Air Liur Bayi Meleleh Tanda Nak Tumbuh Gigi Alert Mama Papa Ada Bahayanya


Sebagai ibu bapa, aspek tumbesaran dan perkembangan bayi adalah perkara yang sangat penting dan utama terutamanya di awal usia si manja. Pun begitu, kebanyakan ibu bapa terutamanya yang masih baharu atau pertama kali pasti kerap kali berhadapan kesukaran menjaga anak.
Baca: “Dalam Rahim Sihat, Bila Lahir..” Bayi Tanpa Kaki & Tangan Tidur Sebelah Ibu Undang Sebak

Kenapa bayi menangis? Kenapa bayi tolak susu? Kenapa bayi susah tidur?
Pelbagai soalan akan timbul dalam fikiran tatkala meneka apa yang tidak kena pada si manja. Ada satu lagi soalan yang masih ramai ibu bapa tidak tahu jawapannya sehingga sekarang iaitu kenapa air liur bayi asyik meleleh?
Ingin tahu kenapa? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Adakah air liur bayi meleleh itu normal?
Ibu bapa mana yang tidak risau jika tiba-tiba sahaja mulut si manja penuh dengan lelehan air liur bukan?
Pun begitu, kalian tidak perlu terlalu panik sekiranya ia berlaku kepada bayi anda kerana ia adalah normal!
Keadaan ini dikenali sebagai ‘baby drooling’ dan ia biasa terjadi kepada si kecil yang berusia 2 tahun ke bawah terutamanya semasa umur 3 hingga 6 tahun. Ini kerana ketika ini mereka masih belum dapat mengawal otot yang terdapat pada tubuh badan termasuklah otot mulut lantas menyebabkan keadaan ini berlaku.
Namun ibu bapa masih perlu berwaspada dan jangan ambil mudah kerana ia juga mungkin adalah simptom beberapa kondisi kesihatan yang tertentu.
Air liur bayi tanda si manja mahu tumbuh gigi?
Menurut kepercayaan masyarakat kita pula, bayi akan mengeluarkan banyak air liur sehingga meleleh keluar dari mulut kerana mereka dalam proses mahu tumbuh gigi.
Adakah ia benar atau mitos semata-mata?
Jawapannya adalah ya, memang benar baby drooling akan berlaku kepada bayi yang mahu tumbuh gigi. Proses ini dinamakan sebagai ‘teething’ dan air liur dipercayai diperlukan untuk melembutkan gusi bayi.
Jika ini adalah puncanya, maka tiada apa yang ibu bapa perlu risaukan kerana ia adalah antara proses tumbesaran dan perkembangan bayi yang normal.
Bukan untuk tujuan melembutkan gusi sahaja, ibu bapa juga perlu tahu bahawa air liur atau saliva bayi mempunyai beberapa fungsi yang lain iaitu:
-Melembutkan makanan berbentuk pepejal
-Mengasingkan sisa atau baki makanan
-Memudahkan bayi menelan makanan dan minuman
-Memastikan mulut bayi tidak kering
-Melindungi gusi dan gigi bayi yang baru tumbuh
berus gigi bayi
Apakah punca lain ia berlaku?
Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa saliva bayi yang meleleh keluar dari mulut adalah normal ketika mereka dalam proses mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja, lelehan air liur pada mulut mereka juga mungkin masih normal ekoran kepentingannya terhadap penjagaan mulut si manja.

Pun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang mengakibatkan keadaan ini berlaku termasuklah:
-Keracunan
-Jangkitan pada mulut, tekak, lidah, gusi atau sinus
-Alahan susu atau makanan
-Tercekik susu atau makanan
-Pengambilan ubatan tertentu
-Pedih ulu hati
-Asid refluks (GERD)
-Tonsilitis (keradangan pada tonsil)
-Epiglottitis (keradangan pada epiglotis)
-Sawan
Ataupun, ia juga mungkin merupakan petanda si manja anda menghidap penyakit lebih bahaya seperti:
-Autisme
-Down syndrome
-Cerebral palsy
-Bell’s palsy
-Mononucleosis
-Multiple sclerosis
-Parkinson
-Strok
Apakah yang ibu bapa perlu lakukan?
Sekiranya baby drooling adalah disebabkan oleh proses teething, maka tiada apa yang ibu bapa perlu risaukan.
Ibu bapa mungkin boleh membantu si manja mengurangkan rasa tidak selesa dengan memberi teething ring atau puting palsu untuk mereka menggigit atau mengunyah.
Ini kerana ia sudah menjadi refleks semula jadi di mana si manja akan terasa mahu mengigit atau mengunyah apa-apa sahaja objek yang masuk ke dalam mulutnya.
Lebih-lebih lagi jika gigi susu mereka mula menujah naik ke gusi, mungkin si manja akan berasa sedikit gatal, sakit atau tidak selesa dengannya.
Akan tetapi, lain pula ceritanya jika keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti yang kami senaraikan di atas tadi.
Jika kalian tidak tahu atau tidak yakin dengan punca sebenar air liur bayi asyik meleleh, segera berjumpa doktor pediatrik untuk sesi konsultasi dan rawatan lanjutan.
Baca: Eksklusif, Nasihat Datuk Dr. Noor Hisham: Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak-Anak, Virus Kita Tak Nampak.
The post Air Liur Bayi Meleleh Tanda nak Tumbuh Gigi? Alert Mama Papa, Ada Bahayanya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/air-liur-bayi-meleleh-tanda-nak-tumbuh-gigi-alert-mama-papa-ada-bahayanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Homeschool Mama Papa Kena Ada 3 Syarat Asas Ni Baru Anak Dapat Catch Up Bila Masuk Sekolah Balik

