Program Permata Negara 2025 Lokasi Semakan Permohonan


Program PERMATA Negara (Pusat Anak Permata Negara) – Permohonan Dibuka Hingga Sept 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menyertai Program PERMATA Negara di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) bagi tahun 2026 kini dibuka. 
Permohonan menyertai Program PERMATA Negara ini dibuka bermula 1 Julai hingga 30 September 2025.
Berikut dikongsikan info-info penting bagi ibu bapa/penjaga yang berminat untuk memohon. Pastikan anda membaca dengan teliti setiap maklumat yang diberikan agar permohonan tidak ditolak. 
BACA JUGA: Program Tabung Warisan Anak Selangor 2025 – TAWAS
Apa itu Program PERMATA Negara? Program PERMATA Negara ialah sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan memberikan asuhan dan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, dengan keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40). 
Program ini bermula sebagai projek perintis pada tahun 2007, digerakkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan profesional dari pelbagai bidang dan kemudiannya diperluaskan ke seluruh negara setelah keberkesanannya terbukti. 
Sebanyak 89 buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) telah dibina di seluruh negara meliputi kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
Selain itu, terdapat sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan di bawah Program PERMATA iaitu PERMATA Negara; PERMATA@Pintar; PERMATA Insan; PERMATA Seni; PERMATA Remaja; PERMATA Kurnia; serta PERMATA STEM Talent.
Program-program PERMATA ini merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan kebangsaan dan merupakan kesinambungan pendidikan kanak-kanak sejak lahir hingga dewasa seterusnya memastikan bahawa tidak ada kanak-kanak yang tertinggal dalam mencapai kecemerlangan. 
Syarat Kelayakan Anak pemohon mestilah berumur di antara 1 hingga 4 tahun untuk memasuki program PERMATA Negara. Gaji suami isteri hendaklah RM 2500 bagi kawasan bandar dan RM 1500 bagi kawasan luar bandar. Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia. Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja. Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan. Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar. Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil.  Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program percuma yang membantu keluarga berpendapatan rendah khususnya.
Permohonan ke Pusat Anak Permata Negara Permohonan kemasukan program PERMATA Negara dibuka mulai 1 Julai hingga 30 September 2025 bagi pengambilan sesi 2026.
Bagi ibu bapa/penjaga yang berminat untuk memohon, sila layari: https://tinyurl.com/PAPN2026. 
Kemudian, pilih lokasi mengikut negeri. Klik pautan yang disediakan atau scar QR. Seterusnya,  isi borang dengan maklumat yang diperlukan. 
Dokumen Sokongan Salinan Sijil Kelahiran Anak. Salinan Rekod Imunisasi Anak. Salinan slip gaji/ penyata gaji terkini ibu bapa/ penjaga yang disahkan oleh majikan atau surat perakuan pendapatan bekerja sendiri/ tidak bekerja ibu bapa/ penjaga yang disahkan oleh Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawa/ Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Ahli Parlimen / Pesuruhjaya Sumpah. Tarikh-Tarikh Penting Tarikh Permohonan Dibuka: 1 Julai hingga 30 September 2025  Tarikh Tutup: 30 September 2025  Keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 Disember 2025. NOTA: Pemilihan anak PERMATA Negara adalah tertakluk kepada keputusan Bahagian PERMATA. Keputusan pemilihan anak PERMATA Negara adalah MUKTAMAD. 
