Saya Ibu Saya Juga Ayah 15 Tahun Tanpa Achik Spin Isteri Arwah Achik Spin Bahagia Berstatus Ibu Tunggal


Pemergian insan tersayang sememangnya sukar dilupakan, apatah lagi jika yang pergi itu adalah suami yang selama ini menjadi pelindung, pembimbing dan teman hidup dunia akhirat. Itulah yang dilalui oleh H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, atau lebih mesra disapa Tasha, balu kepada penyanyi terkenal era 2000-an, Allahyarham Achik Spin.
Kredit Foto: Instagram hmrose_tasha2 Kini sudah 15 tahun berlalu sejak tragedi kemalangan yang meragut nyawa arwah Achik, namun kenangan bersama suami tercinta masih segar dalam ingatan. Walaupun diuji dengan kehilangan, Tasha tidak pernah berhenti kuat demi dua permata hatinya yang kini sudah pun menginjak usia remaja.
Dua Puteri Makin Membesar, Cantik & Bijak Hasil perkahwinan bersama arwah, Tasha dikurniakan dua orang anak perempuan yang sangat comel dan manis Safiyya, kini berusia 17 tahun, dan adiknya, Putri Nursumayya, 15 tahun, yang kini sedang menuntut di Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGSTAR), Seremban.

Melihat perkongsian Tasha di laman Instagram, dapat dilihat betapa kasih sayang seorang ibu itu tidak pernah berkurang walau sedikit. Malah, kedua-dua anak ini jelas membesar dengan baik, bijak dan penuh dengan nilai-nilai murni yang ditanam sejak kecil.
“Anak-anak pun dah boleh biasakan diri hidup tanpa ayah di sisi. Kalau rindu, saya akan bawa mereka ziarah pusara arwah bapa mereka,” cerita Tasha dengan penuh emosi.
“Terlalu Penat, Tapi Inilah Jalan Saya…” Berstatus ibu tunggal sejak usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila perlu menjadi ibu dan ayah dalam satu masa. Tasha mengakui dirinya pernah merasa penat, namun tidak pernah berputus asa.

“Terlalu penat sebab semuanya saya kena buat sendiri. Sayalah ibu, sayalah ayah. Tapi demi anak-anak, saya terus kuatkan hati.”
Kini, Tasha bertugas sebagai pegawai kewangan di sebuah hospital swasta di Seremban. Walaupun sibuk dengan kerja, dia tetap memastikan masa bersama anak-anak tidak pernah terabai. Baginya, membesarkan anak-anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang adalah satu amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin.
Belum Terbuka Hati Cari Pengganti Sepanjang 15 tahun hidup sendiri, ramai yang cuba mendekati Tasha. Namun bagi dirinya, cinta kepada arwah masih kukuh terpahat di hati. Baginya, belum ada yang mampu menyayangi dirinya dan anak-anak seperti arwah Achik.
“Saya tak rasa ada orang yang boleh sayang saya seperti mana arwah suami. Mungkin sebab itulah saya masih belum ada pengganti,” luah Tasha dengan tenang.

Kisah cinta yang bermula dari usia muda dan dibina atas rasa hormat, kasih dan tanggungjawab membuatkan memori bersama arwah terlalu istimewa untuk dilupakan. Walaupun cinta itu kini hanya tinggal kenangan, namun Tasha percaya bahawa doa dan kenangan itulah yang menjadi kekuatan untuk terus membesarkan anak-anak dengan bahagia.
Buat ibu-ibu di luar sana yang senasib, kisah Tasha ini boleh dijadikan inspirasi dan semangat. Bukan mudah untuk membesarkan anak tanpa pasangan, tetapi percayalah bahawa kasih ibu itu cukup kuat untuk membentuk anak-anak menjadi insan hebat di masa depan.
Tasha bukan sahaja menjadi ibu mithali, tetapi juga lambang kekuatan seorang wanita yang diuji hebat namun tidak pernah rebah.
SUMBER : Nona
The post “Saya Ibu, Saya Juga Ayah” – 15 Tahun Tanpa Achik Spin, Isteri Arwah Achik Spin Bahagia Berstatus Ibu Tunggal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-ibu-saya-juga-ayah-15-tahun-tanpa-achik-spin-isteri-arwah-achik-spin-bahagia-berstatus-ibu-tunggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 174 hits
Bayangkan anak masuk darjah satu semangat nak belajar tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih Itu bukan sebab dia tak fokus tapi sebab dia RABUN Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan Terb...
Penceramah Sebar Video S Ks Dengan Isteri Tauliah Mengajar Agama Sudah Ditarik Amp Pernah Ditangkap Tahun Lalu

Penceramah Sebar Video S Ks Dengan Isteri Tauliah Mengajar Agama Sudah Ditarik Amp Pernah Ditangkap Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 142 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na 8217 im Mokhtar mengesahkan penceramah bebas yang ditahan selepas disyaki menyebarkan video seks bersama empat isterinya baru baru ini sebenarnya sudah ditarik balik tauliahnya sebel
Sky Tak Pernah Tinggal Solat Demi Kirim Doa Untuk Arwah Ibu Ridzokumura

Sky Tak Pernah Tinggal Solat Demi Kirim Doa Untuk Arwah Ibu Ridzokumura

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 129 hits
Meskipun maut memisahkan kasih sayang seorang anak kepada ibu tidak pernah terpadam Begitu la juga Sky Taizo Okumura yang sentiasa mengingati arwah ibunya Allahyarhamah Akiko Okumura dalam setiap doanya Baru baru ini usahawan dan content cr...
Angie Cheong Pelakon Hk Patah Hati Kongsi Cabaran Hidup Sebagai Ibu Tunggal

Angie Cheong Pelakon Hk Patah Hati Kongsi Cabaran Hidup Sebagai Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 140 hits
Kekuatan Seorang Ibu Tunggal Perjuangan Angie Cheong Menerusi pengalaman hidupnya yang penuh liku pelakon dari Hong Kong Angie Cheong berkongsi kisah yang menyentuh hati tentang pengorbanan seorang ibu Dalam sebuah video di Xiaohongshu Angi...
Kenangan Takkan Pernah Hilang 4 Tahun Tanpa Arwah Tokwan

Kenangan Takkan Pernah Hilang 4 Tahun Tanpa Arwah Tokwan

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Setiap kali bulan Jun datang hati CCL jadi sedikit sayu Bukan sebab apa tapi sebab dalam bulan inilah arwah Tokwan CCL tinggalkan kami empat tahun yang lalu Walaupun masa dah berlalu rindu tu tetap tak pe...
Bayi Lelaki Ditinggal Tepi Jalan Remaja 19 Tahun Disyaki Ibu Ditahan

Bayi Lelaki Ditinggal Tepi Jalan Remaja 19 Tahun Disyaki Ibu Ditahan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 141 hits
SUNGAI PETANI Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan berbogel tanpa sebarang alas di tepi jalan di Taman Cempaka Indah Bukit Selambau Sungai Petani pagi Sabtu mencetuskan kejutan dalam kalangan penduduk tempatan Sorotan utama Penduduk te...
Daddy Kami Masih Kuat Aktif Pada Usia 100 Tahun Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

Daddy Kami Masih Kuat Aktif Pada Usia 100 Tahun Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 186 hits
Dalam satu hantaran menyentuh hati di media sosial Datin Paduka Marina Mahathir meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad masih kekal sihat dan aktif meskipun kini telah mencecah usia 100 tahun Sebagai ana...
Bukan Sedarah Tapi Setia Sehidup Semati Kapsyen 18 Tahun Cinta Sejati Aliff Syukri Buat Isteri

Bukan Sedarah Tapi Setia Sehidup Semati Kapsyen 18 Tahun Cinta Sejati Aliff Syukri Buat Isteri

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 155 hits
Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman bukan lagi nama asing dalam dunia keusahawanan tempatan Figura ini bukan saja dikenali gaya hidup mewah dan jenama kosmetik sensasinya tetapi juga kerana perwatakan yang sering menjadi bualan di media sosia...
Beware Of Tiktok Account Falsely Claiming To Be The Star Journalist

Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh Ajak Masuk Club Kau Nak Rosak Rosak Sorang

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Bomba Guna Helikopter Padam Kebakaran Hutan Di Mukah

50 Tahun Kita Gagal Mengenali Musuh Sidang Media Ppim 31 07 2025

Roti Gardenia Durian

Sprm Tahan 6 Lagi Anggota Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Realistic Ways To Stay Focused When You Work From Home

Catatan Seorang Coffee Lover Bila Hati Dah Jatuh Pada Zus Coffee

Ujian Membuatkanmu Menangis Tapi Allah Memberimu Sebab Untuk Tersenyum

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

Design Kotak Packaging Mengikut Niche Produk Makanan Kosmetik Hadiah Banyak Lagi

Ikuti Saya Di Media Sosial