2 Lelaki Ini Dapat 4 Juta Us Dollar Hasil Perlombongan Bitcoin Guna Gas Metana
Brent Whitehead dan Matt Lohstroh
2 Lelaki Sahabat Baik Ini Dapat 4 Juta US Dollar Hasil Dari Perlombongan Bitcoin Guna Gas Asli (Gas Metana) - Pada kebiasaannya perlombongan Bitcoin di lakukan dengan meletak ratusan atau ribuan hardware Bitcon di dalam satu bilik khusus kemudian menggunakan tenaga elektrik untuk memberi tenaga kepada hardware tersebut - seperti memberi tenaga elektrik ke kekotak cpu komputer desktop pc di rumah atau di pejabat.
Apabila sebut Bitcoin hardware, apa yang kebiasaanya muncul di kepala adalah barisan ratusan kekotak perkakasan berisi GPU serta cip komputer di dalamnya. Kekotak tersebut di panggil ASIC (Application Specific Integrated Circuit). Ia tidak lagi di kenali sebagai CPU sepertimana pada tahap awal perlombongan Bitcoin giat di jalankan dalam tahun 2014-2015.
Untuk membina aktiviti perlombongan Bitcoin proses itu akan memerlukan ratusan kekotak ASIC beserta sambungan ke tenaga elektrik secara berterusan. Penggunaan ASIC memerlukan kuasa tinggi berterusan. Oleh kerana ia memerlukan kuasa tinggi maka sudah tentu akan banyak menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
Hal ini samalah dengan menggunakan cpu gaming berkuasa tinggi yang tidak pernah di off kan juga tidak pernah shut down selama 1 tahun di blik tidur anda sendiri.
Bila itu dah tejadi agak-agak berapa banyak bil elektrik yang akan dicaj nanti ya? Sudah tentu mencecah angka berbelas ribu. Bahkan tidak mustahil akan mencecah angka puluhan ribu.
Kalau dalam 1 bulan cpu komputer tidak di matikan sudah tentu bil elektirik mencecah RM300-RM500. Inilah pula unit cpu komputer yang tidak pernah di matikan selama 12 bulan iaitu menyamai tempoh 1 tahun.
Berlainan pula halnya dengan 2 lelaki yang merupakan sahabat baik ini. Mereka berdua yang kami maksudkan adalah Brent Whitehead and Matt Lohstroh yang berasal dari East Texas, Amerika.
Brent Whitehead dan Matt Lohstroh kedua-duanya berumur 23 tahun. Mereka menjadi jutawan Bitcon apabila mendirikan lombong Bitcoin milik mereka berdua yang dikuasakan oleh tenaga elektrik hasil pembakaran gas asli semulajadi (gas metana) yang tidak gunakan bahkan yang dibiarkan terbakar begitu sahaja kerana seperti membakar sampah-sarap.
Brent Whitehead berasal dari keluarga yang menjalankan perniagaan penggalian minyak turun-temurun sehingga telah menjangkau beberapa generasi.
Matt Lohstroh pula merupakan sahabat baik Brent Whitehead yang cukup obses dengan Bitcoin - menjadikan lelaki banyak tahu pasal berkaitan Bitcoin berbanding rakannya Brent yang tahu mengenai penggalian minyak.
Apabila kerja-kerja penggalian minyak di jalankan lalu yang terjumpa adalah sumber gas asli biasanya penggali minyak akan membakar gas-gas tersebut lalu membiarkannya begitu sahaja.
Gas asli tersebut akan dibiarkan terbakar sehingga betul-betul terbakar habis lalu menghilang. Penggali minyak akan meneruskan kerja-kerja penggalian minyak selepas itu setelah kesemua gas asli tersebut sudah tiada lagi.
Apabila sedang menggali minyak untuk mencari telaga minyak kadangkala akan terjumpa gas asli semulajadi yang keluar dari tanah. Hal itu adalah satu kebiasaan.
Brent Whitehead merasakan proses membakar gas asli itu sungguh membazir. Matt Lohstroh tiba-tiba mendapat idea agar menjadikan tenaga haba yang terhasil dari proses pembakaran gas metana itu disalurkan ke generator yang akhirnya akan menghasilkan tenaga elektrik untuk Bitcoin hardware mereka.
Tenaga elektrik tersebut akan disalurkan ke kontena-kontena digunakan untuk meletak ratusan kekotak ASIC milik mereka yang diguna untuk menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin. Maknanya mereka menggunakan sumber semulajadi untuk menghidupkan lombong Bitcoin tanpa perlu membayar caj penggunaan elektrik.
Proses ini sama seperti menggunakan tenaga solar untuk mendapat kuasa elektrik. Bezanya di sini mereka menggunakan tenaga dari pembakaran gas asli untuk mendapat elektrik.
Apabila gas metana di bakar melalui proses 'combustion' dalam enjin generator ia akan mengeluarkan haba yang amat panas tanpa asap. Haba tersebut akan menggerakkan turbin. Turbin akan bergerak secara berterusan apabila pembakaran gas metana dijalankan secara berterusan lalu terhasillah elektrik secara berterusan juga kesan dari proses tersebut.
Ubahsuai kontena untuk jadi lombong Bitcoin
Gas metana pula boleh diperolehi secara percuma secara berterusan kerana datang dari alam semulajadi berdekatan tapak penggalian minyak - umpama air yang mengalir berterusan dari sungai juga umpama sinar matahari yang terus menyinar setiap hari untuk dapat tenaga solar.
Brent Whitehead dan Matt Lohstroh menubuhkan syarikat Giga Energy Solutions pada 2019 iaitu sebuah syarikat teknologi yang membina lombong Bitcoin dikuasakan oleh proses pembakaran gas asli (gas metana) milik mereka berdua.
Ubahsuai kontena untuk jadi lombong Bitcoin
Brent Whitehead dan Matt Lohstroh membeli beberapa kontena kosong kemudian mengisi kontena dengan beratus kekotak ASIC lalu meletak kontena-kontena milik berdekatan dengan tapak penggalian minyak. Kesemua gas-gas asli semulajadi yang dijumpai akan di kumpul lalu di salurkan ke pusat pembakaran khas didirkan di sebelah kontena tersebut.
Profil Brent di LinkedIn
Kemudian pada tahun 2020 pendemik Covid-19 menyerang sehingga proses perlombongan Bitcoin terpaksa dihentikan sementara. Akhirnya pada Disember 2020, harga Bitcon melonjak naik menjadi $20,000 US Dollar untuk 1 unit - lantas menjadikan keduanya jutawan Bitcoin hasil perlombongan Bitcoin yang mereka jalankan.
Profil Matt di LinkedIn
Hari ini pada saat artikel ini di tulis, harga Bitcoin sudah mencecah 42,667.10 US Dollar seunit.
Kalau dalam matawang Ringgit Malaysia harga Bitcoin pada hari ini sudah mencecah harga 178,753.82 seunit. Patutlah makin ramai yang berminat nak melombong Bitcoin bagi mendapatkannya lalu memperdagangkannya bagi mendapat keuntungan besar.
Brent Whitehead dan Matt Lohstroh memberitahu keuntungan mereka hasil perlombongan Bitcoin pada tempoh sepanjang tahun 2021 adalah sebanyak 4 juta US Dollar. Kisah mereka dipaparkan oleh laporan berita termasuk dari CNBC Amerika lalu menjadi viral di seluruh dunia.
Salah satu lombong Bitcoin milik Giga EnergyApabila kisah Brent Whitehead dan Matt Lohstroh menjadi viral di seluruh dunia beberapa orang wakil dari syarikat penggali minyak dari Arab Saudi datang menemui mereka di Texas semata-mata untuk melihat bagaimana proses Bitcoin mining dijanakuasakan oleh gas asli dijalankan.
Dalam tahun 2022, Brent Whitehead dan Matt Lohstroh berkata mereka menjangka akan mendapat untung sebanyak 20 juta US Dollar dalam penghujung tahun 2022. Sehingga kini dalam bulan Februari 2022 mereka sudah memiliki beberapa lagi kontena-kontena berisi ratusan kekotak ASIC untuk aktiviti perlombongan Bitcoin.
Pada masa hadapan, Brent Whitehead dan Matt Lohstroh berpendapat lebih ramai pelombong Bitcoin akan beralih ke model perniagaan mereka - yang mana menjadikan pembakaran gas asli (gas metana) sebagai sumber tenaga elektrik untuk menghidupkan lombong Bitcoin secara berterusan tanpa perlu membayar bil elektrik walau sedikitpun.
Natural gas + Bitcoin is real.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iawani.blogspot.com/2022/02/bitcoin-brent-whitehead-matt-lohstroh.html