Keistimewaan Program PERMATA Negara Keistimewaan program PERMATA Negara antaranya kerana ia menyediakan pendidikan secara percuma bagi membolehkan kanak-kanak dalam kumpulan berkenaan mengikuti pembelajaran sambil bermain dan menerokai aktiviti-aktiviti kegemaran.
Dalam masa yang sama, program tersebut turut menggalakkan penglibatan ibu bapa bagi mewujudkan kesinambungan dalam aktiviti perkembangan kanak-kanak di rumah dan kerjasama antara pendidik serta komuniti setempat.
Kelebihan lain yang ada pada Program PERMATA Negara ialah penggunaan Kurikulum Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah dibangunkan pada tahun 2008 yang mempunyai enam bidang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Sasaran utama: Kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 4 tahun ke bawah, terutama dari keluarga berpendapatan rendah (pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah diberi keutamaan). Matlamat: Menyediakan permulaan hidup terbaik melalui asuhan dan pendidikan awal yang holistik, merangkumi perkembangan fizikal, emosi, sosial, dan kognitif kanak-kanak. Pendekatan: Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain (play-based learning) yang diiktiraf sebagai kaedah paling berkesan untuk kanak-kanak kecil meneroka dan belajar dalam suasana menyeronokkan. Kurikulum: Berasaskan Kurikulum Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang merangkumi enam bidang perkembangan utama: fizikal dan psikomotor, awal matematik dan logik, deria dan pemahaman dunia persekitaran, bahasa dan komunikasi, kreativiti dan estetika, serta sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian. Pelaksanaan: Program ini dijalankan di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang terdapat di seluruh negara, termasuk kawasan bandar dan luar bandar. Pendidikan adalah percuma bagi kumpulan sasar. Penglibatan komuniti: Ibu bapa digalakkan terlibat aktif dalam proses pembelajaran anak, dan program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi serta komuniti setempat untuk memastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Senarai Pusat Anak PERMATA Negara ALAMAT NO TELPusat Anak Permata Negara Batu Pahat
No 7, Jalan Gunung Soga83000 Batu Pahat 
JOHOR013-7081754Pusat Anak PERMATA Negara Felda Tenggaroh 2
No.1, Jalan CempakaFelda Tenggaroh 286810 Mersing JOHOR07-7911059Pusat Anak PERMATA Negara Parit Guntong
TLJM 336 Parit GuntongMukim Lubok, Semerah83600, Batu Pahat
JOHOR07-4163036Pusat Anak PERMATA Negara Segamat
LOT 15550 Mukim Sg SegamatBandar Putra85000 Segamat
JOHOR07-9432385Pusat Anak PERMATA Negara Kulaijaya
LOT 23780, Jalan Sri Putri 1/13 Taman Putri, 81000 Kulaijaya
JOHOR07-662311707-6623257Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Gudang
PTD 158017 Persimpangan Jalan GunungJalan Gunung 41, Bandar Sri Alam81750 Masai
JOHOR07-3861070Pusat Anak PERMATA Negara Bukit Peringgit
No. 47 Kuarters Kerajaan75150 Bukit Peringgit
MELAKA06-2821309Pusat Anak PERMATA Negara Jasin
Lot PT 5566, Jalan Melaka, Taman Bahagia 77000, Jasin 
MELAKA06-5292791Pusat Anak PERMATA Negara Bukit Katil
Lot PT 5497, Kawasan MITC, Ayer Keroh Daerah Melaka Tengah, 75450 
MELAKA06-2325173Pusat Anak PERMATA Negara Alor Gajah
Lot PT 7295, Mukim Kelemak (Jalan Hospital Lama)Daerah Alor Gajah, 78000 
MELAKA06-5562223Pusat Anak PERMATA Negara Merlimau
Lot 481, Jalan Merlimau-Jasin
Bersebelahan Klinik Kesihatan Merlimau77300 Merlimau  
MELAKA06-263391306-2634451Pusat Anak PERMATA Negara Serkam
Lot 3306, Taman Serkam Perdana Jalan Serkam-Bemban 77300 Merlimau 
MELAKA06-2635224Pusat Anak PERMATA Negara Gadek
Lot 180, Japerun Lama Gadek78000 Alor Gajah 
MELAKA06-5547163Pusat Anak PERMATA Negara Sungai Udang
Lot 2223, Jalan Wira 18Taman Peruna76300 Sungai Udang
MELAKA06-351004306-3510020Pusat Anak PERMATA Negara Taboh Naning
Kg. Simpang Ampat Taboh Naning78000 Alor Gajah
MELAKA06-5520959Pusat Anak PERMATA Negara Duyong
Lot 3677 dan Lot 3678, Jalan SP 10Taman Semabok Perdana75050 Semabok
MELAKA06-2815978Pusat Anak PERMATA Negara Chembong
Rumah Contoh No. 5&6Taman Chembong Jaya71300 Rembau
NEGERI SEMBILAN06-6853584Pusat Anak PERMATA Negara Kuala Pilah
Bekas Kediaman Kerajaan JBA(Bersebelahan Rumah Rehat Kuala Pilah)Jalan Bukit, 72000 Kuala Pilah
NEGERI SEMBILAN06-4810905Pusat Anak PERMATA Negara Felda Raja AliasNo. 1, Perumahan Feldajaya Selatan72120 Bandar Baru Jempol
NEGERI SEMBILAN06-4581178Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang
No 18,19,20, Tmn Desa Pinang71000 Port Dickson
NEGERI SEMBILAN06-646204606-6462043Pusat Anak PERMATA Negara Rembau
Jalan Ekar 2, Taman Bandar Ekar 71200 Rantau
NEGERI SEMBILAN06-6941743Pusat Anak PERMATA Negara Tampin
Taman Gunung Mas, Pekan Tampin Tengah73000 Tampin 
NEGERI SEMBILAN06- 441469Pusat Anak PERMATA Negara Jelebu
Kawasan Lapang, Kuarters MengkanJalan Petaling, 71600 Jelebu
NEGERI SEMBILAN06-6134326Pusat Anak PERMATA Negara Gemencheh
Kg. Jelawai 73200 Gemencheh 
NEGERI SEMBILAN06-4310468Pusat Anak PERMATA Negara Rahang
Jalan Keliling70100 Seremban 
NEGERI SEMBILAN06-7623525Pusat Anak PERMATA Negara Subang Jaya
Aras Bawah, Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya Jalan PJS 11/2 46000 Bandar Sunway 
SELANGOR03-56359054Pusat Anak PERMATA Negara Hulu Selangor
Aras Bawah Blok C, Apartment Kenanga,  Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang SELANGOR03-60211495Pusat Anak PERMATA Negara Presint 16
Aras Bawah Kompleks Kejiranan Presint 16, 62150 PUTRAJAYA03-88811316Pusat Anak PERMATA Negara Putrajaya
No.5 Jalan P16G, Presint 1662150
PUTRAJAYA03-8888984403-88889845Pusat Anak PERMATA Negara Kerinchi
Aras Bawah, Blok F, PPR Kerinchi Jalan Pantai Permai 2, Pantai Dalam59200
KUALA LUMPUR03-22400221Pusat Anak PERMATA Negara ATM Desa Tun Hussein Onn 
Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek 50634
KUALA LUMPUR03-41421735Pusat Anak Permata Negara TD Sungai Besi
Kem Perdana Sungai Besi 57000
KUALA LUMPUR03-90562054Pusat Anak PERMATA Negara PPR Seri Semarak
Tingkat Bawah Blok F, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri SemarakDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lot 28425, Jalan Ayer Keroh, Mukim Setapak53300
W.P. KUALA LUMPUR03-4031 7966Pusat Anak PERMATA Negara PPR Air Panas
Tingkat Bawah Blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kolam Air PanasDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)Lot 200429, Jalan Kolam Air Panas, Mukim Setapak53200
W.P. KUALA LUMPUR03-4144 2300Pusat Anak PERMATA Negara Bercham
Persiaran Tasik Timur 7, Taman Mewah31400 Bercham
PERAK05-5482145Pusat Anak PERMATA Negara Felda Besout
Felda Gunung Besout 135600 Sungkai
PERAK05-431324005-4313243Pusat Anak PERMATA Negara Parit Buntar
Lot. 10642, Jalan Persiaran PermaiTaman Kerian Permai34200 Parit Buntar 
PERAK05-716 2814Pusat Anak PERMATA Negara Pangkor
Lot. 3765, Kampung Sungai Pinang Besar32300 Pulau Pangkor, Lumut
PERAK05-6851189Pusat Anak PERMATA Negara Teluk Intan
Lot. 125 & 127, Jalan Jawa36000 Teluk Intan
PERAK05-6214844Pusat Anak PERMATA Negara Hutan Melintang
Parlimen Bagan Datoh,Belakang Bangunan UMNO36400 Hutan Melintang 
PERAK05-6412620Pusat Anak PERMATA Negara Padang Rengas
Jalan Seri Permai 5, Taman Seri Permai33700 Padang Rengas
PERAK05-758321505-7583392Pusat Anak PERMATA Negara Sungai Siput
RPA Rimba Panjang31100 Sungai Siput (U)
PERAK05-5972307Pusat Anak PERMATA Negara Kota Tampan
No.172 Taman Sri Adika RajaJalan Bukit Raja 33400 Lenggong
PERAK05-767656905-7676570Pusat Anak PERMATA Negara Pengkalan Hulu
JKA 18, Jalan Sri Adika Raja KPLX Kerajaan 33100 Pengkalan Hulu
PERAK04-4770669Pusat Anak PERMATA Negara Gopeng
Lebuh Rapat Baru 19, Taman Song Choon 31350 Ipoh
PERAK05-311423105-3122461Pusat Anak PERMATA Negara Kepala BatasTaman Seri Menerong, Mukim 1213300 Tasek Gelugor Seberang Prai Utara
PULAU PINANG04-5733381Pusat Anak PERMATA Negara Nibong Tebal
Hadapan 468, Jalan SelamatLot. 500 Sungai Bakap, 14200 Sungai Jawi Seberang Perai Selatan
PULAU PINANG04-5823146Pusat Anak PERMATA Negara Balik Pulau
Mukim B, Solok Nelayan 1, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau11010
PULAU PINANG04-8662041Pusat Anak PERMATA Negara Kuala Ketil
Lot. 3610 (GM2517)Pekan Malau, Mukim Bakai09020 Baling
KEDAH04-4723116Pusat Anak PERMATA Negara Pokok Sena
Desa KEDA Batu 13Jalan Kuala Nerang06400 Pokok Sena
KEDAH04-7821459Pusat Anak Permata Negara Yan
Permatang Kelumpang06900 Yan
KEDAH04-4655069Pusat Anak PERMATA Negara Langkawi
Blok B, Medan Budaya,Kompleks LADA, 07000 Kuah, Langkawi
KEDAH04-9660360Pusat Anak PERMATA Negara Tambun Tulang
Dewan Serbaguna PerumahanAwam Kos Rendah Tambun Tulang02600 Arau
PERLIS04-9862677Pusat Anak PERMATA Negara Kangar
Rumah Kerajaan JKR 395,Jalan Pegawai01000 Kangar
PERLIS04-9763717Pusat Anak PERMATA Negara Padang Besar
Lot. 3591, Mukim PayaBeseri, 02400 Kangar
PERLIS04-9381994Pusat Anak PERMATA Negara Arau
Bekas Tapak Balai Penghulu02700 Simpang Empat
PERLIS04-9805546Pusat Anak PERMATA Negara Dungun
PT 13234 Kg TemiangSeberang Pintasan23000 Dungun
TERENGGANU09-8454626Pusat Anak PERMATA Negara Kerteh
Felda Kerteh 523300 Ketengah JayaDungun
TERENGGANU09-8200012Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Mas
JKR 287 Kg. Kubang Panjang17000 Pasir Mas
KELANTAN09-7904351Pusat Anak PERMATA Negara Jeli
Hadapan Pejabat Perhilitan17600 Jeli
KELANTAN09-944010809-9440061Pusat Anak PERMATA Negara Felda Chiku 118300 Gua Musang 
KELANTAN09-9284001Pusat Anak PERMATA Negara Tumpat
Pengkalan Kubor16210 Tumpat
KELANTAN09-7211236Pusat Anak PERMATA Negara Ketereh
Lot 450, Kg Padang Upe 16450 Kota Bharu
KELANTAN09-7530120Pusat Anak PERMATA Negara Bachok
Pusat Ko-Kurikulum Kelantan Jab. Pelajaran Kelantan, Tangok16310 Bachok 
KELANTAN09-7780364Pusat Anak PERMATA Negara Mempaga
No 28, Felda Jaya Timur Mempaga 28600 KarakPAHANG09-2222406Pusat Anak PERMATA Negara Chini
Felda Chini Timur 326690 Chini
PAHANG09-4571058Pusat Anak PERMATA Negara Bera
Taman Kerayong Indah28200 Bera
PAHANG09-2552089Pusat Anak PERMATA Negara Bentong
Kg. Bukit Gajah, Simpang Pelangai28740 Bentong
PAHANG09-245026409-2450063Pusat Anak PERMATA Negara Maran Bersebelahan Perumahan Maran Damai Luit 26500 Maran
PAHANG09-4771231Pusat Anak PERMATA Negara Raub
Taman Amalina Lestari 27600 Raub
PAHANG09-3551675Pusat Anak PERMATA Negara Kuantan
Astaka Village 26060 Kuantan
PAHANG09-5344142Pusat Anak PERMATA Negara Temerloh
Lot 1623, Jalan ¼Taman Tualang Indah28400 Mentakab, Temerloh
PAHANG09-2770775Pusat Anak PERMATA Negara Cameron Highlands
Lot 360, Jalan Istana, Tanah Rata 39000 Cameron Highlands
PAHANG05-4914137Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan
Sublot 8, Blok 1, Desa IlmuJalan Dato Mohd Musa94300 Kota Samarahan 
SARAWAK082-896231Pusat Anak PERMATA Negara Sarikei
Jalan KJD, Blok 10, Lot 515Kampung Nyelang, Batu 596507 Meradong, Bintangor
SARAWAKTIADAPusat Anak PERMATA Negara Sibu
Jalan Kemboja, Lot 909, Blok 2, Sibu96000 Sibu
SARAWAK084-320794Pusat Anak PERMATA Negara Tuaran
Rumah JKR 7, No. 450389200 Tuaran 
SABAH088-787195Pusat Anak PERMATA Negara Beaufort
KM 0.1, Jalan Perumahan JKR Off Jalan Pejabat-Pejabat Kerajaan 89807 Beaufort
SABAH087-211397Pusat Anak PERMATA Negara Kota Belud
Jalan Sulidan 89150 Kota Belud
SABAH088-971476Pusat Anak PERMATA Negara Papar
Jalan Tanjung Pagar89600 Papar 
SABAH088-911015Pusat Anak PERMATA Negara Matunggong
Pejabat Pos Mini Matunggong89058 Kudat 
SABAH088-611120Pusat Anak PERMATA Negara Ranau
Jalan SMK Agama Lama Ranau89307, Ranau 
SABAH088-875286Pusat Anak PERMATA Negara Kudat
Jalan Flat Persekutuan89058, Kudat 
SABAH088-611751Pusat Anak PERMATA Negara Sandakan
Batu 1 1/2, Jalan Phang Kok Yuen90000, Sandakan
SABAH089-212025Pusat Anak PERMATA Negara Batu Sapi
D/A Bersebelahan Sekolah Bandar II (SKII) Karamunting, Batu Sapi90009, Sandakan
SABAH089-611194Pusat Anak PERMATA Negara Kota KinabaluTaman Keramat Batu 2Jalan Tuaran88100 Kota KinabaluSABAH088-253107Pusat Anak PERMATA Negara Putatan
Bersebelahan Jabatan Belia dan Sukan SabahJalan Taman Pasir Putih, Putatan88998 Kota Kinabalu
SABAH087-886214Pusat Anak PERMATA Negara Penampang
Kampung Inobong, P.O.BOX 33189507, Penampang
SABAH088-702381Pusat Anak PERMATA Negara Membakut
Jalan Papar- Beaufort89720, Membakut
SABAH087-886214 Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan, info terkini dan maklumat lanjut, sila hubungi: 03-8880 5151 (Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM)). 
Ikuti media rasmi Program Pertama Negara:
Instagram: https://www.instagram.com/bahagianpermatakpm  Facebook: https://www.facebook.com/programpermatakpm/ 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pusat-anak-permata-negara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pusat-anak-permata-negara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasar Wanita Negara 2025 2030 Tema Matlamat Dan Sasaran Keberhasilan

Dasar Wanita Negara 2025 2030 Tema Matlamat Dan Sasaran Keberhasilan

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 122 hits
Kejayaan negara bergantung pada usaha berterusan dalam memartabatkan wanita dan menjamin kesejahteraan mereka Mengimbas perjalanan sejarah Dasar Wanita Negara yang pertama telah digubal pada tahun 1989 dan disemak semula pada tahun 2009 den...
Program Al Falah Madani 2025 Di Masjid Jamek Beserah Akan Diadakan Bermula Esok Sehingga Hari Ahad Ini

Program Al Falah Madani 2025 Di Masjid Jamek Beserah Akan Diadakan Bermula Esok Sehingga Hari Ahad Ini

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 158 hits
KUANTAN Jabatan Perdana Menteri menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan program Al Falah MADANI 2025 di Masjid Jamek Beserah di sini bermula esok hingga Ahad Program ini merupakan manifestasi pendekatan Malaysia MADANI ya...
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 170 hits
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga Musim durian kembali lagi Bagi peminat durian inilah masa yang ditunggu tunggu Segamat Johor sangat terkenal sebagai salah satu port durian di Malaysia yang cukup popular Jadi jika anda seda...
Program Tabung Warisan Anak Selangor 2025 Tawas

Program Tabung Warisan Anak Selangor 2025 Tawas

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 123 hits
Tabung Warisan Anak Selangor diteruskan untuk tahun 2025 kepada mereka yang layak Ibu bapa atau penjaga ahli program ini kelahiran 2008 dan 2009 diminta untuk mengemaskini data terkini bagi melancarkan urusan pembayaran tabungan anak mereka...
Starting August 2025 Apprentices Must Be Paid Minimum Wage

Starting August 2025 Apprentices Must Be Paid Minimum Wage

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 107 hits
THE National Wages Consultative Council Act 2025 will come into effect on August 1 2025 But what does this mean for employers Starting August 1 employers hiring apprentices will be legally required to pay them at least the national minimum ...
8 Rekomendasi Film Bioskop Juli 2025 Dari Yang Seru Nangis Haru Sampai Deg Degan Maksimal

8 Rekomendasi Film Bioskop Juli 2025 Dari Yang Seru Nangis Haru Sampai Deg Degan Maksimal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 150 hits
Lagi cari tontonan seru di tengah Juli yang dinamis Deretan film bioskop Juli 2025 ini hadir dengan ragam genre dari fiksi fantasi aaksi komedi horor budaya cinta lintas waktu hingga drama spiritual yang menyentuh Delapan judul ini bukan cu...
Penebusan Baucar Buku Guru Madani 2025 Hadiah Ilmu Untuk Guru Bermula 1 Julai 30 September 2025

Penebusan Baucar Buku Guru Madani 2025 Hadiah Ilmu Untuk Guru Bermula 1 Julai 30 September 2025

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 137 hits
HADIAH ILMU UNTUK GURU MALAYSIAPenebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan kini layak menerima Baucar Buku bernilai RM100 untuk pembelian bahan bacaan berkualiti secara dalam talian CARA PENEBUSAN MUDAH CEPAT...
Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025

Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 206 hits
WindMill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025 WindMill Fun Park satu lagi taman tema di Malaysia yang patut masuk ke dalam senarai ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil Taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan menarik terma...
Monolog Khas Jumaat 4 Julai 2025

Monolog Khas Jumaat 4 Julai 2025

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 146 hits
Monolog Khas Jumaat 4 Julai 2025Tajuk Jumaat dan Jiwa yang Tak Pernah Putus Harap Hari ini Jumaat datang lagi Dalam sunyi pagi yang masih lembap aku tenung langit biru kelam tapi indah Seakan berkata Jangan putus asa Ada masanya hidup teras...
Hishammuddin Kena Ambil Inisiatif Jika Mahu Kembali Kata Ketua Umno Bahagian

Noktah Dosa

Tarif Us Rundingan Gagal Atau Persepsi Dimanipulasi

100 Tahun Tun Dr Mahathir Mohamad Sebuah Legasi Untuk Malaysia

Program University Social Responsibility Menyatukan Ilmu Tahfiz Dan Stem Dengan Pendekatan Saintifik

Apa Perlu Buat Kalau Motor Dah Lama Tak Renew Roadtax

Born To Be Mak The Woman Behind Our Strength

Judicial Appointments To Follow Constitution Says Azalina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tun Mahadhir 100 Tahun

Bola Sepak Kedah Masih Bernyawa

Ada Apa Dengan Kebaikan

Display Box Berkualiti Tinggi Paparan Produk Lebih Menarik Di Rak Jualan

Essential School Supplies Equipping Students For Academic Success

Elite Gigih Masuk Kelas Vokal Netizen Puji Betul Betul Prepare Ok Boleh Beli Tiket