Bantah Pelaksanaan Paksaan Satu Kelas Bukan Dlp Bagi Sains Matematik Di Smjk Sm



(MyMetro): Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.
Mereka juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal Program Dwibahasa (DLP) dalam Sains serta Matematik.
Pada masa ini, Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah ini.
Beliau berkata, surat itu secara rasmi mengumumkan bahawa salah satu arahan kementerian adalah menguatkuasakan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua SMJK mulai tahun ini.
Katanya, kelas terbabit juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang pelajar.
“Kami, wakil Lembaga Sekolah dan 11 PIBG sekolah di Pulau Pinang, ingin menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam semua SMJK dan SMC di Pulau Pinang.
“Ia menyebabkan percanggahan besar dalam kalangan ibu bapa yang menentang keras dasar itu. Ia juga menimbulkan masalah yang tidak perlu kepada pentadbiran sekolah.
“Akibatnya, ia menimbulkan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar.
“Dasar ini sama sekali tidak mengendahkan kehendak ibu bapa dan bertentangan dengan hasrat asal DLP, yang sepatutnya memperkukuh dan melengkapkan pelajar dengan lebih baik dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan Pendidikan Teknikal dan Latihan (TVET) untuk meneruskan matlamat ‘pelan induk industri baharu 2030,” katanya.
Menurut Hean Eng, DLP dalam bidang Sains dan Matematik bukan hanya dapat memastikan kesinambungan pelajar antara pendidikan menengah dan pengajian lanjutan di kolej dan universiti malah meningkatkan daya saing pelajar di peringkat antarabangsa.
“Sekiranya hasrat kementerian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu, maka kementerian harus lebih berusaha dalam mereka bentuk semula sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan mengkaji semula kaedah pengajarannya daripada menggunakannya (Bahasa Melayu) sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik malah mungkin memberi kesan buruk kepada pelajar yang sudah ‘lemah’ dalam Bahasa Melayu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Perempuan Cina Pulau Pinang, Dr Goh Huck Keen berkata, mereka memulakan kelas tahun ini tetapi ibu bapa keberatan membenarkan anak mereka belajar di dalam kelas itu.
Katanya, pelajar untuk kelas itu dipilih berdasarkan keputusan darjah enam mereka.
“Ibu bapa, yang anak mereka berada di dalam kelas, melihat ini sebagai satu bentuk hukuman paksa ke atas anak mereka dan tidak berpuas hati dengan keadaan itu.
“Mereka juga secara berterusan membangkitkan perkara ini dengan pihak pentadbir sekolah,” katanya.
Setiausaha Lembaga Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang , Foo Wan P’ng berkata, mereka menubuhkan satu kelas masing-masing di Sekolah Menengah Chung Ling, Butterworth dan Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang.
“Di Butterworth, hanya beberapa pelajar saja di dalam kelas, manakala di Pulau Pinang, tiada seorang pun pelajar. Kami menghadapi tentangan hebat daripada ibu bapa.
“Pegawai Jabatan Pendidikan negeri datang meninjau pelaksanaan kelas itu dan kita beritahu situasi yang kita hadapi.
“Mereka memberitahu kami mereka akan menempatkan pelajar di dalam kelas,” katanya.
 
The post Bantah pelaksanaan paksaan satu kelas bukan DLP bagi Sains, Matematik di SMJK, SM (C) appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/06/07/bantah-pelaksanaan-paksaan-satu-kelas-bukan-dlp-bagi-sains-matematik-di-smjk-sm-c/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebagai Perbandingan Dalam Satu Kelas Yang Terdiri Daripada 30 Orang Calon 1 Calon M

Sebagai Perbandingan Dalam Satu Kelas Yang Terdiri Daripada 30 Orang Calon 1 Calon M

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 193 hits
SPM 2023 Sebagai analogi dalam satu kelas yang ada 30 orang calon 1 calon mendapat semua A 10 calon lulus semua pelajaran 28 calon mendapat sijil SPM 1 tidak mendapat sijil 1 tidak hadir peperiksaan Jika dilihat secara keseluruhannya dari s...
Set Kain Kafan Edisi Dato Kazim Elias Satu Rumah Satu Keperluan

Set Kain Kafan Edisi Dato Kazim Elias Satu Rumah Satu Keperluan

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSetiap yang hidup pasti akan merasai mati tetapi sejauh mana persediaan kita yang masih hidup ini dalam menghadapinya Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan keperluan d...
Mak Mentua Tak Pernah Ambik Kisah Bila Suami Nak Kahwin Lagi Satu Tapi Bila Dia Lumpuh Orang Pertama Dia Suruh Jaga Aku

Mak Mentua Tak Pernah Ambik Kisah Bila Suami Nak Kahwin Lagi Satu Tapi Bila Dia Lumpuh Orang Pertama Dia Suruh Jaga Aku

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 320 hits
Setelah dilukakan hati oleh suami atau pasangan tercinta pastilah jiwa dan raga akan mengalami kelukaan yang amat mendalam dan sukar untuk diubati Lebih lebih lagi jika ia melibatkan orang ketiga dan penyelesaian pada semua itu adalah denga...
Satu Jam Setelah Subuh

Satu Jam Setelah Subuh

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 400 hits
Asalamualaikum dan selamat pagi Terima kasih dengan perkongsian ini 1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita Jadi apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh 1 Jangan tidur lepas subuh Ia menutup banyak pintu rezeki...
Kelas Fardhu Ain Dari Kitab Al Risalah Al Jami Ah Wa Al Tazkirah Al Nafi Ah Kelas Pertama

Kelas Fardhu Ain Dari Kitab Al Risalah Al Jami Ah Wa Al Tazkirah Al Nafi Ah Kelas Pertama

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 257 hits
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah dengan izin Allah semalam saya dapat bersama dalam kelas Fardhu Ain yang pertama dari syarikat Smart Central Malaysia Semalam merupakan kelas pertama kami bagi sesi bulan Jun 2024 Saya kongsikan sediki...
Pernah Pergi Farmasi Nak Beli Panadol Tapi Tak Pasti Which Satu Nak Pilih

Pernah Pergi Farmasi Nak Beli Panadol Tapi Tak Pasti Which Satu Nak Pilih

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 284 hits
Pernah tak korang pergi farmasi nak beli Panadol tapi tak sure yang mana satu sesuai untuk korang So today I nak share jenis jenis Panadol dan fungsi setiap satu Kredit Aina X The post appeared first on
Ujian Penilaian Kelas Kafa Tarikh Upkk 2024

Ujian Penilaian Kelas Kafa Tarikh Upkk 2024

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 220 hits
Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA Tahun 2024 Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2024 yang diumumkan oleh JAKIM Apakah UPKK Ujian Penilaian Kelas KAFA ata...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lactalis Memperkenalkan Pride Family Milk Powder Di Malaysia

Cara Cepat Untuk Move On Dari Mantan Kekasih

Orang Banyak Bercakap Elokkah

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3