Kalau Nak Homeschool Mama Papa Kena Ada 3 Syarat Asas Ni Baru Anak Dapat Catch Up Bila Masuk Sekolah Balik

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 411 hits
Mengajar sendiri di rumah atau homeschooling pastinya bukan satu tugas mudah untuk digalas Seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi Menurutnya homeschooling itu tidak mudah Bila ibu bapa mengambil keputusan untuk homeschooling anak mereka ...
Ini Kes Intususepsi Tanda Tanda Usus Terlipat Bahayakan Bayi Mak Ayah Kena Tahu

Ini Kes Intususepsi Tanda Tanda Usus Terlipat Bahayakan Bayi Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 334 hits
Najis dan fizikal anak kecil boleh menjadi indikator tahap kesihatan mereka Malah adalanya di sebalik tanda fizikal yang dianggap biasa tersembunyi komplikasi serius dialami si anak Justeru ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap segala p...
Kalau Nak Anak Makin Bijak Lakukan 10 Aktiviti Ini Yang Mampu Merangsang Otak Bayi

Kalau Nak Anak Makin Bijak Lakukan 10 Aktiviti Ini Yang Mampu Merangsang Otak Bayi

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 328 hits
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi Bagaimana caranya Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat mer...
Kerajaan P Pinang Sedia Rumah Bukan Air Parit Baru Nak Jadi Air Paip

Kerajaan P Pinang Sedia Rumah Bukan Air Parit Baru Nak Jadi Air Paip

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 409 hits
Pulau Pinang sasar sediakan 180 000 rumah mampu milik menjelang 2030Sebagai sebuah kerajaan yang senantiasa memberi keutamaan kepada rakyat kerajaan negeri Pulau Pinang mensasarkan untuk menyediakan sebanyak 180 000 unit Rumah Mampu Milik m...
Dunia Baru Je Nak Elok Video Viral Netizen Beng4ng Lepas Tengok Tindakan Resort Buang Air Kot0r Ke Dalam Laut

Dunia Baru Je Nak Elok Video Viral Netizen Beng4ng Lepas Tengok Tindakan Resort Buang Air Kot0r Ke Dalam Laut

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 589 hits
Semenjak dunia diser4ng pandemik COV1D 19 bumi dikatakan hampir pulih daripada pencemaran udara air dan alam sekitar Salah satu contoh ketara adalah sungai di Melaka ramai yang nampak perubahan yang berlaku Tapi sayang sikap menjaga alam se...
Terkejar Kejar Nak Pakai Tudung Mama Kepit Jarum Di Mulut Bahaya Boleh Bawa Maut

Terkejar Kejar Nak Pakai Tudung Mama Kepit Jarum Di Mulut Bahaya Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 364 hits
Pemakaian tudung atau selendang memerlukan kita untuk menggunakan pin atau jarum peniti supaya lebih kemas Bukanlah situasi yang pelik apabila seseorang wanita mengepit jarum peniti atau pin tudung di bibir semasa mengenakan hijab Tahukah a...
Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 273 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Sos Black Pepper Viral Memang Meleleh Liur

Sos Black Pepper Viral Memang Meleleh Liur

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 971 hits
Suka makan daging atau ayam black pepper tetapi sukar nak dapat yang menepati citarasa Kalau ada yang teringin membuatnya sendiri boleh follow cara Cikgu Afy yang pernah viral ni Kawan yang dah pernah cuba sangat setuju resipi ini tersangat...
Dikira Tanggal Saat Tak Sengaja Tersandung Ketika Masih Bayi Gigi Bocah Ini Ternyata Pindah Ke Hidung

Dikira Tanggal Saat Tak Sengaja Tersandung Ketika Masih Bayi Gigi Bocah Ini Ternyata Pindah Ke Hidung

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 327 hits
Jatuh hingga kehilangan satu atau beberapa gigi memang sudah biasa terjadi pada anak anak Namun letak di mana jatuhnya gigi tersebut nampaknya harus benar benar diperhatikan Tak masalah bila gigi yang tanggal itu jatuh ke tanah tapi bagaima...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba