium 1A, Wisma Tani
No. 28 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan Putrajaya
*NOTA: Untuk perhatian pihak ladang, dokumen yang tidak lengkap, tidak bersusun dan tidak mengikut keperluan pihak kami boleh menyebabkan permohonan pihak tuan/ puan DITOLAK.
Kriteria Permohonan Kriteria untuk memohon pensijilan myGAP termasuk:
Kategori Pemohon Persendirian Syarikat swasta Peserta projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM Agensi/badan berkanun Peserta ladang kontrak, Pusat pertanian di bawah seliaan Jabatan Pertanian Peserta projek pertanian moden. Status Tanah Tanah yang diusahakan mestilah sah di sisi undang-undang (milik persendirian, sewa, atau pajakan). Operasi Ladang Ladang mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun atau satu pusingan pengeluaran dengan rekod pengeluaran yang dikemas kini. Hasil Ladang Produk yang dihasilkan bertujuan untuk jualan domestik atau eksport, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, atau makanan haiwan (contohnya napier dan jagung bijirin). Pematuhan Standard Pemohon perlu lulus pemeriksaan tapak, analisis sampel (residu racun, logam berat, mikrobial), dan verifikasi amalan ladang. Komitmen Pemohon perlu bersedia menerima teguran dan cadangan penambahbaikan serta mempunyai Program Jaminan Kualiti (QAP) untuk memastikan produk selamat dan berkualiti. Tempoh Sah Laku Sijil MyGAP Bagi anda yang telah memiliki sijil ini, anda perlu memperbaharui sijil ini setiap dua tahun. Hal ini demikian kerana, sijil ini hanya sah selama dua tahun dari tarikh kelulusan. Permohonan pembaharuan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh sijil. 
Anda juga perlu tahu bahawa jika anda mempunyai sijil ini,  Jabatan Pertanian akan menjalankan audit survelan pada 6 bulan dan 12 bulan selepas kelulusan untuk memastikan pematuhan berterusan. 
Sekiranya terdapat pelanggaran, langkah pembetulan perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Sijil ini boleh ditarik balik jika ladang gagal mematuhi syarat, menyalahgunakan logo myGAP, atau hasil melebihi paras sisa maksimum yang dibenarkan.
Contoh Sijil Maklumat Lanjut Tentang MyGAP Bagi anda yang inginkan maklumat yang lebih terperinci anda boleh baca garis panduan yang disediakan di bawah:
Garis-Panduan-MyGAPDownload


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/mygap/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mygap

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anjung Kasih Ykn Borang Permohonan Lokasi Cara Mohon

Anjung Kasih Ykn Borang Permohonan Lokasi Cara Mohon

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 122 hits
Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara merupakan inisiatif murni yang menyediakan bantuan holistik kepada individu dan keluarga yang memerlukan Beroperasi sebagai pusat sehenti Anjung Kasih bertujuan meringankan beban golongan rentan dengan ...
Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 196 hits
Jom cuba resipi Puteri Ayu yang lembut bak sutera perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni Nampak sedap dan membuka selera Sesuai sangatlah kalau dijadikan sajian Sekali cuba pasti puas hati Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CARA BUAT ...
Boleh Dapat Baucar Buku Guru Madani Mulai Hari Ini Ikuti Panduan Cara Tebus Dan Semak

Boleh Dapat Baucar Buku Guru Madani Mulai Hari Ini Ikuti Panduan Cara Tebus Dan Semak

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 123 hits
Mulai hari ini golongan pendidik di seluruh Malaysia menerima satu penghargaan istimewa daripada kerajaan Baucar Buku Guru Madani bernilai RM100 kini boleh mula ditebus Baucar Buku MADANI 2025 Cara Semak dan Tebus Baucar ini diberikan khusu...
Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Projek Penternakan Ikan Tilapia

Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Projek Penternakan Ikan Tilapia

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 99 hits
Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Projek Penternakan Ikan Tilapia Adakah anda dalam perancangan untuk membina kolam dan menternak ikan talapia dalam masa terdekat Ataupun baru nak merancang untuk mahu menternak ikan talapia tetapi tak tahu i...
Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 137 hits
Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Perhatian dan berita baik kepada belia belia di seluruh negara program TUBE telah mula dan boleh membuat permohonan bermula dari 15 Oktober 2020 Latar Belakang Program Tunas Usahawan Be...
Cara Iklan Murah Perniagaan Di Surat Khabar

Cara Iklan Murah Perniagaan Di Surat Khabar

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 113 hits
Cara Iklan Murah Perniagaan Di Surat Khabar Adakah anda usahawan baru yang kali pertama buat produk sendiri Ataupun usahawan yang dah lama berniaga tetapi belum pernah iklankan produk di surat khabar untuk promosi Anda pasti tercari cari ca...
Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 182 hits
Saya tak pernah menyangka satu helaian kanvas kosong yang ditulis dengan ayat al Quran dan renungan peribadi boleh mengubah cara saya membaca memahami dan melihat hidup ini Saya menyertai TOTIQ Batch 3 dengan satu niat Saya nak faham al Qur...
Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 158 hits
Dalam industri makanan dan minuman setiap sentuhan kecil memainkan peranan besar dalam membina jenama dan menaikkan jualan Salah satu cara paling mudah tetapi sangat berkesan ialah menggunakan sleeve cup custom untuk cawan kopi teh aiskrim ...
Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 196 hits
Kombucha ialah minuman teh berfermentasi yang kaya dengan probiotik dan semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar gaya hidup sihat Selain menyegarkan ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan Menariknya and juga boleh disediakan...
Waspada Akaun Palsu Yang Menyalahgunakan Identiti Menteri Dalam Negeri Dengan Menawarkan Bantuan Kewangan

Aeon Mall Di Penuhi Superman Cipta Rekod Terbaru

Terima Kasih Kerana Membuatku Tersenyum

My Brother Hasn T Been Confirmed Dead Yet So Take Down Those Postings

Mca Smart Parking System Should Not Harm But Protect Local Govt Authorities Malaysian Citizens

Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan

Resepi Acar Ikan Aya Tongkol Dari Terengganu

Provokasi Anggota Dbkl Guna Parang Seorang Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Masak Cuka Dan Takdir

Resepi Daging Masak Kicah Berempah

10 Teknik Belajar Paling Efektif Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Kesan Tidur Lewat Setiap Hari Lebih Serius Daripada Yang Anda Sangka

Luahan Hati

Apa Itu Grave Disease Kenali Punca Gejala Dan Kenapa Ia Bukan Kanser Tiroid