Banjir Sabah Laluan Kereta Api Tenom Halogilat Tenggelam


 Wartawan SuaraMerdeka

Perkhidmatan kereta api bagi laluan Tenom-Halogilat ditutup buat sementara waktu kerana
kerosakan teruk pada landasan akibat banjir berikutan hujan lebat melanda Sabah sejak
semalam. - BERNAMA PERKHIDMATAN kereta api bagi laluan Tenom-Halogilat ditutup buat sementara waktu kerana kerosakan teruk pada landasan akibat banjir berikutan hujan lebat melanda negeri ini sejak semalam.
Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Leonard Poyong, ketika dihubungi Bernama, berkata operasi perkhidmatan bagi laluan berkenaan akan mengambil masa untuk dipulihkan.
Menurutnya, kerja-kerja pembaikan landasan akan dilakukan oleh kontraktor iaitu Suria Capital Holdings Berhad yang sedang melaksanakan projek menaik taraf landasan Tenom-Halogilat.
“Hari ini, perkhidmatan kereta api hanya beroperasi di sektor Beaufort-Papar-Halogilat. Perkhidmatan kereta api bagi sektor Kota Kinabalu-Beaufort tergendala pagi tadi dan akan dipulihkan selepas banjir di Kinarut beransur pulih serta landasan selamat untuk dilalui,” katanya hari ini.
Sementara itu, Presiden Majlis Pengusaha-Pengusaha Bas Ekspres Sabah, Datuk Donald Hanapi berkata operasi pengusaha bas ekspres di negeri ini tidak menghadapi sebarang masalah dan berjalan seperti biasa setakat ini.
Bagaimanapun, Donald berkata, pihaknya turut bimbang sekiranya berlaku tanah runtuh di kawasan-kawasan berbukit memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
“Jika ada tanah runtuh, pemandu bas akan membuat lencongan dengan melalui mana-mana laluan alternatif,” katanya.
Ekoran hujan lebat semalam, sebanyak 10 daerah di negeri ini terjejas oleh banjir iaitu Kota Belud, Tuaran, Putatan, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau, Tenom, Kota Marudu dan Pitas.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengarahkan agar semua daerah yang dilanda banjir mengaktifkan jawatankuasa bencana bagi memastikan kawasan terbabit dapat diurus dengan baik.
Beliau berkata setiap pegawai daerah yang terlibat  perlu bekerjasama dengan semua agensi yang ada untuk memastikan masalah berkenaan dapat ditangani dengan baik.
“Untuk mengatasi masalah ini terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan iaitu keselamatan penduduk. Kita perlu memastikan semua penduduk di kampung yang terjejas banjir selamat…selain itu kita perlu memastikan makanan mereka mencukupi.
Kerajaan juga akan memastikan mereka mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi…kerana apabila air tidak mencukupi banyak masalah yang timbul seperti wabak penyakit kolera,” katanya ketika meninjau kawasan banjir dan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Pusat Kebudayaan Penampang,hari ini.
Mohd Shafie berkata jawatankuasa bencana di peringkat pusat juga telah diarahkan untuk memantau keadaan banjir di semua daerah terlibat.
“Kita akan pastikan PPS juga berada dalam keadaan yang baik…saya minta agar kesihatan di PPS diberi keutamaan. Saya yakin kita dapat tangani masalah banjir ini dengan baik sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Beliau berkata  Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah juga telah diarahkan untuk segera memperbaiki semua jalan atau jambatan yang rosak akibat banjir.
“Saya telah minta agar jalan runtuh, jambatan gantung rosak dan sebagainya dapat dibaiki dengan segera. Saya minta kementerian berkenaan ambil tindakan serta merta demi kebaikan rakyat,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata antara punca yang menyebabkan banjir di beberapa daerah di negeri ini ialah sistem perparitan yang tidak teratur.
“Selain itu terdapat pelan mitigasi banjir terbantut seperti di kawasan Penampang dan kita akan mencari jalan untuk mempercepatkan tindakan agar masalah itu dapat diselesaikan dengan segera. Semua parit yang tidak teratur perlu diperbaiki dan sungai juga perlu dilebarkan,” katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/banjir-sabah-laluan-kereta-api-tenom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akan Segera Diuji Coba Kereta Api Prameks Jogja Solo Akan Diganti Dengan Krl

Akan Segera Diuji Coba Kereta Api Prameks Jogja Solo Akan Diganti Dengan Krl

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 256 hits
Setiap yang pernah naik Prameks pasti punya pengalaman seru tersendiri Kalau kamu ada cerita yang bisa dibagi
19 Sekeluarga Maut Dirempuh Kereta Api

19 Sekeluarga Maut Dirempuh Kereta Api

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 287 hits
LAHORE PAKISTAN Sekurang kurangnya 19 penganut Sikh dari keluarga yang sama terbunuh selepas van yang dinaiki dirempuh kereta api Pemandu van memandu melalui lintasan berkenaan yang tidak dikendalikan petugas dan dirempuh kereta api dalam k...
Seorang Parah Dua Cedera Dalam Kemalangan Kereta Api

Seorang Parah Dua Cedera Dalam Kemalangan Kereta Api

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 351 hits
KUANTAN 27 Jun Seorang individu parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta api syarikat kontraktor di Chegar Perah Lipis kira kira 300 kilometer dari sini hari ini Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berk...
Begini Cara Mudah Untuk Batalkan Tiket Kereta Api Nggak Perlu Ke Stasiun Sambil Rebahan Juga Bisa

Begini Cara Mudah Untuk Batalkan Tiket Kereta Api Nggak Perlu Ke Stasiun Sambil Rebahan Juga Bisa

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 347 hits
Caranya simpel tapi banyak yang belum tahu nih Yuk pelajari caranya ya biar bisa refund tiket kamu yang batal
Banjir Sabah 21 Sekolah Dinaiki Air Empat Dijadikan Pps

Banjir Sabah 21 Sekolah Dinaiki Air Empat Dijadikan Pps

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 369 hits
KOTA KINABALU 28 Jun Sebanyak 21 sekolah di Sabah dinaiki air setakat ini manakala empat sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir berikutan hujan lebat melanda negeri ini sejak semalam Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mis...
49 Dipindahkan Ribuan Terjejas Akibat Banjir Di Sabah

49 Dipindahkan Ribuan Terjejas Akibat Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 346 hits
Penduduk meredah air untuk ke tempat lebih tinggi susulan banjir di Kota Belud Sabah KOTA KINABALU Seramai 49 orang dipindahkan selepas 7 daerah di Sabah dilanda banjir lewat malam tadi Seramai 18 mangsa ditempatkan di Dewan Kebudayaan Pena...
Banjir Di Sabah Semakin Pulih Mangsa Di Pps Semakin Menurun

Banjir Di Sabah Semakin Pulih Mangsa Di Pps Semakin Menurun

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 311 hits
Kota Kinabalu Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun petang ini dengan 428 mangsa daripada 133 keluarga masih ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara di tiga daerah setakat pukul 4 00 petang ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ...
Tempat Berehat Sangkut Banjir Banyak Kali Kena Sam4n Aaron Aziz Kongsi Memori Kereta Pertama

Tempat Berehat Sangkut Banjir Banyak Kali Kena Sam4n Aaron Aziz Kongsi Memori Kereta Pertama

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 286 hits
Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi kisah disebalik kereta pertama yang dimilikinya memberikan 1001 kenangan Menurutnya kereta tersebut digunakan selama tiga tahun dan dan berulang alik ke Singapura Malaysia ketika awal penglibatannya dalam ...
Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Durian Durian Durian Imam

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Vitamin E Rahsia Kulit Cantik Dan Sihat

Siri Pembongaran Dan Propaganda Sejarah Perebutan Takhta Perak 1871 1874 Satu Penilaian Semula

Ulasan Jurnal Mazhab Syafie Wadah Penyatuan Ummah Di Malaysia

Majlis Purnama Jasa Nian Merindu

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur