Sah Atau Tidak Berwuduk Guna Tisu Basah


Soalan:
Assalamualaikum w.b.t. Baru-baru ini saya ada melihat satu video di Youtube yang mengajar untuk berwuduk dengan menggunakan tisu basah (wet wipe) ketika menunaikan umrah? Soalan saya, adakah sah wuduk dengan cara tersebut? Mohon percerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.[1]
Al-Maraghi menyatakan bahawa makna ayat di atas adalah sekiranya seseorang itu hendak bangun bagi mendirikan solat — dan masih lagi dalam keadaan berhadas. Hal ini kerana seluruh kaum Muslimin menyatakan bahawa bersuci (yakni berwuduk dan mandi wajib) tidak diwajibkan ke atas orang yang ingin mengerjakan solat melainkan dia masih dalam keadaan berhadas.[2]
Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyebutkan bahawa rukun wuduk ada enam. Empat daripadanya adalah berdasarkan ayat al-Quran iaitu membasuh muka, membasuh kedua tangan, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua kaki. Manakala dua rukun yang berbaki adalah berdasarkan sunnah iaitu niat dan tertib.[3]
DEFINISI TISU BASAH (WET WIPE)
Tisu basah (wet wipe) ialah sehelai kain kecil atau kertas basah yang hanya digunakan sekali untuk membersihkan sesuatu, biasanya dijual dalam satu bungkusan.[4] Tisu basah yang digunakan untuk bayi dan orang dewasa adalah berbeza dari segi bahan buatannya, namun kedua-duanya tetap mengandungi bahan-bahan lain selain air seperti alkohol, detergen yang bercampur dengan agen pelembap, pewangi dan pengawet.[5]
HUKUM BERWUDUK DENGAN TISU BASAH (WET WIPE)
Wuduk merupakan medium syarak yang terpenting untuk menghilangkan (mengangkat) hadas kecil daripada anggota badan bagi menjadikan seorang Muslim itu suci, lalu membolehkannya melaksanakan segala perbuatan atau amalan yang disyaratkan padanya suci daripada hadas — seperti mendirikan solat, memegang mashaf al-Quran, tawaf dan lain-lain.[6]
Wuduk ialah perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu berserta dengan niat. Ia dinamakan demikian kerana perbuatan tersebut mengelokkan dan menyerikan anggota yang dibasuh dan dibersihkan.[7] Seseorang itu dikira sah wuduknya, bilamana telah memenuhi semua rukun-rukun dan syarat-syarat sah wuduk.
Oleh demikian, berbalik kepada soalan yang ditanyakan, berwuduk dengan menggunakan tisu basah adalah tidak sah kerana ia tidak memenuhi dua syarat sah wuduk, iaitu:
Pertamanya, air atau kandungan yang terdapat di dalam tisu basah bukan lagi air mutlak kerana ia telah bercampur dengan bahan-bahan lain. Sedangkan di antara syarat sah wuduk ialah menggunakan air yang suci lagi menyucikan — iaitu air mutlak — kerana hadas tidak akan terangkat melainkan dengan hanya air mutlak.[8] Dalam bahasa mudahnya, air mutlak ialah air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan Allah SWT.[9]
Keduanya, di antara syarat sah wuduk juga ialah mengalirkan air pada anggota wuduk yang dibasuh[10] dan tidak cukup dengan hanya sekadar menyapu air pada anggota tersebut tanpa mengalirkannya kerana ia tidak dinamakan sebagai basuhan.[11] Justeru, sepertimana yang kita ketahui, tisu basah hanya sekadar basah atau lembap, jika ia diperah sekalipun tidak dapat menitiskan air apatah lagi mengalirkannya.
Kesimpulannya, berwuduk dengan tisu basah (wet wipe) adalah tidak sah kerana ia tidak dapat memenuhi syarat-syarat sah wuduk iaitu menggunakan air mutlak dan mengalirkan air pada anggota wuduk yang dibasuh.
Begitu juga kerana sifat tisu basah (wet wipe) ini berbeza dengan sifat air (cecair). Justeru pendapat yang lebih selamat dan ihtiyat, tidak diharuskan penggunaan tisu basah sebagai gantian daripada air. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
 
Sumber: siraplimau.com
The post Sah Atau Tidak Berwuduk Guna Tisu Basah (Wet Wipes)? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/sah-atau-tidak-berwuduk-guna-tisu-basah-wet-wipes/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kepada Siapa Yang Guna C Gadis Pesan Pada Netizen Jangan Withdraw Atau Transfer Duit Sebab

Hiburan Kepada Siapa Yang Guna C Gadis Pesan Pada Netizen Jangan Withdraw Atau Transfer Duit Sebab

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 258 hits
Kecoh seketika di media sosial apabila beberapa pelanggan bank di Malaysia mendakwa baki wang simpanan mereka menjadi negatif atau lesap sepenuhnya Malah ianya menjadi lebih sukar apabila mereka tidak dapat membuat transaksi serta wang simp...
Adi Putra Seb4k Tengok Keluarga Susah Tak Mampu Hulur Duit Bantu Guna Media Sosial

Adi Putra Seb4k Tengok Keluarga Susah Tak Mampu Hulur Duit Bantu Guna Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 209 hits
BERGIAT aktif dengan pertubvhan amal sejak tahun 2020 pelakon Datuk Adi Putra berkata dia menimba banyak pengalaman sepanjang menyertai program misi kemanusiaan itu Menurut Adi atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim 41 dia dapat meliha...
Dah Puas Guna Dibuangnya Merata Pekerja Pembersihan Terjumpa Mayat Rupanya Patung Lilin

Dah Puas Guna Dibuangnya Merata Pekerja Pembersihan Terjumpa Mayat Rupanya Patung Lilin

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 247 hits
Penemuan bungkusan seperti mayat manusia di belakang kedai motosikal di Seksyen 27 Shah Alam pada petang semalam mendorong pekerja pembersihan menghubungi polis Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata bung...
Muhyiddin Guna Zafrul Aniaya Najib

Muhyiddin Guna Zafrul Aniaya Najib

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 380 hits
Oleh Nurul Aishah FAKTA penting yang kita perlu ingat bahawa 1MDB ini adalah di bawah kawalan menteri kewangan yang dilantik Muhyiddin Pilihan Raya Negeri Johor akan berlangsung pada 12 Mac 2022 Muhyiddin sedar yang parti PPBM berada dalam ...
Kos Prn Johor Rm96 Juta Lebih Baik Guna Untuk Turunkan Harga Ayam Akmal

Kos Prn Johor Rm96 Juta Lebih Baik Guna Untuk Turunkan Harga Ayam Akmal

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 237 hits
Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya semalam bahawa kos melaksanakan Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac ini sebanyak RM96 juta amat mengejutkan Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir kos sebanyak itu tidak seharusnya dibazirkan sekiranya...
Apa Guna Buat Perniagaan Jika Ilmu Berniaga Tak Ada

Apa Guna Buat Perniagaan Jika Ilmu Berniaga Tak Ada

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 201 hits
Dalam Malaysia ada banyak jenis perniagaan Ada jenis perniagaan menjual kereta ada jenis perniagaan membuka kedai dobi ada jenis perniagaan menjual kuih tahap kecil kecilan tepi jalan juga Nak berniaga tak salah malah Nabi Muhammad Sallalla...
Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 237 hits
Putrajaya Sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau Along kini semakin licik apabila menggunakan nama wanita Melayu bagi memerangkap peminjam terdesak melalui skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Menerusi kenyataan media hari ini Persatuan ...
Buat Sendiri Roti Bun Coklat Sedap Lembut Guna Resipi Ni

Buat Sendiri Roti Bun Coklat Sedap Lembut Guna Resipi Ni

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 254 hits
Roti Bun Coklat Chocolate Raisin ni nampak sedap kan Menurut empunya resipi saudari Zuraita Mohd Anua jika mahukan rasa roti yang lebih sedap anda boleh guna inti coklat Jika tiada boleh je digantikan dengan cip coklat dan kismis Hasilnya s...
Tak Payah Beli Baru Cuci Guna Teh Emas Berkilat Macam Keluar Kedai Mudah

Tak Payah Beli Baru Cuci Guna Teh Emas Berkilat Macam Keluar Kedai Mudah

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 236 hits
Tak perlu banyak ada seutas emas pun dah boleh jadi penyeri kalau kita pakai kan Cuma emas ni kalau dipakai kerap akan membuatkan warna menjadi kusam sikit Bila dah nampak kurang seri tu biasanya kita akan bawa ke kedai untuk bersihkan Arti...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy