Banjir Sabah 21 Sekolah Dinaiki Air Empat Dijadikan Pps


KOTA KINABALU, 28 Jun  — Sebanyak 21 sekolah di Sabah dinaiki air setakat ini, manakala empat sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir berikutan hujan lebat melanda negeri ini sejak semalam.
Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin dalam kenyataan hari ini berkata kesemua sekolah terbabit terletak di tujuh daerah iaitu Penampang, Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran dan Beaufort.
Sebanyak empat sekolah dinaiki air di Penampang iaitu Sekolah Menengah St. Micheal, Sekolah Kebangsaan (SK) Sugud, SK Kibabaig dan SK St. Theresa; satu sekolah di Kota Kinabalu iaitu SK Rampayan; dan dua sekolah di Tuaran membabitkan SK Bundung serta SK Tinambak.
Di Papar, sekolah dinaiki air ialah SK Daingin, SK Kambizaan, SK Gana, SK Pekan Kinarut, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kin Kiau, Kinarut, SJKC Cheng Ming, SK Kelatuan, manakala di Sipitang sekolah terjejas ialah SK Long Pasia.
Sementara itu di Kota Belud, dua sekolah dinaiki air iaitu SK Sembirai dan SK Kesapang, dan empat sekolah lagi dijadikan PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi II, SMK Taun Gusi, SMK Pekan dan SMK Agama Tun Said.
Di Beaufort, empat sekolah di daerah itu yang terjejas banjir ialah SK Bukau, SK Ladang Lumadan, SK Sinoko dan SK Klias Baru.
Mistirine berkata sekolah-sekolah rendah terbabit masih belum beroperasi, namun sedang dalam persediaan bagi pembukaan prasekolah pada 1 Julai, dan hanya sesi persekolahan di SM St Micheal di Penampang sahaja terjejas serta bersedia untuk ditutup esok sehingga banjir pulih.
Sementara itu, Jambatan Lama Tamparuli, yang menjadi kemudahan alternatif penduduk sekitar untuk ke pekan Tamparuli, ditutup untuk lalu lintas akibat dilanda banjir.
Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati penutupan jambatan berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan penduduk setempat yang boleh pergi ke pekan menggunakan Jalan Bontoi yang tidak terjejas.
Kemudahan laluan sepanjang kira-kira 100 meter dari arah Kota Kinabalu-Tamparuli itu terletak bersebelahan jambatan gantung Tamparuli yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1960.
Bagi penduduk setempat, jambatan lama itu dikenali sebagai “jambatan timbul tenggelam” kerana kerap dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat.
Tinjauan juga mendapati beberapa pekerja kontraktor dilihat sedang mengemas kabel telefon di beberapa kawasan di daerah ini yang terjejas banjir sebelum melakukan pembaikan bagi memulihkan perkhidmatan itu.
Selain kerosakan kabel telefon, bekalan elektrik dan air paip kepada penduduk Tamparuli dan Tuaran turut terjejas.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass menasihatkan penduduk yang terjejas banjir supaya berpindah ke PPS bagi mengelakkan risiko yang lebih teruk.
Ketua polis daerah di daerah terjejas banjir telah diarah memantau keadaan dan aspek keselamatan, katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Penampang.
Beliau berkata Ibu Pejabat Polis Penampang dan balai polis Tamparuli turut dinaiki air dan peralatan termasuk dokumen penting telah dipindahkan ke tempat selamat.
Sumber: BERNAMA
The post Banjir Sabah: 21 Sekolah Dinaiki Air, Empat Dijadikan PPS appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/28/banjir-sabah-21-sekolah-dinaiki-air-empat-dijadikan-pps/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Di Sabah Semakin Pulih Mangsa Di Pps Semakin Menurun

Banjir Di Sabah Semakin Pulih Mangsa Di Pps Semakin Menurun

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 282 hits
Kota Kinabalu Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun petang ini dengan 428 mangsa daripada 133 keluarga masih ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara di tiga daerah setakat pukul 4 00 petang ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ...
Fenomena Air Pasang Banjir Di Johor 614 Mangsa Ditempatkan Di 10 Pps

Fenomena Air Pasang Banjir Di Johor 614 Mangsa Ditempatkan Di 10 Pps

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 197 hits
PERKEMBANGAN terkini banjir di Johor Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit pagi tadi Sebanyak 614 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara berbanding 607 orang malam tadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R...
Lima Daerah Di Sabah Dinaiki Air Susulan Hujan Lebat Semalam

Lima Daerah Di Sabah Dinaiki Air Susulan Hujan Lebat Semalam

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 243 hits
Susulan hujan yang berterusan bemula petang dan hujan lebat pada tengah malam semalam sebanyak lima daerah di Sabah telah dinaiki air sehingga menyebabkan bencana banjir yang agak teruk Lima daerah yang terjejas itu ialah Kota Belud Kota Ma...
Pelajar Spm Ini Terpaksa Redah Banjir Untuk Ke Sekolah

Pelajar Spm Ini Terpaksa Redah Banjir Untuk Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 370 hits
BATU PAHAT 24 Jun Seorang pelajar tingkatan lima di Kampung Parit Pulai Parit Sulong di sini mengharapkan agar banjir yang melanda kediamannya semenjak Sabtu lepas akan surut segera lebih lebih lagi selepas sesi persekolahan disambung semul...
49 Dipindahkan Ribuan Terjejas Akibat Banjir Di Sabah

49 Dipindahkan Ribuan Terjejas Akibat Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 303 hits
Penduduk meredah air untuk ke tempat lebih tinggi susulan banjir di Kota Belud Sabah KOTA KINABALU Seramai 49 orang dipindahkan selepas 7 daerah di Sabah dilanda banjir lewat malam tadi Seramai 18 mangsa ditempatkan di Dewan Kebudayaan Pena...
Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air

Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 264 hits
TAWAU 23 Jun Kami merayu kerajaan negeri Sabah supaya bantu kami pulang ke Tawau luah Juliana Arifudin rakyat Malaysia yang kini terkandas di Nunukan Indonesia bersama suami dan anaknya Menurut Juliana dia dan suami Hermawan Zainuddin 31 se...
Banjir Sabah Laluan Kereta Api Tenom Halogilat Tenggelam

Banjir Sabah Laluan Kereta Api Tenom Halogilat Tenggelam

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 482 hits
Perkhidmatan kereta api bagi laluan Tenom Halogilat ditutup buat sementara waktu kerana kerosakan teruk pada landasan akibat banjir berikutan hujan lebat melanda Sabah sejak semalam BERNAMA PERKHIDMATAN kereta api bagi laluan Tenom Halogila...
Air Liur Bayi Meleleh Tanda Nak Tumbuh Gigi Alert Mama Papa Ada Bahayanya

Air Liur Bayi Meleleh Tanda Nak Tumbuh Gigi Alert Mama Papa Ada Bahayanya

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 202 hits
Sebagai ibu bapa aspek tumbesaran dan perkembangan bayi adalah perkara yang sangat penting dan utama terutamanya di awal usia si manja Pun begitu kebanyakan ibu bapa terutamanya yang masih baharu atau pertama kali pasti kerap kali berhadapa...
Wanita Ini Gali Telaga Belakang Rumah Untuk Pastikan Ibunya Tidak Lagi Berjalan Jauh Dapatkan Air

Wanita Ini Gali Telaga Belakang Rumah Untuk Pastikan Ibunya Tidak Lagi Berjalan Jauh Dapatkan Air

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 382 hits
Apabila kita dibesarkan dengan kasih sayang oleh ibu bapa ketika kita dewasa kita tentu ingin membalas jasa mereka dengan menjadi anak yang berdedikasi Terutama apabila ibu bapa sudah mula lemah dan sakit Inilah yang ingin diberikan oleh Bo...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar