Bank Dunia Lulus Guna Rm4 19 Billion Tabung Amanah Afghanistan Yang Dibekukan


Bank Dunia meluluskan rancangan menggunakan kira-kira AS$1 bilion (RM4.19 bilion) daripada tabung amanah Afghanistan yang dibekukan untuk program pendidikan, pertanian, kesihatan dan keluarga, menurut kertas bank dan dua sumber.
Langkah itu dilihat sebagai satu rangsangan besar kepada usaha meredakan krisis kemanusiaan dan ekonomi negara yang semakin teruk.






Pelan yang digariskan dalam kertas yang dilihat oleh Reuters pada Jumaat adalah untuk memintas pihak berkuasa Taliban dengan mengagihkan dana dalam Tabung Amanah Pembinaan Semula Afghanistan (ARTF) yang ditadbir Bank Dunia melalui agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia akan dibincangkan oleh Lembaga Bank Dunia pada 1 Mac, menurut sumber.
Penderma dana perlu memberikan kelulusan untuk mengeluarkan wang daripada tabung itu.
Langkah itu akan menyusuli kejayaan pengeluaran AS$280 juta (RM1.2 bilion) daripada dana amanah yang sama kepada Program Makanan Sedunia (WFP) dan agensi kanak-kanak PBB UNICEF untuk menyokong pemakanan dan kesihatan di Afghanistan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut kertas Bank Dunia, rancangan itu adalah untuk "menyediakan lebih daripada AS$1 bilion sumber ARTF pada 2022."
Menyedari keadaan masih tidak berubah, pelan itu menyasarkan fleksibiliti dengan membuat empat pengeluaran berjumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion) dan selebihnya "atas asas keutamaan" untuk sepanjang tahun ini.
Matlamatnya adalah untuk melindungi mereka yang terdedah, membantu memelihara modal insan dan institusi ekonomi dan sosial utama dan mengurangkan keperluan untuk bantuan kemanusiaan masa depan, menurut kertas Bank Dunia.
Bank itu meminta dana berkenaan digunakan untuk program keselamatan makanan, kesihatan dan pendidikan.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bulan lalu menggesa baki AS$1.2 bilion (RM5.02 bilion) dana itu dikeluarkan untuk membantu rakyat Afghanistan menjalani kehidupan pada musim sejuk sambil menekankan: "Masa adalah penting
PBB memberi amaran hampir 23 juta orang iaitu kira-kira 55 peratus penduduk negara miskin itu berdepan risiko tahap kelaparan yang melampau dengan hampir sembilan juta berisiko kebuluran.
Berbilion dolar dalam rizab bank pusat Afghanistan, dana amanah yang ditadbir Bank Dunia dan bantuan kewangan asing dibekukan bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Taliban.
Kumpulan itu merampas kuasa pada Ogos lalu ketika tentera asing meninggalkan Afghanistan selepas perang berlangsung selama 20 tahun.
Perunding kanan kumpulan pemikir Kumpulan Krisis Antarabangsa, Graeme Smith, berkata rancangan Bank Dunia itu akan menyediakan wang yang sangat diperlukan dan pada masa sama berupaya mengelak campur tangan Taliban, yang pemimpinnya berada di bawah sekatan Amerika Syarikat (AS) dan PBB.
Pelan Bank Dunia menetapkan "syarat minimum untuk akses dan ekuiti" bertujuan untuk memastikan kanak-kanak perempuan dibenarkan ke sekolah, guru wanita boleh bekerja, wanita dimasukkan ke dalam majlis komuniti, isi rumah diketuai wanita menerima bantuan makanan dan pekerja kesihatan wanita dibenarkan bekerja.
Ia memerlukan kira-kira AS$150 juta (RM627 juta) untuk diagihkan melalui UNICEF kepada lebih 200,000 guru yang tidak dibayar lebih enam bulan.
Sebanyak AS$100 juta (RM418 juta) lagi akan diperuntukkan untuk meningkatkan daya tahan masyarakat, AS$150 juta hingga AS$200 juta (RM837 juta) untuk keselamatan makanan, dan AS$150 juta untuk program kesihatan.
AS minggu lalu mengumumkan rancangan untuk membenarkan separuh daripada AS$7 bilion (RM29 bilion) aset bank pusat Afghanistan yang dibekukan di Federal Reserve Bank of New York digunakan untuk membantu rakyat Afghanistan. Selebihnya adalah untuk memenuhi tuntutan undang-undang berkaitan keganasan terhadap Taliban. - REUTERS


Bank Dunia lulus pelan guna AS$1 bilion dana amanah Afghanistan
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/02/924384/bank-dunia-lulus-pelan-guna-as1-bilion-dana-amanah-afghanistan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.simiey.info/2022/02/bank-dunia-lulus-guna-rm419-billion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Guna Buat Perniagaan Jika Ilmu Berniaga Tak Ada

Apa Guna Buat Perniagaan Jika Ilmu Berniaga Tak Ada

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 201 hits
Dalam Malaysia ada banyak jenis perniagaan Ada jenis perniagaan menjual kereta ada jenis perniagaan membuka kedai dobi ada jenis perniagaan menjual kuih tahap kecil kecilan tepi jalan juga Nak berniaga tak salah malah Nabi Muhammad Sallalla...
Kos Prn Johor Rm96 Juta Lebih Baik Guna Untuk Turunkan Harga Ayam Akmal

Kos Prn Johor Rm96 Juta Lebih Baik Guna Untuk Turunkan Harga Ayam Akmal

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 237 hits
Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya semalam bahawa kos melaksanakan Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac ini sebanyak RM96 juta amat mengejutkan Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir kos sebanyak itu tidak seharusnya dibazirkan sekiranya...
Buat Sendiri Roti Bun Coklat Sedap Lembut Guna Resipi Ni

Buat Sendiri Roti Bun Coklat Sedap Lembut Guna Resipi Ni

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 254 hits
Roti Bun Coklat Chocolate Raisin ni nampak sedap kan Menurut empunya resipi saudari Zuraita Mohd Anua jika mahukan rasa roti yang lebih sedap anda boleh guna inti coklat Jika tiada boleh je digantikan dengan cip coklat dan kismis Hasilnya s...
Dia Jarang Guna Cuti Sakit Kelakuan Suho Exo Sepanjang Perkhidmatan Tentera Dipuji

Dia Jarang Guna Cuti Sakit Kelakuan Suho Exo Sepanjang Perkhidmatan Tentera Dipuji

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 168 hits
Selepas dua tahun menabur bakti akhirnya Suho dari EXO disahkan sudah pun tamat latihan ketenteraannya ARTIKEL BERKAITAN Sesudah berita itu dilaporkan Dispatch telah menyampaikan mengenai kelakuan Suho semasa berkhidmat di Pejabat Seocho se...
Prn Johor Tiada Guna Pilih Pn Pemimpinnya Kian Membawa Diri Keluar Parti

Prn Johor Tiada Guna Pilih Pn Pemimpinnya Kian Membawa Diri Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 210 hits
Persaingan sengit politik pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini seharusnya berlaku di antara Pakatan Harapan dan BN sahaja Pengundi sepatutnya tidak lagi menganggap Perikatan Nasional sebagai gabungan politik yang berwibawa dan mampu memb...
Orang Johor Kena Guna Formula Lebai Ni

Orang Johor Kena Guna Formula Lebai Ni

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 184 hits
Orang Johor harus guna formula ini Iaitu dengan mengundi Pakatan Harapan barulah landskap politik menjadi stabil jika diberi kpd BN mereka dok asyik bercakaran aja sesama sendiri
Hiburan Guna Air Paip Pada Kit Ujian Kendiri Boleh Positif Ini Jawapan Doktor

Hiburan Guna Air Paip Pada Kit Ujian Kendiri Boleh Positif Ini Jawapan Doktor

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 184 hits
Baru baru ini tular di laman video memaparkan seorang pengguna yang membuat uji kaji dengan menggunakan ujian kit kendiri dengan air paip Keputusan pada ujian itu adalah positif dan membuatkan orang ramai cuak dan tertanya tanya akan kesahi...
2 Lelaki Ini Dapat 4 Juta Us Dollar Hasil Perlombongan Bitcoin Guna Gas Metana

2 Lelaki Ini Dapat 4 Juta Us Dollar Hasil Perlombongan Bitcoin Guna Gas Metana

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 172 hits
Brent Whitehead dan Matt Lohstroh2 Lelaki Sahabat Baik Ini Dapat 4 Juta US Dollar Hasil Dari Perlombongan Bitcoin Guna Gas Asli Pada kebiasaannya perlombongan Bitcoin di lakukan dengan meletak ratusan atau ribuan hardware Bitcon di dalam sa...
Sah Atau Tidak Berwuduk Guna Tisu Basah

Sah Atau Tidak Berwuduk Guna Tisu Basah

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 405 hits
Soalan Assalamualaikum w b t Baru baru ini saya ada melihat satu video di Youtube yang mengajar untuk berwuduk dengan menggunakan tisu basah ketika menunaikan umrah Soalan saya adakah sah wuduk dengan cara tersebut Mohon percerahan Terima k...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul