Apa Guna Buat Perniagaan Jika Ilmu Berniaga Tak Ada
Dalam Malaysia ada banyak jenis perniagaan. Ada jenis perniagaan menjual kereta, ada jenis perniagaan membuka kedai dobi, ada jenis perniagaan menjual kuih tahap kecil-kecilan tepi jalan juga.
Nak berniaga tak salah, malah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri merupakan salah seorang peniaga. Yang penting kena bijak bagaimana untuk berniaga. Kena cari ilmu bagaimana nak mula berniaga dan selepas mula berniaga kena lagi tambah cari ilmu bagaimana untuk stabilkan perniagaan.
Di tahun 2022 ini banyak cabaran yang perlu kita lalui termasuk untuk orang-orang yang berniaga. Disebabkan pendamik, ujian banjir dan lain-lain cabaran dalam berniaga, ramai pemilik perniagaan yang merasa resah dan ramai juga yang terpaksa tutup premis kerana tidak dapat terus menanggung rugi.
Walaubagaimanapun, suka untuk diingatkan yang itu semua adalah ujian yang perlu ditempuh bila membuat keputusan untuk menjadi seorang peniaga. Pengusaha perniagaan ini perlu berani untuk berdepan dengan cabaran. Tidak kira cabaran itu kecil ataupun besar mesti dilalui dengan penuh berhemah.
Sebab itu untuk jadi seorang peniaga perlu ada ilmu. tanpa ilmu tidak akan berjaya dan salah satu pihak yang boleh dihubungi untuk mendapatkan ilmu adalah RichWorks.
RichWorks menawarkan perkhidmatan bimbingan untuk tujuan keusahawanan dan pemasaran. Ini bermakna para peniaga dapat memiliki ilmu berkaitan bisnes untuk memajukan bisnes masing-masing dari tahap zero hingga menjadi ke tahap hero.
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada setiap Ahad, pukul 8 pagi sepanjang bulan Februari 2022.
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/02/apa-guna-buat-perniagaan-jika-ilmu.html